KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Saturday, October 30, 2010

Maha Suci ALLAH..

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.
Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu:-

Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (5 waktu).
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Wallahualam.

Friday, October 29, 2010

Mengetahui Hari Subur Wanita

Mengetahui hari subur wanita adalah penting untuk tiga tujuan :-

(1) Bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Yang tidak selesa dengan cara lain seperti memakai kondom atau penggunaan pil perancang keluarga, yang mahu melepaskan mani terus dalam faraj isteri. Ada kajian mendapati melepas air mani ke dalam faraj wanita memberikan nikmat yang tinggi kepada perempuan.

(2) Mengetahui hari subur isteri bagi meningkatkan peluang untuk mengandung.

(3) Hari subur wanita merupakan hari yang paling berahi untuk wanita. Keinginan melakukan hubungan seks tinggi sewaktu hari subur. Bagi pasangan suami isteri yang ingin menikmati seks yang romantik adalah mencari hari paling subur.

Fakta tentang pusingan haid wanita perlu ketahui :-

1. Wanita biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan haidnya. Jangkaan adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang berikutnya.

Telur yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim wanita melalui salur fallopian. Sperma lelaki perlu senyawakan telur dalam masa 24 jam dalam salur Fallopian ini. Satu-satu ruang yang akan memastikan telur yang disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang bersesuai.

Telur wanita hanya hidup 36 ke 48 jam. Selepas itu ia akan mati. Walaupun jangka masa hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka masa sesuai untuk senyawa telur hanya dalam masa 24 jam selepas ia dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan sewaktu telur bergerak dalam salur Fallopian.

Lebih kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal dan keluar sebagai haid wanita. Rahim kemudian akan membentuk lapisan baru untuk menunggu telur yang disenyawa pada pusingan haid berikutnya.

2. Sperma lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas air mani dipancut dalam faraj wanita.

Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira. Sebagai contoh sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar telur adalah hari yang ke 14 daripada haid hari pertama. Sekiranya wanita datang haid setiap 32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari ke 18.

Hari keluar telur, merupakan hari paling subur wanita.

Dalam pusingan haid wanita terdapat tiga fasa, fasa tidak subur sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa tidak subur sebelum haid berikutnya.

Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid sehingga hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan sehingga 7 hari dalam wanita.

Jika wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh. Sekiranya hubungan seks dan pancutan air mani dilepas dalam faraj wanita, maka kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Hari ke 7 biasanya hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandung.

Hari ke 8 sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi melepaskan air mani dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Ini adalah afasa subur wanita.

Bagi yang ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul-betul sesuai untuk bersama melakukan hubungan seks dan memastikan peluang yang tinggi untuk mendapatkan anak.

Adalah diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks bukan hanya masuk dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma lelaki akan bertemu dengan telur di salur Fallopian. Untuk meninggikan lagi peluang untuk isteri mengandung. pasangan suami dan isteri perlu dengan berahi yang tinggi. Dengan berahi yang tinggi akan membuat pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau orgasm yang tinggi.

Berahi dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik dihasilkan. Wanita pula akan membuat faraj dan rahim menarik masuk mani dan sperma lelaki dengan denyutan-denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai ke salur fallopian. Ingat ya. Hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung.

Hari yang selamat untuk melepaskan mani didalam adalah selepas hari ke 17 sehingga haid pertama berikutnya. Ini adalah fasa tidak subur sebelum haid berikutnya.

Penerangan diatas adalah untuk pusingan haid 28 hari.

*** Untuk pusingan haid 32 hari. Kiraan adalah seperti berikut. ***

Telur dijangka keluar hari ke 18.

Hari selamat fasa sebelum keluar telur. Adalah hari pertama sehinggalah hari ke sebelas.

(18 tolak 7 = 11 :- 18 hari keluar telur. 7 adalah jangka masa hidup sperma dalam wanita). Hari ke sebelas adalah hari perlu berhati-hati, pakailah kondom sekiranya tidak mahu wanita mengandung.

Fasa subur adalah bermula dari hari 12 sehingga hari 20. Waktu paling sesuai untuk peluang mengandung yang tinggi adalah hari ke 18 dan 19.

Hari selamat fasa sebelum haid berikutnya adalah hari ke 21 sehinggalah hari 32 atau datang haid berikutnya.

Lakukan kiraan seperti diatas bagi pusingan haid dengan jangka masa yang berlainan. Yang paling penting menentukan hari keluar telur wanita iaitu 14 hari sebelum jangka haid berikutnya.

Wanita dinasihatkan menyimpan rekod datang haid pertama setiap bulan bagi memastikan jangkaan hari keluar telur dan subur dapat ditentukan.

Penerangan diatas masih tidak tepat. Nasihat daripada doktor dan pakar kesuburan masih diperlukan bagi memastikan kiraan yang betul.

*** Kiraan Kalendar Untuk Merancang Keluarga ***

Sekira pasangan mahu menggunakan cara kiraan bagi merancang keluarga. Simpanan maklumat haid isteri selama 6 bulan perlu diketahui. Fakta bahawa pusingan haid wanita tidak tetap perlu diambil kira.

Untuk menentukan hari pertama subur bagi fasa subur maka

Dapatkan pusingan haid yang paling pendek dalam catatan 6 bulan pusingan haid. Sebagai contoh ada pusingan haid mengambil masa hanya 27 hari sahaja. Tolakan dengan 18 hari maka mendapat hari ke 9.

Untuk mendapatkan permulaan hari bagi fasa tidak subur sebelum haid berikutnya. Dapatkan pusingan haid paling lama. Contohnya 31 hari. Maka tolakan dengan 11 hari. Maka hari permulaan bagi fasa tidak subur sebelum haid adalah hari ke 20.

Diringkaskan.

Hari pertama datang haid hingga hari ke lapan merupakan fasa tidak subur pertama. (Hari 7 dan 8 merupakan hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandungkan isteri).

Hari 9 hingga 20 merupakan hari-hari memboleh wanita mengandung atau fasa subur wanita. (hari 13 hingga 18 adalah jangkaan hari-hari keluar telur. Masa-masa yang sesuai untuk suami isteri untuk mendapatkan anak).

Lelaki perlu menjaga kesihatan diri untuk memastikan sperma yang kuat bertahan dalam faraj wanita bagi jangka masa diatas. Adalah penting hubungan seks jika mahu isteri mengandung perlulah romantik dan mencapai berahi yang tinggi bagi kedua-dua pasangan.

hari 21 keatas adalah hari selamat untuk melepaskan mani dalam faraj wanita atau fasa tidak subur sebelum datang haid berikutnya.

Penerangan diatas masih tidak tepat. Nasihat daripada doktor dan pakar kesuburan masih diperlukan bagi memastikan kiraan dan cara yang betul.



2 tips bagaimana memaafkan diri setelah melakukan kesilapan




Kesilapan lalu, tidak perlu di ingat lagi kerana ia akan menurunkan motivasi.

Sikap selalu mengingat kesilapan akan menjadikan kita orang bersikap negatif. Dalam usaha menjadikan diri kita sentiasa ada motivasi, Anda kena isikan diri dengan sinar motivasi positif, tapi terlebih dahulu Anda kena maafkan diri sendiri sebab buat silap seketika dulu.

Selagi tak maafkan diri Anda, selagi itu sinar motivasi susah untuk menerangi hati Anda.

2 tips bagaimana memaafkan diri setelah melakukan kesilapan.

Tips 1: Lafaz di dalam hati.

Bayangkan Anda melihat diri Anda berdiri di depan Anda sekarang ni, pandanglah diri Anda itu dengan hati yang kasihan, pilu dan Anda merasakan yang Anda tak patut terbeban oleh rasa bersalah kerana berbuat kesilapan. Maafkan diri Anda tu, lafazkan dalam hati, “aku maafkan kesilapan yang kau lakukan, aku maafkan, sekarang pergilah”.

Anggaplah diri Anda yang Anda bayangkan tadi tu adalah kesilapan Anda yang telah anda lakukan. Bila Anda sudah melafazkan kata maaf serta memintanya berlalu pergi, Anda akan merasa lega di dalam hati. Buka mata dan rasailah kesannya!

Tips 2: Maafkan dalam keadaan sedar.

Tak semua orang selesa dengan kaedah membayangkan diri sendiri. Jika Anda seperti mereka, gunakan cara kedua ini. Maafkan diri Anda dalam keadaan sedar, katakan pada diri Anda di dalam hati”aku maafkan diriku kerana melakukan kesilapan ini, aku maafkan, aku maafkan, selepas ini, aku mahu buat yang terbaik!”. Anda akan merasa bersemangat selepas itu.


Claypot Yee Mee

Bahan-Bahan :

Daging ayam (agak-agak aje nak banyak mana)
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.

Cara memasak:
•Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
•Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
•Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
•Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas lain) macam tengok kat kedai makan tu.




HAS A DREAM


Thursday, October 28, 2010

Tip untuk mengesan Cyber Scam



Terdapat banyak berita-berita dalam surat khabar tentang Cyber Scam atau Conman yang menipu orang melalui internet. Saya ingin berkongsi beberapa tips berdasarkan pengalaman untuk mengelak diri dari ditipu di internet...

1. Too good to be true - Harga barangan yang terlalu rendah

Kalau jumpa Iphone4 32GB yang harganya RM1200 atau Ipad yang harganya RM900 atau Nikon D90 berharga RM1000 atau lain lain gajet yang harga begitu rendah, kemungkinan besar ianya adalah satu scam. Penjual-penjual ini biasanya menggunakan email address dari free email service seperti live.com, gmail.com etc. Cara berurusan dengan mereka adalah melalui pos dan email sahaja. Dan bayaran melalui western union. Contoh-contoh klasik ialah seperti website ini - http://www.adpost.com/my/employment/23167/

2. Western Union

Biasanya scammers atau conman dari oversea akan hanya menggunakan perkhidmatan Western Union SAHAJA. Ini adalah salah satu tanda besar yang barangan yang dijual adalah tidak wujud. Salah satu taktik mereka ialah, mereka kata pembeli boleh meletakkan nama sesiapapun (emak, adik, saudara mara) sebagai penerima Western Union dan apabila barang sudah sampai, pembeli kemudian menukarkan nama kepada nama penjual. Masalahnya, sebaik sahaja mereka dapat number rujukan Western Union, duit pembeli akan lesap

3. Deposit duit dahulu

Scam ini banyak orang terkena jika membeli barang di mudah.my atau lain lain klassified website. Kalau barangan lebih dari RM200, lebih baik jumpa dengan penjual dan berurusan COD (Cash On Delivery)

4. Buyer dari oversea

Kalau ada mengiklankan barangan dan ada pembeli dari oversea yang nak beli barang tersebut, kemungkinan besar mereka adalah conman. Antara cara-cara mereka adalah;

a) Mereka membeli barangan untuk dihantarkan kepada saudara mereka di Afrika
b) Mereka sanggup membeli dengan harga yang amat mahal


Tips berurusan jual beli di website...

1- Mudah.my atau lain lain Classified website
- Hanya berurusan secara COD. Ianya adalah selamat dan puas hati kerana kita dapat jumpa penjual dan tengok barang sebelum membeli

2- Lelong.my - Lihat rating penjual ataupun pembeli. Sekiranya rating mereka adalah 0 atau negative, maknanya kita kena berjaga-jaga. Ini adalah contoh rating saya di lelong.my - http://www.lelong.com.my/Auc/Feedback/UserRating.asp?UserID=nazron@1

3- Ebay.com - Lihatlah rating penjual atau pembeli. Juga, lihat tarikh mereka menjadi ahli
Jadi, berhati-hati berurusan di internet !

BARANGSIAPA


Wednesday, October 27, 2010

Ulek Mayang: Menyulam cinta dengan puteri kayangan





Sinopsis Drama Ulek Mayang – Slot Lagenda TV3

Ulek Mayang, mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri Mayang Sari di persisiran pantai. Suatu hari, mereka bertemu dan jatuh hati. Namun kisah cinta mereka dikhianati, Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, slot Lagenda amat disukai ramai kerana paparan cerita yang sangat menarik dan ‘Ulek Mayang’ bakal memenuhi cita rasa penonton.

“Selain paparan kisah cinta terlarang antara dua dunia yang agak klise, para penonton juga akan teruja dengan tarian Ulek Mayang yang telah diubahsuaikan daripada sebuah upacara pemujaan kepada tarian kebudayaan supaya bersesuaian dengan ajaran Islam pada zaman sekarang. Kami berharap agar penonton TV3 akan terhibur dengan siri drama tersebut.”

Jangan ketinggalan untuk menonton “Ulek Mayang” mulai 25 Oktober 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang di TV3 dan siaran ulangannya di TV9 jam 8.30 malam.

Lagu Tema OST Drama Ulek Mayang - Elly Mazlien

Semua lagu tema dalam Drama Ulek Mayang ini dinyanyikan oleh Elly Mazlien iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”.


> tang lagu tema ni x bape power cz dh di nyanyikan semula.. rs nye kalau gune yg origional , sure meremang2 bulu roma


* wink wink : tingat zaman2 bujang , time keje 1 company dgn pak ajil.. kiteorg kene wat persembahan Tarian Ulek Mayang ni, daku terpilih jd Puteri 7..pak ajil kene jd putera.. kuat tui jodoh ...



