KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Monday, May 31, 2010

@ HATI EMAS dari SINAR CAHAYA AYAT KURSI





Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a.., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

Subhanallah...


Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah
pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah
jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah
jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah
sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari
tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi
bisa, karena sudah biasa!






@ LUVE is CINTA @

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimy.... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

** wink wink : CINTA itu indah jika betul gaya nye

- WEEKEND KU - DI PWTC & THE MALL -

* sambungan

AHAD : memula aku still malas nk kuor.. tp tgk dh 2 kali pak ajil smbung tido .. akil plak dok sibuk 'kemas' umah .. so aku terus ajak diorg kuor..

destinasi ? PWTC ..cz aku nk jmp JUE, aku as usual le mmg ado beli belah di kedai alam maya nye..alang2 tu terus ambik by hand, senang kan ..alang2 aku pun nk tgk jualan CROC..tp x besh pun..

then kiteorg lepak kat THE MALL .. kul 11 lebih baru smp umh .. hambik ko, mmg sesi balas dendam x kuor rumah 2 hari tu kan .. wakakak

Yg POLO tu aku beli di BABY & KIDS COLLECTIONS

yg wrna itam BEN10 tu , aku beli kat PARKSON The Mall .. siap beli sandle sekali(lupe nak snap..)



post special dari akil (yg hapy dpt jalan2)



** wink wink : la la lalalalalalla... la la la lalalalalalaaaaa

- CERITA CERITI -


Salam sume..

cmner weekend korg ? ado besh ?

weekend ni aku x banyak sgt plan cz bdn rs nak rehat ...

akil plak batuk & selsema... cuaca as usual ler panas... pak ajil plak keje sabtu lepas.. aku ingt kan nak terjah MElaka ker kan .. huhuuh x dapek ler.. lain kali le plak kan ..

jumaat , aku x kemana2 ...cz pagi tu aku g berurut kat Tun Razak (sapo2 nak tau tu , meh2 email aku).. sejak 3thn dh x di urut dgn rapi .. kali ni , terasa 1 bdn .. lain mcm jd nye, nk domam pun ado .. urut dlm 2 jam gitu , besh ooooo ... makcik tu idok ler tekat kuat pun, tp terasa le di setiap urat2.. makcik ni , leh di katakan ilmu dia tu di perturunkan dr nenek & arwah mak dia...

mmg besh ler berurut dgn dia.. leps je dia urut, terasa letih 1 bdn .. pehtu 1 hari suntuk aku rehat & zzzzzzzz... bangun je aku cergas bangat .. tido aku lena sgt2 (sejak 2-3 mingu aku xbape nak lena tido..serabut otak).. leps ni mmg aku akan terjah lg ..

leps balik urut , terus lepak kat umah baru

sabtu, aku balik umh mama .. cz pak ajil kejo... pehtu aku smbung zzzzzz kejap .. tgh bangun , layan tenet plak smp ke mlm ..
** wink wink : jap lg smbung ahad nye story

@ Untuk yg bernama ISTERI


Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!



** wink wink : sonok bile tgk ayat SYURGA.. namun dah kah kite sedia 'bekalan' untuk ke sana



Saturday, May 29, 2010

- Header baru -



salam...

saje nak tuko header baru ..

nnt kalau mood kembali, tuko lg.. heheheh






wink wink : damaiii hati ku sedamai pantai di senja hari

- APA YG PENTING ...JANJI HEPY -

salam ..

ni gambo2 mlm td.. kiteorg g lepak2 kat care4 Tun Husein On

sejak 2 menjak ni aku x bape selera nak telan nasik.. now 1 hari 1 kali jek.. kalau x pun, xdak langsung.. entah kemano hilang nye mood nak makan nasi (meh meh maiii)..

myb aku 'penat' sgt kut.. penat x sudah , time tido pun x lena .. dok terjaga

akil plak ni kene selsema batuk, dh le baru baik demam .. sib baik selera 'MEGA' dia stil ado .. smlm 2 pingan nasi dia abis kan .. lega skit hati ku ..

tp mlm td idung dia sumbat , so setiap jam le merengek2.. maka mato ku pun dh cm beruang panda. Hope mingu ni dpt ler lepak rumah baru .. lega skit, kalau tido umh baru .. aku rs tenang jekkk .. akil pun lena je tido cz of AIR COND heheheh .. lg pun perubahan tmpt tido kan .. tido plak rumah sdiri , so besh ler.. JANJI AKU HAPPY ..



kat care4 ni tgh hangat berlangsung pesta BOLA.. (sib baik bola xdak kat situ.. kalau x, 'selamat' lah pak guard kat tepi tu)


gambo dgn brg2 TOY STORY 3

Mini Sofa, smart kan ..



sakan le anak beranak main game bwling ni

Now kalau g mana2 , and terjmp kedai game.. mmg akil akan heret kami .. huhuhu dia ketagih nk main Mini bola jaring.. tp bagus ler kan , salah 1 senaman jgk kan .. layan kan je ler..

pehtu yg x tahan nye, smp x nak balik..


naik stage lg..


** wink wink : segala pe berlaku .. ada hikmah yg terselindung... bersyukur pada NYA

@ Cara Mendapatkan beribu-ribu Trafik dalam satu Entry sahaja!

Salam sume...

weekend ni pe plan ... daku wat masa ni xdak plan apa2 pun... pak ajil entah hilang ke mano , hrp2 dia g kemas umh baru ...

td blogwalking, nmpak plak entry psl ni kat blog Ainey ... dia plak dpt dari blog LOMPAT TIKAM..

so meh2 le try....meramaikan kenalan .


Rasanya ramai dah tahu cara ni, tapi bagi yg xtahu, bolehlah acu cuba try test... :D

1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.


1. Stop Dreaming Start Action (Jonru)

2. Bisnis di Internet

3. Blogging-Surfer

4. Tintalughahwi

5. Igauan

6. Ad-dai’

7. kakngah

8. http://www.zilhan.com/

9. LYAfrina

10. download mp3 percuma

11. bℓog buðak χ-nakaℓ ♂

12. Cara hidup baru abad 21

13. Lompat TiKam: Sumber informasi hiburan anda

14. Keluarga Mifzal Arsyad

15. Fazilzurakil



.
PERATURAN
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda,
sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,625 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.


Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink.

Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).





**wink wink : jom try

Awas .... Geng Perompak yang tiada sifat KEmanusian





Salam sejahtera semua,

Sekarang terdapat satu kumpulan perompak yang sedang bergiat aktif di Malaysia

Kegiatan mereka semakin ganas dan tiada peri kemanusiaan.


Setakat ni laporan polis demi laporan dibuat tetapi setakat ni ni belum ada

sebarang tangkapan dibuat. Malah polis tidak mengambl sebarang tindakan


Kebanyakan mangsa kehilangan barang barang berharga serta mengalami kecederaan

bila cuba melawan.


Dikatakan mereka bergerak dalam kumpulan yang besar semasa menyerang/merompak mangsa



MODUS OPERANDI : BERGERAK SECARA KUMPULAN - SEKITAR 10 - 20

MANGSA - SESIAPA SAJA

KAWASAN HITAM - Kawasan Kampung, berhampiran kawasan Hutan

kat bandar besaR KUALA LUMPUR BELUM LAGI


TAKTIK SERANGAN - DATANG BERAMAI RAMAI


SEORANG JURUGAMBAR AMATUR SEMPAT MERAKAM SALAH SATU KUMPULAN

SEDANG MENYERANG MANGSA.......

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



** wink wink : xdak benda lain ke yg diorg nk ambik ni ...

teringat petikan yg daku dgr..

" Dalam golongan HAIWAN xdak MANUSIA.. namun dalam golongan MANUSIA ada HAIWAN"



Thursday, May 27, 2010

- - HaPpY HoLiDaY - -

Salam



** wink wink : Jmp monday nnt .. insyallah


@ PUDING CHIPOLATA

sedapppppppppppppppp





Bahan:
4 putih telur ayam, kocak kaku
4 kuning telur ayam
200 g gula pasir
2 bks agar-agar serbuk warna putih @7 g
1 L susu cair
3 titik pewarna hijau, 3 titik pewarna merah
50 g kismis
50 g cherry merah dan hijau potong kecil
50 g biskuit hancurkan

Sos Vanila:
500 ml susu cair
100 g gula pasir
1/4 sdt vanila serbuk
1/2 sdt garam
2 kuning telur ayam, kocok
2 sdm tepung jagung larutkan dengan 2 sdm air

Cara Membuat:
1. Basahkan loyang bervolume 1.5 L dengan air suam
2. Kocok kuning telur bersama 1/2 bahagian gula pasir hingga kental dan mengembang.
Sisihkan
3. Aduk baki gula, agar-agar , dan susu. Didihkan di atas api sedang sambil aduk-aduk hingga agar-agar dan gula larut
4. Ambil sedikit adonan agar-agar panas, campur dengan adonan kuning telur. Adukrata
5. Tuangkan ke dalam adonan agar-agar mendidih. Aduk hingga mendidih. Angkat
6. Tuang adonan sedikit-sedikit ke dalam putih telur kocok sambil aduk hingga rata
7. Bagi adonan menjadi 3 bagian. Letakkan 1/3 bahagian dengan pewarna hijau, 1/3 merah,1/3 putih
8. Atur 1/3 bagian kismis dan cherry di dasar loyang. Tuangkan 1/3 bagian adonan hijau.
Biarkan agak mengeras
9. Taburkan 1/2 bahagian biskut dan 1/3 bahagian kismis dan cherry di atasnya. Tuang
keatas adonan puding merah. Biarkan agak mengeras
10. Taburi dengan sisa biskut, kismis, dan cherry. Tuang dengan adonan puding putih. Biarkan hingga seluruhnya keras dan dingin

Sos Vanila:
1. Masak susu, gula, vanila dan garam hingga gula larut
2. Larutkan kuning telur kocok dengan sedikit susu panas. Tuangkan ke dalam susu
panas. Kentalkan dengan larutan tepung jagung, didihkan sekali lagi. Angkat, biarkan dingin.
Sajikan puding dengan sos vanila


** wink wink : moh try




“I wanna watch Toy Story 3”


salam sume




Korg suke dak tgk cite ni ????

AKU SUKE.. x penah miss tgk cite ni .. part 1 & 2 pun mmg selalu tgk .. and we also got our DVD at home.. so leh tgk banyak2 kali ..

kalau x g mana2, lepak kat rumah ... mmg wajib le tgk 1 round cite ni .. akil pun dh makin suke..
penah jgk terpk , kalau ler ada koleksi of TOY STORY .. wahhh sure gempakkk ..
Now TOY STORY 3 is COMING on 3D.. so cepat2 g tgk key ..


ni sebahagian dari koleksi baru
.

geng baru tuk BUZz.. sian plak buzz xdak geng kan ..
.
cute kan ? yg ni agak2 baca buku ke .. makan buku ?
.
yg ni plak , aku nak suh geng dgn Rex .. cian dinasor penakut tu xdak geng
.

yg ni , rs cm nak peluk jek .. ado jual dak tedy bear beso2 ??sgt2 le nmpak cozyy


.

their all .. meriah kan

.

ni gambo akil dgn brg2 TOY STORY 3..

sibuk le suh beli DVD nye sekali .. aduyaiii ..



** wink wink : xsabo nak tgk cite nya

- THE GOOD DOCTOR -

MORNING sume..

pe kaboooo ??? sihat dak ?

Pe kebaikan yg anda dh wat tuk pagi ni ???

ni baru dpt dr kawn .. lawak tui ler..


** wink wink : agak2 ado sapo2 nak try mintk surat cuti dr doc ni?


- Mata siapa yang tidak pernah menangis .. -

Mata siapa yang tidak pernah menangis…


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yangm berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah cite ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

ALLAHUAKBAR!

Wassallam




Wednesday, May 26, 2010

- LIRIK LAGU TOP 5 AF8 -

Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(ulang chorus)
Kebahagiaan.. dalam perpisahan




Lirik Lagu Ku Ada Kamu - Adira AF8

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Kenapa - Daus AF8

Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?



RSVP - Maulana AF8

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)




Iwan AF8 - VIP Lirik

Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diri ku yang tak luangkan masa
Masa bercengkerama bersama mu

Korus:
Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya dirimu seorang

Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu oh oh...
Kau VIP dihatiku

Mungkin ku tak arif memahamkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar cara ku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Kau VIP dihatiku 2x

Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku 3x

Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Kau VIP dihatiku 2x



- JOM MAKAN CHOC -

salam sume

JOM PI MAKAN CHOC

ni dpt email dr kawn , so daku nak kongsi2 di sini ... moh pakat2 pegi yek ..

makan choc smp pengsan

sesuai jgk tuk org2 yg ado sakit hati kooo, darah mendidih kooo, sakit jiwa kooo.. serabut cm nenek kebayan koooo.. moh2 makan .. kasi relaxxxxxxxxxx skit..





@ Puding Marble




Bahan:
1 peket agar-agar [rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik




** wink wink : kalau hati terbako hangus , kalau makan ni ... caiqqqqqqqqqq



- kalau binatang ada FB -


Kalau haiwan / binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat SHOUTOUT yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn...gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?




** wink wink : wakakakak lawak tui ler



- Trend menamakan anak sekarang -

salam sume..

ni sapo yg harus di persalahkan ???


** wink wink : mcm2 hal


- HENSEM DAK ??? -

Salam sumeeee

ni smlm aku terjebak setelah blogwalking kat blog Zue

ni le jadi nye kalau xdak kerja di ptg2 hari .. wakakakakakk

encem dak ?

tp tang muke aku , abis sume gambo aku try ... web tu x nak capture le .. huhuhu sedih tui


so sapa2 nak try .. meh masuk sini


Tuesday, May 25, 2010

@ Kenali pergerakan wanita

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak
tanah


Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini
juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi
pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh,
tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil
mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya.
Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.





** wink wink : Korg yg mana ???