KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Saturday, July 31, 2010

Cara beli buah durian yang baik









Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips cara bagaimana untuk memilih atau membeli buah durian yang baik.

Berikut ini beberapa tips yang saya dapat hasil pembacaan dan bertanya kepada orang tua-tua.




* Tengok luaran atau kulit durian

Pastikan anda belek-belek dan perhati betul-betul kulit durian sebelum beli. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai atau binatan lain. Jangan pilih buah yang kulitnya ada tompokan hitam (sebab itu tanda ia dah busuk). Jangan pilih durian yang dah merekah atau terbelah sebab itu durian yang dah lama gugur. Dan jangan pilih buah durian yang kulitnya ada kecacatan atau mempunyai bentuk yang kemek tak sempurna.

Berhati-hati, kadang-kadang ada penjual yang cover tompokan hitam yang busuk dengan daun-daun. Walaupun orang kata, `Don't judge a book by its cover'. Tapi dalam hal memilih buah durian, pilihlah buah yang cantik luaran atau kulitnya. InsyaAllah kalau cantik kulit, maka isi nya berkemungkinan besar akan cantik juga.




* Tengok duri buah durian

Kalau nak beli durian yang sedap, cari buah yang berduri tumpul dan jarang. Duri sebenarnya melambangkan bagaimana isi buahnya. Kalau orang berpengalaman, dia siap boleh tahu berapa kandungan isi buah durian, dengan hanya melihat durinya sahaja. Macam iklan DIGI tu..




* Cuba rasa berat buah durian

Cuba angkat buah yang ingin dibeli, kalau ianya dirasakan terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian yang dah lama dan nak kecut. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.




* Cuba cium bau buah durian

Cuba anda cium buah durian tu. Cium bau dia. Adakah baunya harum, menyengat atau kurang baunya? Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan. Sedangkan yang kurang baunya tu, mungkin durian tu tak cukup masak atau baru nak masak. Dan kalau yang bau menyengat atau yang bau ala-ala tempoyak tu, maknanya durian tu durian yang dah busuk laa. So jangan la dibeli durian yang ada bau yang tidak menyelerakan. Dan lagi satu, berhati-hati lah semasa mencium durian. Nanti tak pasal-pasal coreng hidung anda sebab terluka kena duri durian. huhu




* Tengok tangkai buah durian

Cuba perhatikan tangkai buah durian yang anda ingin beli. Kalau tangkai tu kecut semacam jer tu, mungkin buah tu buah yang lama. Kalau boleh, cebis sikit tangkai tu dengan kuku, cuba lihat kalau ianya berlendir dan berwarna hijau, maka durian tu adalah durian yang fresh dan baru gugur beberapa jam yang lalu. Kalau tangkai tu berwarna coklat, kecut dan kering semacam jer, maka itu berkemungkinan besar adalah buah yang dah lama gugur, mungkin dah gugur 3 empat hari.

Ada juga buah durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya buah durian yang bertangkai tahan lasak dan liat ini, isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.




* Kupas dan rasa isi buah sebelum beli

Cara ini paling senang, paling selamat dan paling pasti. Ini adalah jalan penyelesaian paling baik daripada terbeli durian yang dah busuk atau durian muda. Suruh saja tokey belahkan durian yang ingin dibeli, ambil seulas dan cuba makan di situ sebelum beli. Kalau puas hati, beli lah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey kata durian tu tak bagus, busuk atau apa saja. Yang penting, pastikan anda puas hati dulu baru beli.

Tak pun, anda suruh tokey belah sikit buah durian yang ingin dibeli. Bila dah belah, cebis sikit isi durian dan rasai lah sendiri sedap ker tak sedap. Kalau sedap, beli lah. Kalau tak, cari buah lain.

Tapi awas. Ada juga tokey yang kedekut dan berkira. Dia hanya akan belah setelah kita bayar dulu duit. Pastu dia belah. Tapi tak apalah, kalau dia suruh bayar dulu, bayar sajalah. Pastu suruh dia belah depan mata kita, kemudian rasa la seulas dua buah yang dibelah tu. Kalau OK, bolehlah bungkus bawak balik rumah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey, kata kita dah bayar mahal-mahal, tapi isi macam `cibai'. Oppss termencarut skit. huhu

Jangan tertipu dengan tokey

Apa2pun, yang penting, pastikan diri kita puas hati dulu, baru beli. Kalau tak, sia-sia saja kita bayar mahal-mahal. Tapi bila bawa balik rumah, rupanya durian yang dibeli tu dah busuk, berulat dan tak boleh dimakan. Haaa kalau dah terkena macam tu, baru nak menyesal dan menyumpah seranah tokey buah tu pun apa guna.

Jadi, beringatlah sebelum terkena. Pilihlah buah yang benar-benar sebelum membeli. Ingat, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian apa gunanya. Kan kan?

Sekian, selamat makan durian. ;)



SEBELUM BELI BUAH DURIAN, CUBA GUNAKAN PANDUAN INI...










::Nur Kasih The Movie Ada Adik Mia Sara Yang Comel Lote::




Nampaknya filem Nur Kasih atau lebih femes dengan nama Nur Kasih The Movie (NKTM) bakal meletup dengan gabungan pelakon-pelakon lama seperti Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Tambah best bila adik Mia Sara yang tersangat comel (rasa nak cubit je pipi dia yang gebu tue) turut berlakon dalam filem Nur Kasih. Sebagai apa kami tak dapat confirmkan lagi.

Kami pasti dan yakin sangat filem Nur Kasih ini bakal meletup-letup dekat wayang nanti. Kita nantikan bersama bila tarikh tayangan Nur Kasih The Movie. Yang pastinya anda akan lihat makcik-makcik berusia 40-an akan berkunjung ke wayang for the first time untuk melayan filem ini.

Kalau tak silap info yang kami terima, rasanya shooting untuk filem Nur Kasih sudah pun tamat. Mesti sekarang diorang tengah sibuk buat editing. Nak tanya kepada anda semua, adakah anda tak sabar nak pergi tengok filem ini? Adakah filem ini mampu mengutip RM10 juta ? Secara peribadi kami rasa ianya bukanlah satu yang mustahil.

Kita tunggu dan lihat bersama-sama nanti.




** wink wink : tomei tui dak tu

Friday, July 30, 2010

Fakta Mengenai Kencing

Tahukah anda???
1. Kencing manis ketika hamil biasanya berlaku pada bulan kelima atau keenam kehamilan tetapi pada sesetengah wanita, kandungan gula dalam darah akan meningkat secara mendadak pada minggu ke-32 (lapan bulan kehamilan). Ia terjadi kerana perubahan paras puncak hormon dan adalah di luar kawalan setiap individu.

2. Sekiranya air kencing kita tidak berbuih, ia bermaksud kita mengalami masalah pada buah pinggang. Air kencing yang sihat akan berbuih apabila kita kencing. Jika ingin buih yang lebih cantik dan menawan, kencinglah secara berdiri dan duduk bergilir gilir, tarik air kencing anda seperti membuat teh tarik.. Wallla…. anda pasti akan kagum dengan buih buih nya.

3. Seorang ahli akademik Thailand berkata, meminum segelas air kencing sehari dapat membantu kita menghilangkan masalah resdung, menghitamkan rambut dan melambatkan proses penuaan serta mampu merawat kanser. Tapi masalahnya…. lalu ke nak minum air kencing?? Uwekkkk yek yek yek !!

4. Air kencing yang sihat berwarna putih jernih. Sekiranya kencing anda berwarna kuning, ini bermakna tubuh anda kekurangan air. Tapi awas jika kencing anda berwarna putih susu, jika ia berlaku anda sebenarnya mengalami gangguan sexual.

5. Kita di galakkan berdehem ketika kencing. Ini kerana ketika berdehem, otot kita mengecut dan ia akan merembes keluar saki baki air kencing yang terperangkap dalam terowong laluannya. Berdehem lah sesuka hati anda tanpa menganggu jiran di tandas sebelah.

6. Anak murid biasanya lebih aktif ketika kencing daripada guru. Sebab itulah adanya peribahasa Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

7. Salah satu tanda kencing manis ialah anggota badan terutamanya kaki sentiasa terasa semut semut. Sebenarnya sewaktu itu, semut telah dapat mengesan kemanisan air kencing kita dan mereka secara invisiblenya datang untuk menyemut nyemutkan diri mereka di anggota badan kita.

8. Hati hati dengan orang yang kuat kencing. Orang yang kuat kencing itu biasanya penipu. Mereka lebih glamer di kenali sebagai Kaki Kencing.








::Fasha Sandha Sambut Hari Jadi Jejai::

* wink wink : seksi betui cik kak tu ... hrp2 cepat le diorg kawin .. masing2 solo tui dak ?

info dari blog : Abg Nara

CARA2 PUKAT HATI MAK MERTUA

Assalamualaikum.



Sebaik sahaja selesai diijab kabul , secara rasmi kita menjadi miliknya. Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan.

Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.



1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.



Thursday, July 29, 2010

BUDAK TERTELAN KUNCI




A coloured X-ray of a key (outlined in red, top right) swallowed by a 7-year-old boy



** wink wink : tu cmner nak kuor kan tu ? ish ngeriii

Pengat Pisang Nangka






Pisang nangka
1 keping gula melaka
1 kotak kecil santan
daun pandan
2 sudu besar gula pasir(ikut suka).
garam secubit.

Masak pisang dgn santan cair dan larutkan gula melaka serta gula pasir.Masukkan daun pandan ,lepas pisang lembut sikit masukkan santan pekat dan secubit garam.Kacau jgn sampai pecah minyak.



Gambar Krisdayanti Cium Raul Lemos




Nampaknya, terbuktilah penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti bercinta dengan Raul Lemos. Buktinya jelas dengan paparan gambar yang tersebar di internet tatkala ini. Mungkin lagu Pilihlah Aku dendangan KD ditujukan kepada Raul Lemos. Wah, sooo romantic couple. Raul dan KD sekarang dah kembali jatuh cinta.

KD pun ada mengaku bahawa Raul Lemos mempunyai ciri-ciri lelaki idaman hatinya iaitu orangnya bersopan santun dan sangat kacak sekali.
“All of the criteria fails, there is to Raul. He was polite and handsome. His gaze alone was visible cordial,” kata Krisdayanti.

Ketika menafikan hubungan cintanya dengan ahli perniagaan Raul Lemos, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa segan silu mahu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak.

Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Excelsior Cafe n Restaurant, Jalan Radio Dalam Raya, Jakarta Selatan, Rabu. Pada ketika itu Raul sedikitt emosi ketika memperkatakan mengenai dirinya di sebuah tabloid hiburan.



Portal Inilah.Com melaporkan, ketika melihat aksi Raul yang sedikit emosi itu, KD dengan manjanya cuba mencubit pipi lelaki itu sambil memberi ciuman ke bibirnya.
Wartawan dan jurugambar yang hadir pada majlis tersebut menjadi terkejut lalu meminta kedua-dua pasangan tersebut mengulangi aksi berkenaan.
Bagaimanapun tanpa perasaan malu, KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula.
Mantan istri penyanyi, pencipta lagu, dan produser Anang Hermansyah itu berciuman dengan kekasihnya, Raul Lemos.

Peristiwa itu terjadi ketika KD berusaha menenangkan pria asal Timor Leste itu karena mulai naik pitam ketika sebuah tabloid nasional mengabarkan bahwa ia pernah meminta suaka politik.

Mengetahui kekasihnya naik pitam, KD berusaha menenangkan. Ia tiba-tiba saja mencubit pipi Raul yang berada di sampingnya. Sejurus kemudian, KD mendaratkan kecupan di bibir Raul.
Sementara itu Inilah.Com turut melaporkan Raul mengaku mahu menikahi KD tetapi perlu menguruskan penceraiannya dengan Silvalay Noor Artalitha.

Raul berkata dia sudah melafazkan talak ke atas isterinya itu secara lisan dan atas alasan itulah dia berani untuk keluar bersama KD.
Mengikut perancangan, Raul mahu mengadakan majlis pernikahan mereka di tanah kelahirannya di Timor Laste dan KD sendiri tidak keberatan untuk tujuan itu.

KD bercerai dengan Anang Hermanstah pada 22 Oktober tahun lalu. Khabarnya Raul Lemos menjadi penyebab penceraian tersebut. Setelah bercerai dengan Anag, KD tidak malu untuk menceritakan kepada pihak media tentang hubungan mereka itu.



* wink wink : kalau dh sah suami isteri x salah ... tp kalau belum ? lu pk la sdiri



Wednesday, July 28, 2010

Beberapa Maklumat dan Fakta.

1. Anak-anak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.
2. Karena langkanya logam, piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke II terbuat dari kayu.
3. Setiap Siklus 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Siklus ini dinamakan “Solarmax”.
4. Ada 318.979.564. 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
5. Ada lebih dari 300 bakteri pembentuk karang gigi.
6. Macan adalah anggota terbesar dalam keluarga kucing.
7. Nomer 172 dapat ditemukan pada uang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.
8. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada jerung.
9. Pada poster film Pretty Woman Julia Robets terlalu pendek untuk bisa sejajar dengan Richard Gere. Maka digunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.
10. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun .
11. Kode Telephone Internasional untuk Antartica adalah 672.
12. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Kebun Binatang Berlin.
13. Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 mil per jam.
14. Butuh 10 tahun bagi Leonardo Da Vinci untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tanggal. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut sinar X, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.
15. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox.
16. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filam agar kita bisa melihat semua gerakannya.
17. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori.
18. Darah sama kental dengan air laut.
19. Air laut di samudra Atlantik lebih asin dari pada di samudra Pasifik.
20. Topeng tokoh Michael Myers di film horor Helloween sebenernya topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih, karena kurang dana.
21. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.
22. Bayi lahir setiap 7 detik.
23. Satu dari 14 wanita Amerika berambut pirang asli. Prianya hanya satu dari 17.
24. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan melayani dengan selamat selama 25 tahun.
25. Saat Titanic karam, 2.228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat.
26. Sampai usia 6 bulan, bayi bisa menelan dan bernapas secara bersamaan. Orang dewasa tidak bisa.
27. Alasan kenapa diiklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam seperti sedang tersenyum.
28. Tiap tahun bulan menjauh 3.82 cm dari bumi.
29. Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, sabuk kulit dan sepatu keds adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandung cukup gizi untuk hidup sementara.
30. Dalam satu tetes air mengandung 50 juta bakteri.
31. Dengan menaikan kaki pelan2 dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir hisap.
32. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau.
33. Memakan seledri membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam seledri itu sendiri.
34. Lobster dapat hidup selama 100 tahun.
35. Permen karet tidak dijual di Disney Land.
36. Mangunyah permen karet saat mengupas bawang mencegah kita menangis.
37. Rahang kucing gak bisa bergerak kekiri dan kanan.
38. Nama Artic (kutub utara) berarti beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara.
39. Jika kira berdiri di dasar sumur, kita bisa melihat bintang walaupun di siang hari.
40. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.
41. Teknik mengaduk terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W.
42. Adegan band yang terus bermain musik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata.
43. Buku Guinness Book of Records memegang rekor sebagai buku yang paling banyak dicuri dari perpustakaan.
44. 35% dari orang yang ikut kontak jodoh lewat internet, sudah menikah.
45. CocaCola dulu berwarna hijau.
46. Secara fisik, babi tidak bisa melihat ke langit.
47. Semua beruang kutub kidal.
48. Kelelawar selalu belok kiri jika terbang keluar gua.
49. Jim Henson pertama kali memakai kata Muppet. Kombinasi dari “marionette” dan “puppet”.
50. Gajah satu-satunya hewan yang tidak bisa meloncat.
51. The Michelin man (figur berbaju dan bertopi putih diiklan Michelin) bernama Mr. Bib. Nama aslinya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.
52. Kita tidak bisa menjilat siku kita sendiri.
53. Kata “lethologica” menggambarkan saat dimana kita tidak bisa mengingat apa yang kita inginkan.
54. Siput bisa tidur selama 3 tahun.
55. Diatas khatulistiwa melintas sekitar 200 satelit asing, termasuk satelit mata-mata.
56. Orang di Cina lebih banyak yang berbahasa Inggris dari pada orang di Amerika.
57. Karena pengaruh rotasi bumi, kalau kita melempar kearah barat, lemparan kita akan lebih jauh jatuhnya dari pada kearah timur.
58. Kursi listrik ditemukan oleh seorang dokter gigi.
59. Kita berulang tahun bersama 9 juta orang dari seluruh dunia.
60. Setiap manusia dalam hidupnya rata-rata habis untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu.
61. Botol aqua dan tempat makan plastik baru bisa terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50.000 tahun.
62. Kucing bisa membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya bisa sekitar 10.
63. Kelelawar adalah satu-satunya mamalia yang bisa terbang.
64. Jika boneka Barbie adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84 cm). Tingginya sekitar 215 cm dan punya leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal.
65. Tikus beranakpinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.
66. Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembangbiakan bakteri dalam kuping 700 kali lebih cepat.
67. Seekor Babon bernama ‘Jackie’ menjadi prajurit resmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia I
68. Bibliophile adalah sebutan untuk kolektor buku-buku langka. Bibliopole adalah penjual buku-buku langka.
69. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam semenit.
70. Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.
71. Kupu-kupu melihat dengan 12.000 mata.
72. Bulan February tahun 1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat mengalami bulan purnama.
73. Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu lari sepanjang lapangan bola sebelum benar-benar mati.
74. Kecoak bisa hidup 9 hari tanpa kepala, dan akan mati karena kelaparan.
75. Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Merkurius satu tahun adalah 2 hari.
76. Umur dari capung adalah 24 jam.
77. Pada Usia 3 bulan janin manusia mulai terbentuk sidik jari.
78. Butuh waktu 6 bulan untuk kuku kaki tumbuh dari bawah paling bawah sampai ujung kuku.
79. Daya ingat ikan hanya 3 detik.
80. Broccoli dan kembang kol adalah sayuran yang berupa bunga.
81. Anak baru lahir memiliki 350 tulang. Mereka menyatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada usia 5 tahun.
82. Tidak ada bukti yang pasti siapa yang membangun Taj Mahal.
83. Dalam survey terhadap 200.000 burung unta selama 80 tahun, tidak ada satupun yang mengubur kepalanya dalam tanah.
84. Shuttlecock untuk badminton harus punya 14 bulu.
85. Mutiara bisa larut dalam cuka.
86. Babi tidak dapat berkeringat karena tidak punya kelenjar keringat. Mereka berlumur lumpur untuk mendinginkan kulitnya.
87. Venus dan Uranus adalah planet di tata surya kita yang berputar melawan jarum jam. Jadi matahari terbit dari barat di planet ini.
88. Microwave ditemukan setelah seorang ilmuan yang berjalan melewati tabung radar mendapati permen coklatnya meleleh disakunya.
89. Ikan hiu kebal terhadap kanker.
90. Rusa Santa bernama: Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen.
91. Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.
92. Alpabet Hawai terdiri dari 12 huruf saja.
93. Nama paling populer di dunia adalah Muhammad.
94. Bola mata kita beratnya sekitar 28 gram.
95. Paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan karena memberi tempat terhadap jantung.
96. Pinguin hanya ada di kutub selatan, dan tidak bisa menyebrangi equator.
97. Kebanyakan orang bisa mendengar lebih baik dengan kuping kanan.
98. Vitamin pada buah biasanya terdapat pada kulitnya.
99. Rata-rata klakson mobil berbunyi pada nada F.
100. Pria lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita.
101. Bulan purnama 9 kali tebih terang daripada bulan setengah.
102. Untuk setiap patung memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda mengangkat, maka orang tersebut tewas dalam pertempuran, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal karena luka dalam pertempuran, jika 4 kakinya menginjak tanah, orang tersebut meninggal secara normal.
103. Beruang dewasa dapat lari secepat kuda.
104. Tulang kuda lebih banyak 18 buah dari tulang manusia.
105. Ubur-ubur terdiri dari 95% air.
106. Kulit Zebra adalah putih yang bergaris hitam.
107. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna.
108. Tikus dan kuda tidak bisa muntah.
109. Penguin adalah burung yang tidak bisa terbang tapi bisa berenang.
110. Astronot dilarang mengkonsumsi kacang sebelum menjelajah ruang angkasa karena jika buang angin dalam baju khusus astronot dapat membahayakan mereka.
111. Sebelum ada pesawat jet, Jetlag disebut Boatlag.
112. Kucing berkeringat melalui telapak kakinya, terutama saat mendengar gonggongan anjing.
113. Coklat meleleh dalam mulut karena titik lelehnya adalah 35 derajat celcius.
114. Dalam perang dahulu, orang yang buta warna dibutuhkan dalam tim pendeteksi kamuflase di militer.
115. Sapi tidak punya gigi atas.
116. Pendeta Mesir kuno mencabuti setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.
117. Buaya tidak bisa menjulurkan lidah.
118. Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga.
119. Kucing rumah benci bau lemon dan semua yang berbau sitrus.
120. Donal Bebek dilarang beredar di Finlandia karena Donal tidak pakai celana.
121. Nama asli Donal bebek adalah Donald Flauntleroy Duck.
122. Indra perasa kupu-kupu ada di kakinya.
123. Dry Ice tidak meleleh, tapi menguap.
124. Mata burung unta lebig besar dari otaknya.
125. Bintang laut tidak punya otak.
126. Tiap manusia punya telinga yang berbeda.
127. Telur segar tenggelam di air, telur yang kadaluarsa mengambang.
128. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga.
129. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit.
130. Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar).
131. RSVP adalah Respondez s’il Vous Plait yang artinya “mohon jawaban”.
132. Mata manusia yang sehat (tidak buta warna) dapat menbedakan 500 jenis warna abu-abu.
133. Ikan mas yang bunting disebut “twit”.
134. Eropa adalah benua tanpa padang pasir.
135. Lalat meloncat mundur saat akan terbang.
136. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada tiap telinga.
137. Macan mempunyai kulit yang belang,bukan hanya bulu yang belang.
138. Kambing mempunya pupil mata segi empat.
139. Novel pertama yang menggunakan mesin tik adalah Tom Sawyer.
140. Hamster sangat suka makan jangkrik.
141. Pemantik ditemukan sebelum korek api.
142. Rata-rata dalam setiap batang permen coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.
143. Tanduk badak terbuat dari rambutnya yang mengeras.
144. Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih dari pada yang kotor.
145. Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna bening, dan tampak putih di salju.
146. Landak punya sidik jari yang mirip manusia.
147. Mahluk yang bisa tersipu-sipu hanya manusia.
148. Jika kita memelihara ikan mas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah putih.
149. Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari pria.
150. Ikan hiu kehilangan gigi lebih dari 6.000 buah setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.
151. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.
152. Jerapah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.
153. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.
154. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman korban.
155. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya.
156. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi sampanye segar akan bergerak naik turun dalam gelas.
157. Benjamin Franklin anak bungsu dari orangtua bungsu keturunan ke 5 dalam keluarga bungsu.
158. Lidah jerapah panjangnya sekitar 50 cm.
159. Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.
160. Kita bernafas kira-kira 23.000 kali setiap hari.
161. Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari “Zoning Improvement Plan”.
162. Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75.000 liter.
163. Setiap orang, termasuk kembar identik, sidik jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
164. Pria kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita 70 helai.
165. Tanda “save” pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.
166. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Lthal dan Emma Wedgewood).
167. Unta punya 3 kelopak mata.
168. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru.
169. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. Kita bisa berkedip 5 kali dalam sedetik.
170. Tanpa dicampur ludah di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan.
171. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki.
172. 13% orang di dunia adalah kidal.
173. Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.
174. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya.
175. Kita sebenarnya melihat dengan otak. Mata hanya berupa kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.
176. Kalajengking bisa dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka, mereka akan murka dan menyengat dirinya sendiri.
177. Tahun 1830an saus tomat biasa dijual sebagai obat.
178. India mempunyai Undang-undang hak untuk sapi.
179. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip.
180. Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan “GP”, bahasa militer untuk General Purpose.
181. Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal.
182. Jika semua emas dalam laut ditambang, setiap manusia di dunia bisa mendapat emas 20 kg masing2.
183. Jika lever manusia berhenti bekerja, manusia akan mati dalam 8 sampai 24 jam.
184. Jika matahari tiba-tiba padam, butuh 8 menit bagi manusia untuk menyadarinya.
185. Dalam 4000 tahun, tidak ada jenis binatang peliharaan baru.
186. 25% dari tulang manusia ada di kaki.
187. David Sarnoff adalah orang yang menerima sinyal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi kepala jaringan radio, the National Broadcasting Company (NBC).
188. Berdiri lama tanpa menekuk lutuk sama sekali akan membuat kita pingsan.
189. Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap dapat tercium dalam nafas kita.
190. Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua ujung tangan adalah sama dengan tinggi kita.
191. Liburan selama sebelas hari berarti kita punya waktu hampir sejuta detik untuk menikmatinya.
192. Dalam film Silence of The Lambs, tokoh Hannibal Lecter tidak pernah berkedip.
193. Merebus telur burung unta butuh waktu 40 menit.
194. Jaguar takut pada anjing.
195. Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari.
196. Johnny Deep takut pada badut.
197. Ganymede adalah bulan planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di tata surya kita, lebih besar dari planet Merkurius.
198. Di Italia, Micky Mouse lebih dikenal dengan nama “Topolino”.
199. Susu sebenarnya lebih menyerupai makanan daripada minuman.
200. Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis.
201. Nyamuk lebih suka anak-anak daripada orang dewasa.
202. Partikel debu di dalam rumah sebagian besar berasal dari sel kulit mati.
203. Rata-rata orang bergerak 40 kali dalam tidurnya.

Sumber: Unik.Us



Biar Mati anak, Jangan Rosak BMW




Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Berlaku hari ini (1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.

Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.

Car park yang mengadap DEMC tu..

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis…alahai kesiannya…

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya …

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu…

Pompuan A: umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu: tak boleh …(sambil menangis)…nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare…

Pompuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu: (sambil menangis)…nanti suami saya marah…

Pakcik B: Isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni…

Pakcik C: “Mana bapaknya???”

Mak Budak tu: “Dia balik Meru ambil kunci”

Semua orang: “Apa! Meru!!!”

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram…

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata…”saya takut suami saya marah” “Tunggu suami saya datang”…Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni… biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin kereta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu…

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen ” aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!”

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu…praannng….!!!! Selesai masalah…

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan…kesian baby tu..berpeluh-peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru….

Seorang lagi lelaki menjerit “biar saya periksa dia…. saya doktor”. Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu…

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC…bapak dia masih tak muncul-muncul …ye la Meru tu kan jauh…. mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu…




* wink wink : gile betui le mak dia

BELAJARLAH MILIKI HATI YANG BAHAGIA..


“Hatimu adalah wadah itu.
Perasaanmu adalah tempat itu.
Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya.
Jadi jangan jadikan hatimu seperti gelas, buatlah laksana telaga yg mampu menampung setiap kepahitan itu, dan merubahnya menjadi kesegaran dan kedamaian.
Karena Hidup adalah sebuah pilihan, mampukah kita jalani kehidupan dengan baik sampai ajal kita menjelang?
Belajar bersabar menerima kenyataan adalah yang terbaik”



Suami Idaman Seorang Isteri!


SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri anda sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?


Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin. Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.


Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.


2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.



3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.


30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.



Kemaafan dendam yang terindah

jom layan cerpen ...

"Afik, bagi karipap tiga!" Langkah Syafiq mati seketika.Terasa berat kepalanya hendak menoleh kerana dia tahu siapakah empunya suara tu. Kalau diturutkan hati, mahu sahaja dia berlari laju-laju. Tetapi memikirkan dua bakul berisi kuih-muih yang dibawanya akan bertaburan ke tanah, Syafik membatalkan niat.

Sambil menguatkan semangat, Syafiq bertawakal dengan apa yang bakal terjadi
"Eh, kan aku cakap aku nak kuih karipap tiga? Apalagi, bagilah!" Aziz segera merampas bakul yang separuh senget dipegang Syafiq. Ahmad dan Hamid yang mengekori langkah Aziz terkekeh-kekeh mengetawakannya.

"Aku tak boleh bagi kau semua kuih dengan percuma lagi. Nanti ayah aku marah," meluncur sahaja ayat itu dengan tenang daripada bibir Syafiq. Setelah sekian lama, dia sendiri tidak tahu dari manakah dia memperolehi kekuatan berkata demikian.

"Oh dah pandai menjawab sekarang. Siapa ajar kau menjawab hah?! Dasar budak tak ada emak! Aku tak kira, aku kata aku nak, kau mesti bagi!" semakin buas Aziz mengenakan Syafiq. Ditolaknya Syafiq sehingga terduduk. Habis bertaburan kesemua kuih yang baru hendak dihantar ke restoran Mak Piah. Cepat-cepat Ahmad dan Hamid mengutip beberapa keping kuih karipap, keria dan cucur badak yang masih panas.

Aziz membaling bakul kuih yang telah kosong ke muka Syafiq. "Nah, ambil balik!" katanya, puas.
Perlahan-lahan Syafiq bangkit. Dikutipnya kuih-muih di atas tanah. Sudan bosan dia menghadapi kehidupan yang sebegini rupa. Hari-hari yang dilaluinya terpaksa berhadapan dengan tiga orang pembuli itu - Aziz, Hamid dan Ahmad.

Beberapa kali diadukan hal ini kepada bapanya, tetapi yang mampu diucapkan hanyalah sabar, sabar, sabar. Sampai bila dia harus bersabar, sedangkan ujian yang terpaksa dihadapinya semakin hari semakin menggoncang iman.

Syafiq semenjak kecil lagi sudah kehilangan ibu. Namun ayahnya yang hanya merupakan seorang buruh kasar tidak pernah mengabaikan tanggung-jawabnya sebagai bapa, sekaligus merangkap sebagai ibu. Setiap keperluan Syafiq dipenuhi, walaupun mungkin tidak begitu sempurna. Pelajaran Syafiq juga amat dititikberatkan, walaupun pendapatannya sebagai buruh binaan hanya cukup makan untuk menampung mereka bertiga, termasuk nenek Syafiq. Justeru, Syafiq yang sudah dilatih berdikari sedari kecil, membantu ayahnya dengan menjual kuih yang dibuat oleh neneknya.

Syafiq tidak pernah mendatangkan masalah kepada sesiapa pun. Cuma, kepintarannya di dalam bidang pelajaran walaupun berasal daripada keluarga susah menyebabkan ada yang berasa iri hati.

Pernah suatu ketika, apabila diumumkan sebagai pelajar cemerlang di dalam kelasnya,Aziz mengejek sinis, "Afiq dapat nombor satu sebab meniru!" Padahal semua orang tahu tiada siapa yang mampu menyaingi Syafiq di dalam kelas itu.

Pada suatu masa yang lain, sedang Syafiq tekun menghadap buku sambil membuat kerja rumah di perpustakaan, Aziz dan rakan-rakannya datang mengganggu.

"Hei budak tak ada emak! Jangan nak berlagak rajinlah. Kalau dah miskin tu, miskin juga. Kau belajarlah tinggi melangit macam mana pun, tak akan kaya!" dengan angkuh Aziz berkata. Syafiq diam membisu. Dalam hatinya, entah berapa puluh kali dia beristighfar.

Tidak puas dengan tingkah Syafiq yang bersahaja dan tidak melawan, Aziz menarik barang-barang Syaifq. Diconteng-contengny a buku latihan matematik Syafiq sepuas-puas hati. Syafiq hanya mampu memandang sayu. Egonya ingin melawan, tetapi baginya, api kalau disimbah dengan api juga, maka semakin marak dan menyalalah kemarahan. Akibatnya pasti lebih dahsyat lagi. Sudahnya, sambil teresak-esak, Syafiq mengambil bukunya dan berlalu pergi.

Seringkali Syafiq terfikir, mengapalah agaknya Aziz dan rakan-rakannya begitu membenci dirinya. Syafiq tidak pernah tahu apakah sebabnya. Dia tidak pernah mengganggu Aziz dan rakan-rakannya. Lagipun,Aziz anak orang berada. Bapanya penghulu kampung. Ibunya membuka sebuah restoran di pekan. Keperluannya sentiasa ada. Pakaiannya berjenama.

"Banyak perkara lain lagi yang boleh dilakukannya, tetapi mengapa dia memilih untuuk mengganggu aku?" seringkali Syafiq berfikir begitu. "Biarkan orang buat kita, asalkan kita tidak buat apa-apa pada orang, nak," pesan bapanya setiap kali dia mengadu-kan hal Aziz.

"Lambat-laun mereka akan sedar kesilapan yang mereka lakukan. Bersabarlah menempuh dugaan hidup ini," kata bapanya lagi.

Jika tidak kerana nasihat ayahnya, Syafiq memang sudah lama mahu membalas balik kata-kata Aziz. Tetapi kerana patuh dan akur pada nasihat ayahnya yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah itu, Syafiq mendapat suntikan semangat yang kuat. Tambahan pula neneknya juga tidak putus-putus menggalakkan Syafiq supaya belajar bersungguh-sungguh agar dapat membela nasib keluarga mereka.

Panas mentari petang itu menggigit-gigit kulit Syafiq. Seperti biasa, selepas pulang dari sekolah pada pukul 1.30 petang, Syafiq terus sahaja pulang ke rumah. Selesai menunaikan solat Zuhur, dia keluar kembali menghantar kuih yang telah siap digoreng neneknya ke restoran Mak Piah di pekan.

Sambil berjalan, Syafiq menyanyt-nyanyi kecil untuk menghiburkan hatinya. Tiba-tiba matanya tersorot pada sekujur tubuh yang terbaring di tengah jalan.
"Siapa agaknya di sana tu? Macam sedang mengerang kesakitan nampaknya," detik hati Syafiq. Dia mempercepatkan langkah. Dua buah bakul yang berisi kuih-muih terlantun-lantun dibawa Syafiq. Perlahan-lahan Syafiq menghampiri tubuh yang tangan dan kakinya berlumuran darah itu. Syafiq memangku kepalanya dan...

"Ya Allah! Aziz! Apa yang dah terjadi Aziz? Kenapa tangan dan kaki kau berlumuran darah?" jerit Syafiq separuh panik. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

Aziz hanya mampu memandang sayu seraya berkata, "A..fiq.. toJong.. a..ku.. A..fiq.A..da ke..reta.. lang... gar. a..ku dan kemu.. dian la..ri," tersekat-sekat Aziz bersuara. Air matanya berderai-derai jatuh tidak dapat diseka lagi.

Tanpa membuang masa, Syafiq mengangkat tubuh Aziz dengan sepenuh tenaganya. Sebuah kereta Proton Wira yang kebetulan lalu segera ditahannya. Aziz dimasukkan ke dalam kereta dan dibawa ke hospital berdekatan. Syafiq langsung tidak memikirkan apa yang telah dilakukan Aziz terhadapnya sebelum ini. Apa yang penting, nyawa Aziz perlu diselamatkan terlebih dahulu.
Di hospital, Syafiq setia menunggu di sisi Aziz. Sesekali terangguk-angguk kepalanya menahan rasa mengantuk. Ibu dan bapa Aziz hanya mampu memandang sepi perlakuan Syafiq. Kesal dengan apa yang dilakukan oleh anak mereka sebelum ini, namun apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Syafiq yang sering menjadi mangsa buli anak mereka, kini menjadi penyelamatnya pula. Mujur kecederaan Aziz tidak begitu parah.

Perlahan-lahan Aziz membuka mata setelah sedar dari pengsan.

"Afiq, aku minta maaf. Aku selalu menyusahkan hidup kau. Tapi kau tak pernah ambil hati," Aziz menangis semahu-mahunya. Dia cuba bangun merangkul Syafiq, tetapi terjatuh kembali kerana tidak berdaya. Segera Syafiq menyambut tubuhnya."Sudahlah Aziz. Perkara yang lepas janganlah dikenang. Ayah aku selalu mengingatkan aku agar menjadi manusia yang tabah. Walau apa pun godaan yang datang, kita mesti kuat. Walaupun musuh menyerang, kalau masih boleh pertahankan diri, kita pertahankan. Kalau dah terpaksa, barulah boleh melawan. Aku tahu, kau sebenarnya masih terkeliru antara siapa lawan dan siapa kawan."

Aziz memandang Syafiq dengan pandangan sayu.

"Tak mengapalah, Aziz," sambung Syafiq. "Mulakanlah hidup baru. Kita jadi kawan, ya? Aku maafkan segala kesalahan kau," tenang bibir Syafiq mengucapkan kata-kata. Dilihatnya air mata Aziz semakin berhamburan keluar.
"Aziz, kau tahu tak, setiap kali kau menyakitkan hati aku, memang aku diam, tetapi aku sebenarnya menahan dendam. Tetapi saat yang terindah bagi aku ialah apabila kau meminta maaf. Sekarang dendam itu sudah terpadam sepenuhnya- Aku sentiasa berdoa pada Allah agar dibukakan hati kau untuk kembali ke jalan yang benar. Alhamdulillah akhirnya kau sedar juga," Syafiq menambah. Aziz ditampar rasa bersalah yang amat.

Semenjak itu, Aziz amat kesal di atas segala perlakuannya terhadap Syafiq. Dia bersyukur ke hadrat llahi kerana kemalangan yang menimpa telah menjadi titik-tolak untuknya berubah. Dia berazam untuk menjadi sekuat Syafiq;
walaupun sering mengalah, namun akhirnya menang di atas sifat lurus dan jujurnya. Walaupun hatinya pedih disakiti, namun diubatnya dengan istighfar dan mendoakan kesejahteraan ke atas Aziz pula.







Tuesday, July 27, 2010

Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta




PADA suatu masa dahulu, terdapat tiga bersaudara daripada keturunan Bani Israel. Mereka hidup dalam kemiskinan dan sentiasa dihina. Salah seorang daripada tiga bersaudara itu digelar Si Sopak.

Dia digelar begitu kerana kulitnya dijangkiti penyakit sopak. Saudaranya yang kedua, botak kepalanya. Maka digelarnya Si Botak. Yang ketiga digelar Si Buta, kerana matanya buta.

Pada suatu hari, Si Sopak berkata: "Alangkah bahagianya aku jika kulitku sehalus sutera dan aku pula menjadi kaya."

Allah mendengar kata-kata itu dan mengutuskan malaikat pergi ke rumah Si Sopak dalam bentuk manusia. Malaikat itu bertanya kepada Si Sopak: "Apakah yang engkau inginkan?"

"Kulit yang halus dan sihat daripada penyakit ini. Aku juga inginkan unta agar aku boleh menternaknya nanti," kata Si Sopak.

Malaikat pun menyapu sekujur tubuh Si Sopak. Kulit Si Sopak pun berubah menjadi halus. Selepas itu, malaikat pun menyerahkan seekor unta yang sedang bunting kepada Si Sopak.

Malaikat seterusnya pergi ke rumah Si Botak pula. Si Botak sedang menyesali nasib dirinya yang malang. Kepalanya yang botak kelihatan berkilat.

"Apakah yang engkau inginkan, wahai Botak," tanya malaikat.

"Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini. Biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh. Aku juga inginkan lembu untuk dipelihara," kata Si Botak malu-malu.

Malaikat pun mengusap lembut kepala Si Botak. Dengan izin Allah, tumbuhlah rambut yang lebat. Wajahnya pula menjadi kacak. Malaikat pun menyerahkan seekor lembu betina bunting kepada Si Botak. Si Botak pun memeliharanya sehingga beranak pinak.

Kemudian malaikat pergi pula ke rumah Si Buta. Seperti dua saudaranya yang lain, malaikat bertanya apa yang Si Buta inginkan.

"Aku inginkan mataku yang buta ini disembuhkan oleh Allah. Maka dapatlah aku melihat saudara-saudaraku," kata Si Buta.

Malaikat pun mengusap mata Si Buta. Si Buta pun membuka mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila dia sudah dapat melihat. Malaikat pun bertanya kekayaan apakah yang Si Buta inginkan, dan apabila Si Buta meminta kambing, malaikat juga menyerahkan seekor kambing yang sihat dan sedang bunting kepadanya.

Beberapa tahun kemudian, terkenallah ketiga-tiga orang bersaudara itu kerana kekayaan masing-masing. Ternakan mereka memenuhi ladang ternakan masing-masing.

Mereka sekarang sudah digelar Tuan Sopak, Tuan Botak dan Tuan Buta. Kekayaan mereka tersebar di kalangan Bani Israel.

Allah kemudian mengutuskan malaikat untuk turun ke bumi dalam rupa seorang pengemis. Mula-mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak.

"Saya ini musafir yang miskin, tuan," kata malaikat. "Tiada bekal untuk pulang. Demi Allah yang mengurniakan paras yang indah dan harta yang banyak, berilah unta seekor kepada saya untuk teruskan perjalanan."

Tuan Sopak jijik melihat musafir di depannya itu. Maka dia pun berkata: "Aku harus menyelesaikan banyak hutang. Aku tidak boleh memberi apa-apa kepada kau.

"Moga Allah mengembalikan keadaan tuan yang asal," balas malaikat yang menyerupai pengemis itu.

Selepas malaikat tersebut beredar, Si Sopak menjadi seperti dahulu. Kulitnya kembali dijangkiti sopak. Ternakan untanya semakin hari semakin susut kerana mati. Akhirnya habislah semua harta kekayaannya.

Malaikat pergi menemui Tuan Botak pula untuk meminta sedekah, Tuan Botak memberi alasan yang sama dengan Tuan Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar Allah menjadikan Tuan Botak seperti dulu.

Kepalanya pun menjadi botak kembali. Lembu Si Botak juga mati seekor demi seekor. Maka Si Botak pun kembali miskin.

Malaikat menemui Tuan Buta pula. Lelaki itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Apabila malaikat meminta agar diberikan seekor kambing, Tuan Buta pun berkata: "Dulu aku seorang buta. Allah telah menyembuhkan mataku. Oleh itu, kau ambil mana-mana kambing yang engkau sukai untuk dibuat bekalmu."

Mendengar jawapan itu, malaikat pun berkata: "Jagalah hartamu baik-baik. Sebenarnya Allah hanya ingin mengujimu. Allah telah meredaimu, sedangkan saudara-saudaramu telah mendapat kemurkaan."


PETUA :Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat:
(percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknya waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintaklah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken from Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35, 36, 37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.


Burger King Using Pig Fat

salam ..

sapa2 tau hal ni .. mintak cek kan ... TQ ..


geli tekak ku .. eeeeeeeeee







Monday, July 26, 2010

Ingatlah akan hati yang terluka dan air mata yang membasahi pipi

Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni

Tidakkah engkau lihat bahawa malam ini

Bila telah sempurna kegelapannya

Pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya

Seorang penyair berkata: bila anda mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah bersumpah demi waktu bahawa anda akan mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui. Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa jua yang anda sukai, maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.

Jika anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawa hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah diberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam, baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana, baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya, maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah air mata anda.

Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman, dan musibah atas diri anda bukanlah yang pertama dan terakam dalam daftar musibah dan penderitaan.

Allah SWT berfirman:

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah?”

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 214)


Ilmu memagar diri dan rumah

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala. (jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke 3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.
Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula.
Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar.
Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan Allah)..



Petua mengatasi rasa mengantuk selepas makan

Jam baru menunjukkan 2 petang, tetapi mata anda terasa berat. Berair mata menahan rasa mengantuk, apa yang dibaca seolah-olah melayang dan tiada satu pun masuk ke fikiran. Gula-gula yang dikemam sudah cair semuanya, tetapi rasa mengantuk tetap tidak hilang.

Boleh dikatakan semua orang pernah mengalami perkara ini — mengantuk selepas makan tengah hari. Di mana silapnya kerana setiap pagi kita datang ke tempat kerja dalam keadaan segar dan cergas.

Perkara ini sebenarnya ada kaitan dengan jam biologi badan yang secara semula jadi membuatkan kebanyakan orang mengantuk selepas makan tengah hari, khususnya sekitar jam 2 hingga 3 petang.

Penyelidik juga percaya perkara ini berkaitan dengan penurunan suhu badan yang memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan melatonin — proses sama seperti sebelum kita tidur malam, tetapi dalam kuantiti kecil.

Bagaimanapun, jangan salahkan jam atau proses semula jadi badan kerana banyak faktor luaran boleh menyebabkan kita mengantuk selepas makan tengah hari. Antaranya ialah tabiat pemakanan yang banyak memberi kesan kepada badan.

Berapa ramai antara kita bersarapan dengan sempurna? Ingat, secawan kopi atau teh tidak dikira sarapan, walaupun bagi sesetengah orang kopi menjadi penggerak aktiviti harian mereka, tetapi tenaga daripada kopi tidak mencukupi untuk anda kekal cergas.

Jurucakap Persatuan Dietetik Amerika dan pensyarah Nutrisi Pusat Perubatan Universiti Southwestern Texas, Lona Sandon, berkata walaupun tahu kepentingan sarapan, ramai orang tidak mendapat tenaga secukupnya daripada sarapan.

Untuk kecergasan dan mengelak rasa mengantuk, kita perlu memulakan hari dengan sarapan yang baik. Wanita disaran mengambil sarapan yang ada 300 hingga 400 kalori, manakala lelaki 500 kalori.

Contohnya, dua keping roti disapu mentega kacang dan sebiji pisang atau satu mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dengan susu skim dan segelas jus buah.

Nasi lemak biasa bersaiz kecil (tidak diiringi lauk pauk mewah), sekeping roti canai (300 kalori) dengan sedikit kuah kari atau dal, setengah pinggan bihun goreng vegetarian (250 hingga 200 kalori) atau jika mahu, kuih muih hadkan kepada dua atau tiga keping saja.

Ramai orang ada salah faham terhadap karbohidrat yang dianggap boleh menggemukkan, sedangkan menurut Sandon kita memerlukannya untuk tenaga.

Malah, kehadiran karbohidrat membolehkan otak dan otot berfungsi dengan cekap, selain ia menjadi agen pemecah lemak ketika bersenam.

Kajian menunjukkan, menambah sedikit sumber protein kepada karbohidrat boleh meningkatkan daya tumpuan. Gabungan protein dan karbohidrat membolehkan kita berfungsi dengan lebih baik daripada segi fizikal dan mental.

Sebaik-baiknya, elak mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak kerana lemak mengambil masa lebih panjang untuk dicerna dan ia tinggal lama di dalam perut, menyebabkan kita terasa ‘berat’ serta tidak bertenaga.

Untuk tengah hari, antara petua berguna diberi pakar jantung ialah membahagikan pinggan kepada empat bahagian untuk diisi nasi, ikan (sesekali boleh digantikan dengan ayam atau daging), sayur dan buah.

Kaedah ini secara tidak langsung menjadi penanda kuantiti yang boleh diambil untuk setiap sumber makanan. Ini cara mudah untuk anda mengawal pengambilan makanan, terutama bagi yang ada masalah berat badan berlebihan.

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi rasa mengantuk selepas makan iaitu:

# Banyakkan bergerak. Rasa mengantuk sukar dihindarkan apabila terlalu lama duduk di depan komputer, apatah lagi jika perut kenyang. Jalan cepat atau lebih baik, menaiki tangga (dua ke tiga tingkat) sehingga terasa degupan jantung menjadi pantas.

Senaman ringkas ini memberi tenaga kepada anda dan ia disimpan dalam memori badan sebagai aktiviti cergas yang boleh disambung selepas balik daripada kerja. Jika tidak pun, lakukan senaman regangan di pejabat.

# Minum air kosong. Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

# Tidur sekejap selama 10 hingga 15 minit. Kajian menunjukkan tidur sekejap bukan saja boleh mengatasi masalah mengantuk pada waktu petang, tetapi membuat kita segar dan mampu memberi tumpuan lebih baik ketika melakukan kerja.

# Makan sedikit, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Usah makan hingga terlalu kenyang, tidak kira berapa sedap pun makanan yang terhidang. Jika anda banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus dan bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini antara punca menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk.

Makan sedikit tetapi kerap. Kaedah ini membekalkan badan dengan tenaga dan membantu usus berfungsi dengan lebih baik kerana tidak perlu bekerja keras mencerna kuantiti makanan yang banyak pada satu-satu masa.

# Pilih sumber makanan berbeza. Bawa snek seperti biskut kraker yang rendah lemak. Biasanya biskut kraker mengandungi karbohidrat yang mudah diproses untuk memberi tenaga segera. Buah-buahan juga baik untuk dijadikan snek penghilang rasa mengantuk.

# Jangan makan gula-gula atau minum minuman manis, termasuk kopi. Ia tidak membantu menghilangkan rasa mengantuk, malah mungkin membuat masalah anda bertambah teruk. Kajian penyelidik di Universiti Manchester menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan isyarat yang membuatkan kita berjaga.



TEDDY BEAR







** wink wink : xdak story besh pun tody








Sunday, July 25, 2010

Penyakit yang paling sering salah diagnosa dokter


Inilah info sehat daftar atau list penyakit yang paling sering salah diagnosa dokter. Hal ini disebabkan oleh begitu banyaknya kemiripan atas gejala yang timbul dari beberapa penyakit tertentu sehingga seorang dokter pakar pun dapat salah menentukan sakit apa yang diderita oleh si pasien, kecuali dilakukan test khusus.

Sebagai orang awam hal ini sangat penting untuk diketahui agar kita tidak hanya menerima mentah-mentah masukan dari dokter namun setidaknya memiliki dasar pengetahuan mengenai penyakit. Bila dokter salah mendiagnosa maka kesannya akan sangat besar: kos perawatan atau penyembuhan yang menjadi sangat tinggi atau bahkan berakibat fatal bagi keselamatan jiwa Anda karena terlambat ditangani dengan benar!

Bacalah baik-baik info kesehatan tentang daftar list penyakit yang paling sering salah didiagnosis dokter demi kesehatan dan keselamatan Anda.


4 Penyakit yang Sering Salah Diagnosis

Banyaknya gejala yang mirip dan kekurangtahuan dokter kerap menghasilkan diagnosis penyakit yang salah. Jika kesalahan itu terus berlanjut, penanganan untuk penyakit yang sebenarnya pun akan datang terlambat. Apakah penyakit yang kerap salah didiagnosis dokter?

National Patient Safety Foundation mencatat sebanyak 40 persen dokter kerap melakukan kesalahan diagnosis, bahkan seorang pakar sekalipun. Hal itu karena beberapa penyakit memiliki gejala yang mirip dan sulit dibezakan kecuali menggunakan test khusus.

Jika Anda bingung dengan suatu penyakit atau kondisi, ada baiknya bertanya atau mencari informasi untuk memastikannya lagi. Dikutip dari Redbook, Selasa (8/9/2009), ada 4 penyakit yang kerap salah didiagnosis dokter.

1. Stroke
Gejala: mati rasa, pening, malas, pandangan kabur, kurangnya keseimbangan otot
Diagnosis dokter: vertigo, migrain, penyakit pendengaran

Sebuah studi mencatat sebanyak 14 persen kes stroke pasien di bawah 45 tahun salah didiagnosis. Ketika seorang pasien muda mengeluh gejala di atas, dokter sering mendiagnosis penyakit-penyakit yang ringan karena stroke lebih banyak dialami orang-orang tua.

2. Sindrom 'Temporo Mandibular Joint' (TMB)
Gejala: pusing, telinga berdengung, sakit punggung, leher dan gigi
Diagnosis dokter: Migrain, kelainan telinga

TMB terjadi ketika sistem yang menghubungkan rahang dan tengkorak mengalami pembengkakan, kepala akan menjadi sakit dan telinga terganggu. TMJ adalah sendi yang berada di kedua sisi tengkorak dan menghubungkan rahang bawah (mandibula) dengan tulang temporal dari tengkorak. Gejalanya memang hampir mirip dengan migrain atau penyakit telinga, tapi jika diteliti lebih baik lagi itu adalah gejala TMJ dan paling bagus ditangani dokter gigi, bukan dokter umum.

3. Penyakit jantung
Gejala: lelah, kesulitan bernafas, sakit dada, jantung berdetak kencang
Diagnosis dokter: stres atau serangan panik

Serangan jantung memang tidak terlalu ketara terlihat terutama pada wanita. Lelah atau nafas pendek mungkin hanya gejala awal saja, yang jelas hampir setengah dari penderita penyakit jantung wanita adalah korban salah diagnosis dokter.

4. Hipotiroid
Gejala: sering lelah, sedih, berat badan turun, insomnia, otot lembik
Diagnosis dokter: depresi

Dokter cenderung menghubungkan antara kesedihan dengan depresi dan sering melupakan test hipotiroid, yaitu suatu kondisi dimana kelenjar tiroid gagal memproduksi hormon tubuh yang cukup. Hipotiroid bisa mneyebabkan kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan depresi klinis.

Kesalahan diagnosis boleh berakibat fatal, namun dokter juga manusia, tidak luput dari kesalahan. Kesalahan diagnosis boleh dicegah jika pasien juga pintar.



Saturday, July 24, 2010

Jenis-jenis marah


Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang tidak sepatutnya ada pada seorang muslim mukmin. Justeru usaha untuk mengelakkan diri dari sifat marah menjadi satu kewajipan. Sifat marah yang wajib dibuang dari diri seseorang ialah sifat marah yang dilarang. Tidak semua sifat marah dilarang ada kalanya wajib kita marah dan terkadang diharuskan kita marah. Kemampuan kita mengurus kemarahan akan membawa kita kepada situasi yang tenang dan membahagiakan.


Sifat marah dari sudut hukum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian


1. Marah yang dipuji ( al-ghadhab al-mahmud )

Perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan-larangan Allah s.w.t. Sifat ini adalah hasil dari keimanan yang kuat terhadap Allah swt kerana orang yang tidak marah terhadap pencabulan dan pelanggaran larangan Allah dianggap sebagai orang yang lemah iman.


Suatu ketika Rasulullah s.a.w melihat para sahabat bertelagah berkaitan keimanan dengan qadr lalu berubah air muka Rasulullah s.a.w kerana marah lalu berkata;

بهذا أمرتم ؟ أو لهذا خلقتم ؟ تضربون القرآن بعضه ببعض بهذا هلكت الأمم قبلكم )

Maksudnya; Inikah yang kamu disuruh? Atau untuk inikah kamu dijadikan memperdebatkan al-quran dengan al-quran, ingatlah dengan sebabini umat terdahulu dibinasakan.


Sabda Rasulullah s.a.w;

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان.

Maksudnya; Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati, itulah selemah-lemah iman.

Sikap untuk mengubah, menegur atau rasa tidak suka tidak akan timbul pada diri seseorang sekiranya tidak ada perasaan marah terhadap sesutau perkara. Kecantikan Islam dalam marah ialah apabila kira dapat mengurus sifat marah dengan cara hikmah dan bijaksana bukan dengan cara mengikut perasaan dan nafsu seperti memaki hamun, mencerca, memukul atau tidakan-tindakan yang negatif.



2. Marah yang dicela ( al-ghadhab al-mazmum )

Marah yang dilarang dan dicela ialah apabila marah terhadap pelaksanaan perintah Allah swt atau marah yang didorong oleh perasaan dan hawa nafsu seperti marah dan tidak suka dengan pelaksanaan hukum-hukum Allah s.w.t, marah dengan usaha dakwah, marah dengan pelaksanaan syiar Islam dan lain-lain.


Sifat marah dalam kategori ini dicela dan dilarang kerana ia adalah sifat orang-orang kafir yang sentiasa tidak suka dan tidak senang apabila orang mengamalkan dan menghayati Islam. Mereka nenunjukkan perasaan mereka dengan menunjukkan rasa marah apabila ajaran-ajaran Islam diamalkan dalam kehidupan manusia.


3. Marah yang diharuskan ( al-ghadhab al-mubah )

Marah yang diharuskan ialah marah yang tidak melanggar perintah Allah s.w.t dan tidak melampaui batasan. Sebab itulah orang yang dapat mengawal perasaan ini disukai oleh Allah s.w.t. seperti marah apabila tidak tahu perkara yang sepatutnya diketahui, marah apabila tidak melakukan pekerjaan dengan baik dan lain-lain.


Firman Allah s,w,t;

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya; Dan orang yang mengekang kemarahan dan memberi kemaafan kepada orang lain, dan Allah suka kepada orang-orang yang baik.



Kesimpulannya wajib marah apabila hak Allah dilanggar, haram marah apabila hak-hak agama dilaksanakan dan harus marah pada perkara-perkara berkaitan kehidupan dengan syarat tidak melampaui batasan dan berakhlak bertujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada.


Ibnu Hibban menyatakan manusia sentiasa bertentangan antara marah dan kelembutan, siapa yang marah dengan kelembutan tidaklah dicela selama marahnya tidak dilarang.


Manusia dari sudut kekuatan sifat marah ada tiga peringkat;

Pasif ; Orang yang tiada perasaan marah, hilang dari dirinya sifat marah.
Aggresif; Orang yang pemarah, baran, tidak mampu dikawal oleh akal dan agama, hilang kewarasan diri ketika marah.
Moderet; iaitu pertengahan, orang yang dapat mengawal perasaan marah menggunakan akal dan agama.


Renungan;

Sekiranya kita dapat mengurus kemarahan kita, mengikut pertimbangan akal dan agama, marah tanpa menyebabkan orang lain sakit hati atau rasa dianiaya, sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, hati kita akan tenang dan bahagia.

Friday, July 23, 2010

Tindakan apabila enjin tiba-tiba mati

Panduan pemeriksaan berikut mungkin boleh anda lakukan ketika berhadapan dengan masalah itu. Lakukan pemeriksaan berikut mengikut turutan.

Periksa air bateri.
Pastikan air bateri cukup iaitu paras airnya mesti merendam keseluruhan plat bateri.

Periksa kepala bateri,
pastikan tidak berkarat atau mempunyai keladak putih dan ketat. Jika berkarat, buka kepala bateri, kikis karat dengan kertas pasir atau pemutar skru, selepas itu pasang balik dengan ketat.

Periksa air radiator.
Jika kering tambahkan.

Periksa palam pencucuh
jika terdapat kesan minyak, bersihkan. Tukar dengan palam pencucuh sekiranya ia terlalu kotor atau sudah lama tidak menukarnya. Untuk mengelakkan masalah lain berulang pemilik kenderaan digalakkan menukarkan palam pencucuh setiap 40,000 kilometer.

Periksa "coil"
Biasanya apabila ia panas, ia menjadi punca kenderaan sukar dihidupkan. Puncanya dalam keadaan normal coil mesti sejuk. Tunggu sehingga sejuk dan hidupkan kereta. Sekiranya boleh dihidupkan pergi ke bengkel terdekat untuk menukarkannya dengan yang baru.

Jika selepas menukar coil' masih sukar untuk dihidupkan ia bermakna berlaku kerosakan pada bahagian kondenser.

Jika ketika kenderaan dihidupkan ia tersengguk­ sengguk kemungkinan besar masalah berkenaan berpunca daripada penapis minyak yang tersumbat.




Hikmah dalam nasihat

SITUASI PERTAMA :


“Ahmad , aku tak puas hati dengan kau” seru Amir dengan wajah yang tidak menyenangkan.

“Erk…kenapa?” Ahmad terasa diri mempunyai seribu masalah, seribu kesalahan yang telah dibuat yang terasa tidak mungkin dimaafkan.

“ye la, kau ni suka simpan sampah. Buat kerja terkadang tak pernah nak habiskan. Pinggan suka bertangguh basuh. Lain kali, habiskan je la kerja-kerja tu. Bukan susah pun” Amir menyuarakan pandangannya, dengan wajah kecewa dengan sikap kawannya itu.

Ahmad pula, terasa seperti sebuah batu besar telah menimpanya, ia merasakan bahawa selama ini, dia sentiasa membuat kesalahan yang sama, tanpa mengambil kira perasaan orang yang terlibat.

“aduh sungguh aku ni kejam, penting diri sendiri..” rungut Ahmad dalam hati. Dia terus menghentikan bacaannya, terasa tawar buku yang sedang dibacanya itu.



——Cerita lain——-——Cerita lain——-——Cerita lain——-

SITUASI KEDUA :

“Ahmad, kamu free ke? ” lembut suara Amir bertanyakan situasi kawannya.

‘Hmm..boleh juga, tak buat apa-apa sangat ni, sekadar membaca sket-sket untuk kelas esok. Kenapa ye? Macam ada benda je ni? ‘ Ahmad menunjukkan minat terhadap soalan yang diutarakan kawannya itu. Pasti ada sesuatu yang ingin dibicarakan.

“Ala, takde apa sebenarnya. Sekadar nak berkongsi pendapat aku. Cuma nak bertanya kamu, selama kamu berkawan dengan aku, adakah kesalahan-kesalahan yang membuatkan di mata kamu rasa benda itu tidak baik? ” Jujur pertanyaan Amir pada kawannya itu.

“Erm..setakat ni, bagi aku takde rasanya. Biasa je. Apa yang kamu buat sekarang, rasanya teruskan sahaja. Kenapa tanya macam tu?…”

‘Takde, saja je nak tanya. Sebab kamu selalu dengan aku. Mungkin ada di mata kamu aku tersilap, tapi aku tidak sedar. Jadi, lebih elok aku bertanya. Mungkin boleh diperbaiki silap aku itu ‘ Amir jujur dengan jawapannya.

“ooo, macam tu. ermm, aku pulak macam mana?..ada ke yang kamu rasa macam aku buat silap yang tidak sedar, membuatkan kamu berkecil hati atau apa-apa sahaja?” Ahmad pula ingin mengetahui keadaannya dirinya dari kaca mata kawannya itu.

“Kamu baik. Rasanya cukup sempurna, tapi mungkin ada dua tiga benda yang kamu perlu baiki agar kesempurnaan itu tidak dicacati dengan benda-benda kecil ini.” Amir lembut menjawab.

“Apa ye dua tiga benda itu?” Ahmad merasa seperti berharga dirinya dipuji sedemikian, cuma bahagian akhir yang disebutkan Amir itu membuatkan dirinya ingin mengetahui apakah boleh dirinya diperbaiki lagi.

“Ala, simple je benda ni. Aku perhati, kamu bila sudah selesai masak, kamu sangat jarang membasuh terus pinggan yang kamu guna, pasti kamu akan biarkan dahulu di dalam bilik air itu. Walaupun aku tahu bukan sengaja kamu untuk biarkan lama-lama, tapi ada baiknya jika selepas sahaja kamu usai makan, kamu basuh semua sekali yang kamu guna. Jika kamu boleh perbaiki yang ini, aku sudah tiada komen untuk kamu. Kamu boleh dikatakan sempurna. ” Amir menghabiskan kata-katanya dengan senyuman.

Niat asalnya untuk menegur sikap Ahmad terasa sudah tercapai maksudnya. Ahmad pula dari reaksi wajahnya yang tersenyum, menggambarkan bahawa dia tidak berkecil hati dengan teguran rakannya itu. Dia rasa dihargai oleh Amir, penghargaan yang diberikan oleh Amir sebelum menasihatinya, membuatkan nasihat yang diberikan padanya cukup dekat di hatinya.

Di dalam hati, Ahmad berazam agar dirinya boleh memperbaiki sikapnya itu.

——————————————————————

Dua keadaan dalam menasihati seorang kawan. Yang mana menjadi pilihan anda?



Kemalangan itu 'mengajar' bahawa Allah sentiasa di sisi

Kisah yg sgt menyayat hati


Suatu kisah ketika saya terlibat kemalangan jalan raya tempoh hari. Alhamdullilah, Allah masih sayangkan saya dan mengajar hidayah baru, buat manfaat semua.

Kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, kira-kira 8.30 pagi dalam perjalanan saya menuju ke pejabat. Hari baru dengan semangat yang baru, getus hati.

Waktu itu, saya memandu laju mengekori sebuah kereta Avanza putih yang menuju hampir ke persimpangan Setiawangsa, di mana lampu isyarat simpang sedang menyala kuning...lalu

Dengan tidak semena-mena Avanza itu, mengambil keputusan untuk berhenti!

Saya tergamam lantas menekan brek secepat mungkin sambil cuba membelok ke kanan untuk mengelak sipi. Namun takdir Allah sampai jua, apabila kereta saya bertembung bahagian belakang Avanza tersebut.

"Dummm!!!!"

Berdentum kereta saya. Bergegar tubuh dan kejang kaki tangan menahan stering dan brek. Kereta terbabas ke tepi, nyaris tidak 'dibalas' kereta dari belakang.

Ketika itu, mata saya mula berpinar dan sempat mengucap panjang serta beristighfar. Minit yang pertama, saya tersentak dan diam seketika. Pelbagai perkara menerpa dalam kepala tanpa dipaksa.

Masalah-masalah dunia timbul secara borong. Saya mula memikirkan perjalanan kehidupan anak-anak, isteri esok hari. Bagaimana ke sekolah, ke tempat kerja? Apa cara untuk kais wang ribuan ringgit akibat kemalangan ini? Bagaimana kerjaya saya dan terfikir juga, bagaimana kalau pemandu Avanza mengeluarkan beluti atau besi, paling tidak memaki saya, seperti kebiasaan bergaduh dan bertengkar selepas pelanggaran kereta yang berlaku, di mana-mana?

Minit kedua, saya melihat tubuh masih sempurna cukup sifat. Tiada secebis darah yang terbit di muka. Tuhan Maha kuasa, walau terasa seinci nyawa hampir 'terpisah' dari jasad pemandu, namun saya masih bernafas lagi.

Asap mulai merayap keluar dari sudut bucu kereta 'marhaen' saya. Habis kereta saya, remuk bahagian depan, bonet dan enjin. Gear tidak berfungsi. Lampu hancur manakala pintu sukar dibuka, namun saya berjaya meloloskan diri dengan payah untuk keluar, lantas bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Dengan tenang saya berdoa dalam hati: "Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini..."

Saya lalu, terpa pemandu Avanza tersebut, dan syukur dia juga selamat tanpa sebarang luka. Sebelum dia sempat mengeluarkan butiran kata-katanya, saya terus meminta maaf berulang kali atas kejadian yang terjadi.

Saya terus mengaku bersalah. Biarpun dia berhenti ketika lampu isyarat kuning masih menyala dan keretanya tidak 'cedera' teruk, saya tetap wajar dipersalahkan.

Sambil menggeleng kepala, dia berbahasa inggeris satu persatu memperkenalkan dirinya kepada saya. Rupanya dia warga Korea dan tidak fasih berbahasa Inggeris.

"What to do now?" soalnya agak panik dan sangkut-sangkut kepada saya, sambil melihat kenderaan berjujut panjang kerana kesesakan yang baru saya 'cipta' sebentar tadi.

"Both of us have to make a police report, to settle this down..." jelas saya.

Dia setuju, lalu dengan rasa malu, saya memohon untuk menumpangnya, memandangkan kereta saya sangat 'parah' dan tidak boleh dipandu lagi. Selepas menyalakan lampu 'Hazard' di kereta, kami bersama-sama ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk membuat laporan.

Dalam perjalanan hampir sejam dicampur gelumang kesesakan lalu-lintas, maklumlah waktu puncak jam 9.00 pagi, saya sempat bersembang dan 'tekanan tinggi' yang kami hadapi sebentar tadi, kami 'tukarkan' menjadi satru perkenalan persahabatan yang baik.

"Maybe, you don't trust me, so would you like to call your friend or agent or anybody to inform your situation, so that, they can advise you whatsoever.. .," kata saya 'broken' English.

Di balai polis, kedua-dua membuat laporan, dan saya menjadi penterjemah tak bertauliah kepadanya. Sekali lagi, nilai-nilai kemanusiaan juga menyerlah apabila anggota polis di sana turut melayan kami dengan baik.

Seorang sarjan polis kehairanan, dengan tingkah laku saya yang prihatin terhadap pemandu Korea itu. Iyalah...saya rasa bersalah dan rasa patut membantunya sehingga selesai.

"Encik... selesaikan urusan encik dahulu. Tak perlu bimbang hal dia, dan biar dia serta syarikat insurannya uruskan.

"Maaf sarjan, dia orang Korea, dia tak berapa tahu prosedur dan kalau boleh saya nak tahu caranya," jawab saya.

"Tak pe, nanti saya jelaskan padanya dan minta dia hubungi agen dia. Encik tak perlu bimbang ya. Tapi saya nak minta maaflah, terpaksa keluar saman RM300.00 kerana kesalahan encik melanggar kereta dia," katanya membuatkan saya mula resah sedikit dan tunduk, sambil akui kesalahan saya.

Melihat raut wajah saya yang mulai kusut, sarjan itu tersenyum :" Sudahlah encik, yang berlaku dah berlaku...bertenang lah. Tak pe saman ini, saya bagi tempoh selepas Raya nanti ya," katanya membuatkan saya kembali lega.

Sarjan, itu cukup baik melayan kami berdua. Ya , dia polis, pun manusia yang punya hati dan perasaan juga. Kami lantas beredar setelah selesai semua urusan. Ketika warga 'Sonata Musim Salju' menghantar saya berhampiran pejabat, dia ucapkan terima kasih seraya berkata

"You are good person. Thank you,"

Allah, telah permudahkan urusan saya, maka benarlah janji Allah untuk menolong saya, ketika saya ditimba musibah. Dan antara hikmah yang upaya saya terokai, dengan pelanggaran saya ini, orang lain dapat menjalankan tugas dan tanggangjawab dengan baik. Dan antaranya merupakan 'rezeki' buat mereka.

Dari penarik kereta (tow truck), agen syarikat insuran, polis, bengkel kereta semuanya berperanan hari itu, malah mendapat rezeki yang ditentukan Allah, akibat kecuaian saya, seperti pemandu teksi yang menghantar saya ke tempat kerja hari ini, mendapat hasil RM12.00 dari poket saya.

Selain itu, Allah mahu menampakkan nilai-nilai baik yang ada pada manusia, yang mungkin belum pernah ditemui sebelum ini. Malah Allah, mengajar saya, bersangka baik dengan manusia dan melakukan yang terbaik sesama insan.

Itu semua janji Allah. Adakalanya ianya saling berkait antara satu sama lain. Selain itu, hikmah paling besar, ialah menghapus dosa lampau, dan mengajar saya bukan untuk berhati-hati tetapi 'lebih' berwaspada di atas jalan raya dan di mana-mana.

Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: "Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan) , kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya) , kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya. "

Ujian bertali arus, bertubi-tubi

Setelah selesai semua, kereta ditarik ke bengkel berhampiran Kampung Baru untuk diperbaiki selama dua minggu. Sebaik pulang ke rumah, isteri memaklumkan pula anak sulung saya demam dan batuk-batuk.

Aduhai, betapa debarnya hati dan saya terus kuatkan semangat dengan ujian yang menimpa sambil terus tidak putus-putus berdoa.

Semua Allah 'aturkan' dengan baik. Dengan simpati pengasuh, saya dapat meminjam kereta, lalu membawa anak ke klinik pula. Di klinik, berpusu orang ramai cuba mendapatkan rawatan, semua bimbang wabak maut influenza A H1N1 ini. Syukur, anak saya disahkan demam biasa dengan simpton-simpton yang ada.

Berselirat juga fikiran saya pada mulanya untuk menangani semua. Rupanya, sehebat mana kita sekalipun, kita akhirnya kena bergantung sepenuhnya untuk Allah menjaga kita dan seisi keluarga setiap hari, ketika dan masa. Tak mampu saya nak buat semuanya. Udara yang merayap dan wabak yang merebak, hanya Allah sahajalah yang mampu membendung.

"Senjata orang mukmin itu, doa. Berdoalah, nescaya Allah kabulkan," itu kata-kata nasihat ahli agama.

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)

Rupanya setiap masalah kita kena selesaikan kes demi kes atau satu persatu dan bukan cuba menyelesaikannya secara borong. Dari masalah kewangan, kerjaya, kesihatan, keluarga dan apa saja, kita kena selesaikan secara tenang dan satu demi satu.

Itulah saya tidak tahu apakah, hikmah Allah menumpahkan ujian bertubi-tubi kepada saya. Yang pasti Allah tidak pernah zalim dan tidak buat perkara sia-sia atau untuk suka-suka.

Sebenarnya, boleh dikatakan hampir setiap hari, saya akan memanjatkan doa yang lebih kurang bunyinya begini:

"....ya tuhanku, selamatkanlah kedua ibu bapa kandungku, isteri, anak-anakku, adik-adikku dan kaum keluargaku daripada pelanggaran kereta, kemalangan jalan raya atau apa saja bencana yang disebabkan oleh kecuaian manusia..... ..,"

Tetapi saya tetap menerima ujian cukup hebat ini. Bila saya fikir dan ingat balik, rupanya saya hanya berfikir kecuaian manusia, sedangkan kecuaian diri sendiri saya tidak minta Allah hindarkan dan sepatutnya saya berdoa....

"Ya, Allah selamatkanlah kaum keluargaku daripada kecuaian dan kelemahan disebabkan oleh aku....."

Saya ceritakan hal doa kepada bonda, yang mengalirkan air mata melihat keadaan saya, yang bertali-arus ditimpa pebagai ujian.

"Azamin doa setiap hari mak, tapi jadi juga, kenapa ya?

"Sebenarnya, takdir itu telah Allah janji pasti terjadi... namun doa itu, menyebabkan kita tidak cedera parah, kereta tidak teruk sangat, dan kedua-duanya tidak melayang nyawa.

"Dan doa kita tidak boleh putus, terhenti akibat kejadian ini, dan kita disuruh berdoa lagi supaya, ianya tidak berulang lagi atau kalau takdir terjadi tidak teruk lagi," jelas ibu sambil teresak-esak bersyukur anaknya selamat.

"Demi waktu matahari sepenggalahan naik, dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Surah ad-Dhuha ayat 1- 5

Sebenarnya, kemalangan yang hampir meragutkan nyawa ini, bukanlah pertama kali bahkan telah melintasi saya sudah tujuh kali sehingga menjadi trauma kepada saya, namun tidak berhasrat menceritakan semua, bimbang perasaan riak dan takbur tiba-tiba menerpa. Cuma yang pasti, kuasa semua di tangan Tuhan.

Jip terbalik seiring laungan Takbir!

Ketika itu, saya berkerja buruh bersama rakan Muhammad Fadhil, memunggah anak-anak benih getah di kaki bukit di suatu lokasi di Sungai Buloh dan dengan kerjasama RISDA, kami perlu menanam lebih 3,000 anak-anak pokok getah. Memunggah ke kaki bukit kerja kami dan menanamnya pula kami upah Orang Asli.

Kami lakukan kerja memunggah dari bawah ke kaki bukit pada sebelah pagi. Kami menaiki jip 1 tan, boleh muatkan 3 orang. Sekali naik boleh letak 200 benih pokok getah di bahagian belakang.

Saya melakukan kerja itu, sebulan lebih, sehingga kulit saya hitam, bertukar warna, kerana terik dibakar mentari. Ketika balik kampung, ibu saya, bercucuran menangis melihat keadaan saya yang kurus, hitam dan botak seolah-olah baru keluar dari penjara ataupun baru melakukan kerja teramat teruk.

Memang kerja teruk, memunggah anak-anak pokok getah setiap hari. Itu belum campur, gerun kalau-kalau harimau menjelma di balik belukar.

Suatu pagi yang bening, ketika jip 'mendaki' bukit, tiba-tiba di pertengahan jalan, enjin jip terhenti serta-merta. Tiba-tiba 'brek' dan 'hand brek' 'tak makan' dan tak berfungsi.

Apa lagi, mengelungsurlah jip kami ke belakang dengan lajunya menuju curam di bawah. Saya dengan panik bertempik dan jerit:

"Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!

Sekuat hati kami laungkan kalimah besar Tuhan itu, dan entah macamana, jip kami terbalik sebanyak dua kali dan tersadai di tengah-tengah bukit serta-merta, tidak jatuh ke curam yang dalam.

Saya dan rakan ketika itu berada dalam keadaan terbalik, kepala di tanah mendongak ke langit dan kakit terapung ke atas. Dengan saki-baki kekuatan yang ada, saya dan rakan cepat-cepat keluar daripada jip, khuatir ia jatuh ke curam.

Saya dan rakan dalam keadan mabuk-mabuk angin. Dan saya tidak dapat menahan lagi, lalu muntah.....

Kemudian secepat mungkin kami pergi ke gigi sungai berhampiran, membasuh muka, sambil meneguk air menghilangkan rasa loya dan pening. Sekembalinya ke tempat kejadian, kami lihat 'sekampung' Orang Asli telah mengerumuni jip tersebut sambil memandang kami dengan mata yang buntang.

Terus bercerita tentang Kuasa-Nya...

Kata Tok Batin, dia sudah mengarahkan orang-orangnya mencari saya dan rakan kalau-kalau jumpa di celah curam.

"Kami cari mayat tak jumpa, rupanya kamu masih hidup," katanya sekaligus membuatkan berjurai air mata saya, mengenangkan nyawa saya diselamatkan Allah jua.

Begitu juga, ketika masih kecil sekitar 1980 ketika usia 6 tahun, saya dan seisi keluarga terlibat dengan kemalangan jalan raya apabila sebuah kereta Nissan melanggar kereta kami, Toyota berwarna merah. Hari itu, minggu Tahun Baru Cina.

Nissan itu terbabas di dalam parit besar betul-betul berhadapan Balai Polis Bagan Serai, Perak manakala kereta kami kemek dan remuk teruk dihentam kereta itu, dan di seret ke tiang elektrik berhampiran.

Mujurlah, walaupun dalam keadaan bahagian hadapan dan belakang kereta kami hancur dan terpaksa guna khidmat polis dan bantuan orang ramai untuk mengeluarkan kami, namun kami tidak cedera. Maha kuasa tuhan yang menciptakan manusia.

Tahu saya di mana ketika itu? Saya terperusuk di bawah kerusi belakang, ketika sedang nyenyak tidur. Maha suci Allah menyelamatkan saya untuk terus bercerita... tentang kekuasaan-Nya sehingga kini. Amin.