KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Wednesday, June 30, 2010

Produk tiruan Po Chai Pills mengandungi racun


KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati dengan
kemunculan produk tradisional tiruan, Po Chai Pills yang dikesan
mengandungi sejenis racun, diclofenac.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican,
berkata produk yang dikilangkan di Hong Kong itu digunakan secara
tradisional untuk melegakan demam, selesema, cirit-birit, muntah dan
sakit perut.

“Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Hong Kong turut mengeluarkan amaran
kepada orang ramai untuk tidak membeli atau menggunakan produk
tradisional yang disyaki tiruan itu dengan nombor kelompok 21214
kerana dikesan mengandungi racun diclofenac, 22 Jun lalu.

“Produk dari kelompok ini didapati berbeza daripada aspek pembungkusan
dan warna pil yang lebih gelap berbanding produk asal,” katanya dalam
kenyataan akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di Malaysia sudah
mendaftarkan satu produk yang dikilangkan Li Chung Shing Tong, Hong
Kong dengan nama Poh Chai Pill bernombor pendaftaran MAL 19988034T.

“Pemegang pendaftaran yang juga pengedar tunggal produk berkenaan di
Malaysia iaitu Po Chai Herbal Technology(M) Sdn Bhd juga mengesahkan
bahawa produk campur palsu kelompok 21214 berkenaan tidak dikilangkan
pengeluar di Hong Kong dan ia produk tiruan.

“Diclofenac adalah sejenis ubat penahan sakit yang mendatangkan kesan
sampingan seperti gangguan gastro-usus termasuk gastrik, loya, muntah,
ulser peptik dan pendarahan.

“Malah, ia diklasifikasikan sebagai racun dalam Jadual Pertama di
bawah Akta Racun 1952 dan hanya boleh dibekal doktor atau ahli
farmasi,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya berwaspada ketika
membeli produk berkenaan dan memastikan ia produk tulen.

“Produk tradisional yang berdaftar di Malaysia dinilai dari segi
kualiti dan keselamatan serta disyaratkan untuk mempunyai pelekat
hologram. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, orang ramai boleh
menyemak kesahihan produk di farmasi komuniti swasta berhampiran,”
katanya.


No comments:

Post a Comment

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah