KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Friday, June 11, 2010

@ TIRAMISU CHEESE SIRA KOPI


Kek span vanilla size 9". Dipotong dua
2 biji kuning telur
50 gm gula
250 gm cheese cream philadelphia
1 1/4 sudu besar serbuk gelatin halal } campurkan, dan masak atas api
40 ml air } kecil hingga gelatin hancur
200 gm whipped cream (kalau guna kotak kecil 200 ml pun boleh gak)

Putar kuning telur dgn gula sehingga lembut. Campurkan cheese cream dan adun sebati. Masukkan gelatin tadi kedlm adunan dan adun hingga rata. Campurkan whipped cream dan pukul sebati. Masukkan sebahagian kek span kedasar loyang dan renjiskan separuh sirap kopi keatas kek dan tuangkan setengah adunan cheese keatas kek. Tutupkan adunan cheese tadi dengan sebahagian lagi kek span, renjiskan sirap kopi keatas kek dan habiskan sirap kopi tersebut. Tuangkan baki adunan cheese keatas kek dan ratakan. Simpan dlm peti sejuk hingga keras. Apabila kek dah keras bolehlah disapukan apricot glaze ke permukaan tiramisu. Atau pun kalau suka boleh di tabur serbuk koko di atas permukaan kek.

Bahan sirap kopi
150 ml air
80 gm gula
4 sudu besar serbuk kopi segera atau 1 1/2 sudu besar nescafe

Masak air dan gula sehingga didih. Campurkan kopi segera dan adun sehingga sebati dan sejukkan.


*Sekiranya tak ada loyang spring foam, boleh juga menggunakan loyang biasa dgn melapik sekeliling dlm loyang dgn foil paper. bahagian atas foil paper tersebut perlu di lebihkan dari ketinggian loyang supaya apabila kek keras senang untuk menarik keluar kek dari Loyang




No comments:

Post a Comment

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah