KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Tuesday, August 31, 2010

Meh kita bunuh setan…

Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik.

Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain….

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

“Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn… abang kann… dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan”.

Kata si suami “ye kerr… tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg…” sambil ketawa. Si isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, “Banggg, jom kita bunuh syaitan bang…”. Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, “Banggg, jom kita bunuh syaitan bang…”.

“Tak pe… tunggula malam nanti”.

Esoknya si isteri berkata lagi, “Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg…”. Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata lagi, “Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg… “.

Si suami tiba-tiba marah dan berteriak …. “Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang…!!!”


**** MORAL OF THE STORY: JANGAN CARI ISTERI MUDA KALAU DAH TAK MAMPU!!!








Meninggal Dunia Ketika Baca Khutbah Jumaat

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.

Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 – 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.

Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.

Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun…” .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmum yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.

Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan…

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.

Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… .

Ya,

Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M…

Subhanallah!

Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ; “Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah……. ……”

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan mengerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Wallahua’lam.

“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:

[101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.









Monday, August 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA





Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sejarah

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.


Jalur Gemilang

Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama.

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
(2x) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang!

Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa








10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah

www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: Nadia Yusoff
Editor: rabiatul_adawiyah

Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:

1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)

2) Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.

Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3) Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.

4) Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.

Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5) Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6) Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.

Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.

Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8) Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.

Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9) Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.

Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10) Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.

Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."

Sumber: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh

# http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2833

Bezakan Puasa Dengan Orang yahudi Dan Nasrani

Hadith :

Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”

(Muslim)

Huraian

1. Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu.

2. Ibadat puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam juga telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, cuma terdapat beberapa perbezaan :

i. Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa sedangkan orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Agama akan sentiasa tampak syi'arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), sebab orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.

ii. Disunatkan bagi orang Islam yang berpuasa makan sahur sebelum masuknya waktu subuh kerana dengan makan sahur boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.

3. Umat Islam hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak mengerjakannya kerana menganggap bahawa ia adalah suatu tradisi (ikut-ikutan). Bahkan apa sahaja ibadat yang dilakukan perlu dilakukan dengan ketaatan dan kesedaran tentang kewajipan untuk mengerjakannya.

# Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=715


Mawi ketika meniup lilin kek hari jadinya.





SEMALAM tarikh paling bermakna dalam hidup penyanyi Asmawi Ani atau Mawi apabila dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29 tahun. Mawi lahir pada 25 Ogos 1980.

Bagaimanapun ketika sedang meniti bahagia pada ketika ini, rumah tangga Mawi dan isterinya, Nora’asikin Rahmat atau Ekin diuji apabila timbul desas-desus Mawi kononnya berkahwin lain dalam diam.

Malah faktor ketiadaan anak selepas berumah tangga mungkin penyebab kepada desas-desus itu.

Hal tersebut turut diakui oleh Ekin yang mendengar gosip sedemikian tetapi wanita ini tetap percaya terhadap kejujuran suaminya itu.

Ujar Ekin, dia pernah mempunyai perasaan curiga dan mahu bertanyakan hal berkenaan kepada Mawi tetapi hatinya tertutup setiap kali melihat wajah suami setiap kali dia pulang dari bekerja.

“Saya pernah mahu bertanyakan hal itu kepada Mawi tetapi bila saya tengok muka dia, saya tidak sampai hati untuk bertanya kerana takut mengguris hatinya.

“Bukannya apa, saya sebenarnya amat percaya kepada kejujuran Mawi. Kalaulah dia betul-betul kahwin, tentulah saya tahu,” katanya.

Menurut Ekin, dia memahami tugas Mawi sekarang amat sibuk di lokasi penggambaran kerana dia bukan sahaja mencuba peluang menjadi pengarah sebaliknya penerbit drama.

Kesibukan Mawi selama ini kata Ekin hanyalah di lokasi penggambaran dan tidak mungkin dia mahu menduakan isterinya itu.

"Setiap hari dia sibuk di lokasi jadi bila masa dia dikatakan berkahwin seorang lagi? Saya faham itu semua gosip yang tidak berasas,” katanya yang menghadiahkan Mawi sebuah alat permainan X-box sempena hari lahirnya itu.

Bagi Mawi pula bukan mudah untuknya bergelar seorang pengarah kerana sehingga ke hari ini dia masih belajar bidang berkenaan dan berharap masyarakat akan menerima setiap produk yang dihasilkan melalui syarikat produksinya, Mawi World Entertainment.

"Saya masih baru untuk mencuba dalam bidang ini dan mahu melihat penerimaan masyarakat terhadap telefilem saya. Impian saya tinggi iaitu untuk menerbitkan sebuah filem pula suatu hari nanti,” kata Mawi selepas pra tonton drama pertama arahannya, Pak Nil... Ibu Kirim Salam yang akan bersiaran pada 17 September akan datang di saluran Astro Prima, pukul 12 tengah hari.

Sebelum ini syarikat produksi Mawi itu telah menerbitkan sebuah drama berjudul Jiwa Kacau yang disiarkan menerusi saluran Astro Prima lakonan Syed Ali dan Intan Ladyana.




* wink wink ; tui kaaaa???





PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI






Subject: FW: PADERI MELAYU


PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.

MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:-

1. AL -BARAMKAH
2.AL-MANSORI
3. AL-BISTARIA


P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.






* wink wink : pe korg nak wat kalu jmp ini makhluk?




Tidak Mendapat Pahala Puasa Selain Dari Lapar Dan Dahaga

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

(al-Bukhari)

Huraian
1. Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapan yang tidak baik) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala puasa oleh Allah selain mendapat lapar dan dahaga sahaja.
2. Puasa yang paling bernilai di sisi Allah S.W.T. ialah puasa orang yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa di samping menambahkan amal ibadat sepanjang mereka berpuasa.
3. Maka amatlah malang dan ruginya bagi orang yang berpuasa, tetapi masih mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor memaki hamun dan sebagainya, sebagaimana biasa, sedangkan ia berpuasa, maka ia tidak mendapat apa-apa kelebihan atau pahala di sisi Allah S.W.T bahkan mendapat dosa pula.


Taktik Menculik kanak2 di Shopping Complex

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...

Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JBSubject : Child Kidnap Trick in Carrefour, JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different ..

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.Whoever this person was, took the little girl, brought her into thebathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it's easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn't take any chances .

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !





* wink wink : yg wat cmtuh mmg hina dr BINATANG ... moge diorg2 tu akan di beri balasan ...

Sunday, August 29, 2010

Pengetahuan AM






1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang
Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Firdaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkhidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.


Fakta Menarik

1. Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.

2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu.

3. Siput boleh tidur selama 3 tahun.

4. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus!

5. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

6. Setiap lipstik mengandung sisik ikan.

7. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan ! Haha !






Saturday, August 28, 2010

Sia-sia berpuasa jika tak jaga solat fardhu

PUASA tetapi tidak solat bukan isu baru namun perlu dibangkitkan untuk perbincangan supaya amalan sepanjang Ramadan tidak menjadi sia-sia kerana sesetengah umat Islam begitu menjaga ibadat puasa namun solat diabaikan.

Imam 1 Masjid al-Husna Bandar Sunway, Abdul Hadi Bakri Abdullah, yang menjawab persoalan berkaitan solat tetapi tidak puasa yang dikemukakan penonton program Tanyalah Ustaz di TV9, berkata itulah kesilapan umat Islam kerana tidak memahami agama.

Katanya, ibadat puasa menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu kerana matlamat puasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jika tidak solat, maka tiada apa yang hendak ditingkatkan.

Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat.

Oleh itu, jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia saja. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh ditebus dengan fidyah, katanya.

Beliau yang menjadi tetamu jemputan program Tanyalah Ustaz membicarakan tajuk Kesilapan Semasa Puasa, menyentuh perkara dilakukan umat Islam sama ada secara sedar atau tidak.
Katanya, banyak kesilapan dilakukan umat Islam kerana salah meletakkan keutamaan pada tempat sepatutnya seperti menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid tetapi solat wajib tidak diusahakan untuk berjemaah sedangkan sudah jelas ganjaran 27 pahala.

Abdul Hadi berkata, dalam amalan sunat juga ramai tidak faham keutamaan mensia-siakan peluang depan mata dengan meninggalkan solat sunat selepas Isyak kerana lebih menumpukan solat sunat terawih.

Solat sunat selepas Isyak lebih utama tetapi kita tinggalkan sebab fikir nak buat sunat Tarawih. Imam memang tunggu jemaah solat sunat selepas Isyak sebelum Tarawih tetapi peluang yang ada itu kebanyakan kita sia-siakan, katanya.

Beliau turut menyentuh pemandangan di bazar Ramadan, anak muda lelaki dan perempuan bukan muhrim membeli juadah sambil berpegangan tangan malah ada yang tidak menutup aurat, sebagai perkara penting sepatutnya diberi perhatian tetapi dipandang mudah oleh segelintir umat Islam.

Begitu juga peniaga di bazar Ramadan, diingatkan supaya tidak bertekad dalam hati mengambil kesempatan Ramadan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda sementara pembeli jangan pula menjadikan bulan puasa sebagai pesta makanan hingga berlaku pembaziran.

Beliau tidak menafikan keperluan atau kepentingan bazar Ramadan sebagai kemudahan serta tarikan pelancong ke negara ini tetapi biar usaha itu bertujuan menampakkan keindahan Islam dari segi amalan ibadat.

Apa yang patut diserlahkan ialah Ramadan sebagai pesta ibadat bukan pesta makanan. Ini peluang Allah beri dan mesti dijaga elok-elok dengan mendidik orang Malaysia serta pelancong dengan pemandangan apabila Ramadan, kita semua penuhkan masjid, katanya.

Perkara dibangkitkan Abdul Hadi adalah kerisauan diluahkan penonton yang mengikuti program Tanyalah Ustaz mengenai amalan puasa dalam kalangan masyarakat negara ini yang mendahulukan adat bukannya ibadat.


*wink wink : sepohon kayu ..daun nye rimbun
lebat bunga nya serta buahnya
walau pun hidup seribu tahun ..kalau x sembahyang apa gunanya..

Hari Kamu dalam Ramadhan


Friday, August 27, 2010

Nikmatnya Memperbanyak Sujud





Bersujud di hadapan Allah SWT termasuk ibadah yang paling mulia sekaligus sebagai sarana paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana, kata Rasulullah Saw, "Saat dimana seorang hamba paling dekat kepada Tuhannya, Allah Azza Wajalla, adalah ketika dia bersujud...."
(HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

Namun, tahukah Anda bahwa dengan banyak bersujud maka muatan-muatan listrik yang ada dalam tubuh kita akan keluar kerana diserap oleh bumi (tanah)?

Abdurrahman Al-Asymawi, seorang ulama terkemuka berkebangsaan Mesir dalam bukunya yang berjudul Basysyiru Wa La Tunffiru mengatakan, setiap hari tubuh menyerap cahaya dan tenaga listrik magnetis yang tak sedikit jumlahnya melalui perangkat-perangkat listrik yang kita gunakan. Sehingga dengan demikian tubuh ini menjadi alat untuk menyerap cahaya listrik magnetis dalam jumlah banyak. Ertinya, tubuh mengangkut sejumlah tenaga listrik tanpa kita sedari.

Ketika kita mengalami influenza, badan terasa pegal, berat, sesak, malas dan lemah, hal ini menandakan bahwa tubuh sedang merasakan sesuatu dari muatan magnetis tersebut. Lalu bagaimana jalan keluarnya?

Melalui riset ilmiahnya, seorang peneliti Barat yang non-muslim mengemukakan bahwa metode paling jitu untuk "mensucikan" tubuh dari kandungan listrik positif (yang berbahaya bagi tubuh) adalah dengan mengarahkan ubun ke bumi (tanah) lebih dari sekali. Kerana, tanah itu sifatnya negatif maka ia akan menarik muatan lsitrik yang positif, yang terdapat dalam tubuh. Hal yang sama juga terjadi pada aliran (kabel) listrik dari gedung-gedung yang dialirkan ke dalam tanah. Tujuannaya adalah untuk menarik muatan listrik yang ada pada petir ke arah tanah.

Lebih jaun dia menjelaskan metode paling tepat adalah menempelkan ubun-ubun ke tanah secara langsung seraya memfokuskan arah pandangan ke arah pusat bumi. Kerana, dalam keadaan seperti itu, muatan lsitrik yang ada dalam tubuh akan terserap oleh bumi sacara lebih kuat dan dalam jumlah yang banyak. Dan yang lebih mengagumkan adalah seperti yang kita ketahui bersama bahwa secara ilmiah pusat bumi adalah Makkah Al-Mukarramah. Lebih tepatnya lagi adalah Ka'bah, sebagaimana yang terdapat dalam kajian-kajian geografis dan disepakati oleh mereka yang ahli di bidangnya.

Jika demikian, sujud kepada Allah SWT yang kita lakukan setiap kali melaksanakan sholat adalah merupakan sarana yang paling tepat untuk membuang muatan-muatan listrik berbahaya tersebut, sekaligus menjadi sarana yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, Sang Maha Pencipta.

"....maka, perbanyaklah oleh kalian bersujud," perintah Rasulullah (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

Manfaat lain dari banyak bersujud adalah ampunan dan darjat yang tinggi di Allah SWT. Rasulullah saw bersabda,

"Hendaklah kamu memperbanyak sujud. Sesungguhnya jika kamu sujud satu kali saja kerana Allah, maka Allah akan mengangkatmu satu darjat dan menghapuskan satu kesalahanmu.'" (HR. Muslim dari Tsauban Abu Abdullah)

Maka, dengan memperbanyak sujud, dua beban tubuh yang berbahaya, yaitu muatan listrik dan dosa, akan berkurang sehingga tubuh pun terasa ringan.

Dalam Shahih-nya, Muslim meriwayatakan bahwa Abu Firâs Rabi'ah bin Ka'ab Al-Aslamiy–khadim (pelayan) Rasulullah SAW dan termasuk ahlusshuffah-berkata, Suatu kali saya bermalam bersama Rasulullah SAW. Saya menyediakan air untuk beliau berwudhu dan untuk kepentingan beliau yang lain. Melihat hal tersebut, Rasulullah saw bersabda, "Mintalah!" Saya menjawab, "Saya mohon agar dapat menemanimu di dalam syurga." Maka beliau bertanya, 'Apakah ada permohonan lainnya?" Saya menjawab, "Hanya itu, wahai Rasulullah." Beliau lalu bersabda, "Bantulah aku untuk mewujudkan permintaanmu itu dengan banyak bersujud."

Demikianlah Allah SWT mempersembahkan balasan yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya banyak bersujud di hadapan-Nya.


Pig and its Derivatives

salam sume...

rasa nak pitam bile tgk ni ... benda2 yg berkaitan amat rapat dgn kite kan ?



Serorang nelayan bercinta dgn seekor jerung betina







* wink wink : binatang ganas pun tau erti kasih syg

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Salam sume

pagi ni lengang je di jalan raya cz org2 yg keje kt Selangor cuti today .. syok betui le.. lg2 kalau di smbung ambik cuti on Monday .. dpt le cuti 5 hari direct ..

haku keje le psl keje kt kl , mule le tingat zaman2 keje kt selangor .. mmg 'kaya' dgn cuti umum ni huhuhu

meh2 kite baca sejarah psl Nuzul Al-Quran & Lailatul Qadar .. semoga kite dpt manfaat dr nya

V
v
v



Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).





::Rahsia Menjadi Isteri Yg Solehah::

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.


Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.





Thursday, August 26, 2010

Berhenti Merokok Kerana Khutbah Jumaat

BANYAK luahan rasa serta pengalaman daripada insan yang bernama lelaki telah tersiar.
Aku juga terpanggil untuk berkongsi satu pengajaran dan juga kenangan manis dalam diari hidupku.


Aku merupakan seorang perokok tegar (heavy smoker). Dalam usia 16 tahun aku telah mula berjinak-jinak dengan rokok, bermula dengan 555, Benson & Hedges, Dunhill dan Lucky Strike.
Dan sejak itu Lucky Strike telah menjadi teman karibku selama lebih kurang 14 tahun.
Aku amat sedar hakikat bahaya merokok tetapi aku tidak berupaya meninggalkan tabiat buruk ini.
Telah tebal telinga ini mendengar leteran daripada ibu serta isteriku kerana tabiatku ini namun tiada satu pun yang berjaya menggoyahkan kemahuanku terhadap rokok.

Bangun pagi sahaja aku sudah bersarapan dengan rokok dan kalau pada bulan puasa pula jika terlambat bersahur aku lebih memilih merokok daripada menjamah makanan.
Begitu juga selepas berbuka aku akan menghisap sebatang rokok dahulu dari menyegerakan solat Maghrib. Betapa bodoh, jahil dan taasubnya aku ketika itu. Namun semua itu berakhir hanya dengan satu khutbah Jumaat yang aku dengar beberapa bulan yang sudah.

Ceritaku berhenti merokok aku rasakan patut dijadikan satu teladan memandangkan aku seorang heavy smoker dan boleh berhenti merokok dengan satu khutbah Jumaat yang cukup memberi kesan bagiku.

Pada hari Jumaat 20 November 2002, bersamaan 13 Safar 1423, aku mempunyai satu temu janji di UiTM Shah Alam pada pukul 3.00 petang. Memandangkan aku dari LtPM Serdang, aku mengambil keputusan untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Alam Megah, Seksyen 27, Shah Alam. Khutbah yang disampaikan pada hari itu ialah mengenai 'Tabiat' merokok di kalangan masyarakat Islam.

Hatiku mula terusik bila dikatakan: "Tidakkah anda malu bila dikatakan seorang Islam berkopiah putih dan bersongkok dengan rokok terselit di jari?"
Dan yang paling membakar semangatku adalah serangkap kata-kata yang cukup pedih untuk kuterima.
"Cuba anda bayangkan penanam-penanam tembakau di Kelantan tidak perlu bersusah payah memagar tanaman mereka memandangkan lembu, kambing tidak berminat dengan tembakau. Malahan haiwan yang memakan beraneka benda termasuk najis sekalipun tidak teringin untuk memagut pokok-pokok tembakau mereka. Tetapi manusia pula rela dan sanggup menghisap asap daripada tembakau ini. Adakah manusia ini lebih hina lagi daripada haiwan dan babi?"
Terasa betapa hinanya diri ini setelah dibandingkan sebegitu rupa. Aku tidak rela bila dibandingkan dengan babi, haiwan yang penuh dengan najis dan paling rendah martabatnya.

Oleh itu aku bertekad mulai saat itu aku akan berhenti merokok. NOKTAH untuk rokok.
Selesai sembahyang Jumaat, aku bersembahyang taubat.Taubat untuk tidak merokok lagi. Dalam perjalanan ke UiTM melalui jambatan Taman Sri Muda aku campakkan baki rokok yang ada padaku ke Sungai Klang, itu janji pertamaku terhadap diriku.
Pada petang tersebut bila kukhabarkan pada isteriku, "-dah tak hisap rokok," beliau hanya tersenyum sinis sahaja.
Mungkin telah beberapa kali dia mendengar perkataan yang sama daripada mulutku dan dia juga mencabar aku sehingga berapa lama aku dapat bertahan.
Sehingga sekarang aku masih lagi dengan peganganku 'Tidak Merokok'.
Barulah sekarang dapat kubuktikan kepada ibu, isteri dan rakan-rakan cita-citaku untuk berhenti merokok telah tercapai.

Kepada mereka yang masih merokok dan telah mendengarkan khutbah tersebut tetapi masih lagi merokok, "Tidakkan anda merasa terhina apabila dibandingkan dengan seekor babi?" Sekarang aku sedar semuanya ada dalam diri kita, keazaman dan tekad.
Dahulu aku pernah bayangkan bagaimana aku hendak berhenti merokok, proses peralihan dan pemulihannya.

Tetapi dengan tekad dan keazaman serta taubatku, ~ Allah telah membuka hati ini. Terima kasih kepada tuan khatib yang telah menyampaikan khutbah pada hari tersebut kerana khutbahnya itu telah menyedarkan diri ini.

Aku juga memanjat syukur ke hadrat llahi kerana mengurniakan satu kejayaan yang paling besar untuk diriku sendiri sempena hari lahirku yang ke-40 tahun.

Pepatah mengatakan 'kehidupan bermula pada umur 40'.




Kewajipan Imam Sebelum Solat





1 - Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah makruh.

2 - Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di permulaan waktu supaya memperolehi keredhaan Allah. Imam tidak patut menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.

3 - Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.

4 - Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya, imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.

5 - Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri.

6 - Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu kerana hukumnya makruh.

Tugas imam ketika mengucapkan bacaan solat terbahagi kepada tiga iaitu:

1- Dia tidak perlu menguatkan suara ketika membaca doa iftitah dan ta’awwudz tetapi melakukan seperti seorang yang sedang bersembahyang sendirian. Tetapi, ketika membaca al-Fatihah dan surah lain selepas itu seperti solat Subuh, dua rakat pertama solat Maghrib dan Isyak, dia hendaklah menguatkan suaranya, walaupun bersembahyang sendirian.

2 - Ketika berdiri, imam hendaklah menjaga tiga kali perhentian (diam sebentar) iaitu selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah. Selepas selesai membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah selepas al-Fatihah sebelum rukuk.

3 - Imam hendaklah meringankan amalan solatnya iaitu bacaan yang tidak terlampau panjang terutama ketika berjemaah dengan ramai makmum.

Kewajipan imam berkaitan dengan rukun solat juga terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

1 - Imam hendaklah meringankan rukuk dan sujudnya. Jadi, bacaan tasbihnya seelok-eloknya tidak lebih daripada tiga kali.

2 - Makmum tidak boleh mendahului imam ketika rukuk atau sujud, tetapi sebaiknya ada jarak waktu untuk mengikutinya. Jadi, makmum tidak digalakkan turun untuk sujud melainkan imam sudah benar-benar meletakkan dahinya di tempat sujud.

3 - Imam tidak digalakkan menambah doa tasyahhud lebih daripada kadar tahsyahhud yang diperlukan. Imam tidak digalakkan mengkhususkan kepada dirinya sendiri ketika mengucapkan doa tetapi hendaklah menggunakan pengertian yang merata untuk keseluruhan seperti kita atau kami.

Kewajipan imam untuk bertahallul iaitu menyelesaikan dan setelah selesainya solat ada tiga perkara iaitu:

1 - Hendaklah dia berniat ketika mengucapkan dua kali salam untuk memberikan salamnya kepada malaikat serta kaum Muslimin yang hadir.

2 - Hendaklah dia duduk secara tetap di tempatnya selepas salam itu, terutama sekali apabila wanita juga turut bersolat jemaah di belakangnya. Jangan berdiri dulu sebelum mereka berlalu.

3 - Jika duduk selepas selesai solat, hendaklah menghadapkan mukanya ke arah orang ramai.






Wednesday, August 25, 2010

GENGBLOGGER DI ATTACK PULAK ??


salam sume...

td try masuk GB, sekali kuor warning ni ... pe lagi terus le aku blah ..

kang kalau ignore warning ni , wat nye ada virus ke kan ..leh pitam haku di wat nye... so tuk langkah berjaga2 , beter aku x log in ...tui dak?

korg try bukak bley ke?



Kebesaran Lailatul Qadar

Soalan

MOHON ustaz jelaskan fadilat Lailatul Qadar?

Jawapan

Malam Lailatul Qadar menjadi rebutan para aulia dan orang yang soleh kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk beroleh keberkatan dan rahmat yang tersembunyi di dalamnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah." (riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. (riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada 1,000 bulan .

Ulama berselisih dalam menentukan malam berlaku Lailatul Qadar. Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27." (riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam al-Qadar itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya oleh golongan yang beriman, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah SAW, ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama 1,000 bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.

Usia baginda dan umatnya adalah pendek. Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 83 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad SAW yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun sahaja.

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.


AKHIR NYAAA... sampai jua .. & HEADER BARU




Salam sume

ni fresh dr oven ni , heheheh baru je selamat sampai ... barang dr MOON.

'to MOON : TQ so much MOON... sgt cantik, smp x terkata ler di buat nye'

mmg teruja sgt2 bile courier smp ... tebal plak tu , rupe nye ada album , cd (gamba nye sgt banyak key, meriah) & suprise.... printed black & white A3 saiz gambo akil ... so bley le aku frame kan 1 kt umh abah , 1 kt umh baru aku nnt ..

mana lagi gamba? sowe guys... sgt banyak key ... penat aku nk upload kt blog ni.. insyallah aku akan cuci & simpan dlm album.. so sapa2 nak tgk, kene le dtg time house warming aka bday akil nnt yek.. heheh

yg ni special A3 saiz printed kanvas ...smart

CD nya
the album


amacam header baru ku ?

hehehehehh .. baru meriah kan kan ...




Tuesday, August 24, 2010

Kisah Seram Si Pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa- rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..




Penderitaan Sebagai Penyembuh Penyakit Hati

Jika di dalam hidup kita merasakan penuh kebahagiaaan, maka bisa kita bayangkan kita tidak pernah ditimpa kesulitan, cobaan dan penderitaan sedikitpun di dunia ini, tentunya akan membuat kita sombong dan takabur. Allah sengaja mendatangkan musibah, bencana, ujian, cobaan, penderitaan dalam hidup kita sebagai penyembuh dari penyakit hati yang akan menghancurkan kehidupan kita yang teramat dalam di dunia dan diakherat.

Banyak orang yang merasa dirinya hebat atau merasa mendapatkan apapun dalam hidupnya. Dia merasa sudah paling hebat karena status sosial, jabatan, kekayaan, wajah yang sempurna, kesehatan, pasangan hidup. Jika tergambar kesempurnaan seperti itu tidak pernah ditimpa penderitaan maka membuat dirinya menjadi angkuh, sombong dan merasa tidak membutuhkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.' (QS. Luqman : 18).

Untuk itulah Allah sengaja sedikit memutar roda kehidupannya. Mungkin seseorang yang telah berada di atas akan diputar hingga berada di bawah. Semua ini bukan dimaksudkan untuk menjatuhkan kita melainkan menyembuhkan hati kita yang mulai sombong agar menyadari bahwa semua yang dimilikinya itu milik Allah, bahwa semua keduniawiannya itu bersifat sementara.

Terlihatlah bahwa Allah bersifat sangat Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba yang dikasihiNya. Dengan diberi masalah dan penderitaan, sebenarnya Allah ingin memperbaiki diri kita, ingin melindungi hati kita agar tidak dicemari oleh penyakit-penyakit hati yang dapat mengikis iman maupun taqwa kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Tidak ada satu musibah itu datangnya yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.' (QS. at-Taghaabun : 11).



Berus rambut babi hutan





Dapat melalui email. Walau pun bahasanya agak rojak sikit tapi boleh faham apa yang cuba beliau cuba sampaikan. Mesejnya jelas bahawa orang non Muslim tak sensitif dengan kehendak orang Islam dan saja jer nak jual benda yang kita tak boleh.

Sebab tu sudah tiba masanya orang Islam support kedai orang Islam yang menjual produk Halal.

saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN
masa i and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN.

SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN

I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL

However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush

Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.

The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL

Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam i TERTIPU and i rasa I AND AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN

Thanks for reading and please inform others