~WEKEND AT IKEA~

salam sume..

ni nak story mory (abis kan time b4 balik) psl weekend lepas..

memula ingt kan malas nak g mana2.. sekali pagi ahad tu mama ku ajak teman dia g cokit.. time ni dh leh agak dh sure duit ku surut, cz kalau g dgn mama ..mmg ado je brg yg nk di beli.. daku g pun psl nak tempah bj.. dpt beli kain yg cantik sgt dgn harga yg sgt murah..tu yg excited nak tempah tu ..

Lama jgk ler kami kt sanun tu .. g dlm kul 11 lebih , balik kat kul 3.30 ptg..pehtu dpt sms dr pak ajil.. dia ckp dia bwk akil g leisure mall.. terus daku reply ckp nak ikut.. then dia suh daku siap2..

dlm 1/2 jam ku tungu (time ni sempat jgk daku menjait manik kt bj kurung) pehtu terus bertolak, ingt kan dia nak bwk ke Leisure je.. rupe2 nye kami di bawa ke IKEA...yehuuuu. Rasa nye dh agak lama x g terjah sanun, kebetulan plak ado sale... memula konon2 nye ler kan , ingt nak jamu mata je..sekali tgk pak ajil dh ambik beg kuning tu .. pe lagi, macam2 ler di ambik nye... bile kire total kat rm300+ jgk ler..heheheheh mostly brg2 tuk umh baru ler..

then tgk jam dh malam, kaki pun dh lenguh bangat ..sekali pak ajil ajak minum.. ingt nak nk kuor dr Ikea & crik kedai murah2...sekali dia melabuhkan montot di kusi STARBUCK...lagi sekali daku YAHUUUUU.. dpt ler ku telan Choc blanded... pak ajil suh order Hot mocha tuk dia...amboi2 kan, dulu dia x reti pun ...sejak2 aku kenal kan Mocha kt dia (time minum kt Coffee bean) terus dia 'jatuh cintan'..

aku plak , beli yg reguler je yg choc blanded tu ...ye ler ingt kan xdak ler org yg jelos.. sekali bile kasi akil rs, emmmm rs nye 1 cwn tu dia minum sorg2... huhuhuu geram tui ...dh ler letak cream (yg dia ingt aiscream) lg ler dia suke... pehtu dia nak belon, kene rm4..dia nak bentuk pistol ...siap tido pun peluk belon pistol tu


its mine

sodappppppppp



suke ko ye , perabis kan choc blanded ibu


kami yg sonok

NI LAH JADI KAN KALAU ILMU DI DADA X CUKUP TEBAL


Kisah tahi gajah

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu.. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar..... Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu... bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,.. tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi.... tok kadi mula senyum....

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana .... taik gajah... besar betul... nak2 bila gajah makan durian.

Resipi-IKAN ASAM PEDAS





Bahan-bahan ( 1 keluarga leh makan )

* 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
* 4 ulas bawang merah-ditumbuk
* 3 ulas bawang putih-ditumbuk
* 2cm kunyit hidup-ditumbuk
* 1 btg serai dititik
* 3 btg daun kesum
* 1 bunga kantan-dibelah dua
* 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
* 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
* 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
* garam dan gula (ikut rasa)
* minyak masak
* sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara

1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

Apa jenis ikan pun buleh, janji korang suka ~
sumber: syok.org

Pramugari Dgn Abg Imam !!


Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja... .) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.




GEMPAR :Sotong kurita peramal Piala Dunia 2010 mati

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan. - AFP


Sumber : Utusan Malaysia Online



* wink wink : AGAKNYA, PAUL NI KENA MAKAN ATAU DITANAM SELEPAS KEMATIANNYA...??
ATAUPUN DIAWETKAN... APA PENDAPAT KORANG ?








NAMA YG BAIK



Tuesday, October 26, 2010

Korg kene baca ni ... mmg lawak abis..

Suami Terbaik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"


"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "



Dibalik Derita Ada Bahagia



Di dalam kehidupan Allah tidak mentakdirkan sesuatu melainkan ada kebahagiaan untuk hambaNya karena Allah Maha Bijak dan Maha Mengetahui. Itulah sebabnya Allah tidak akan memberikan kesia-siaan. Tidak ada ketentuan Allah tanpa adanya hikmah. Betapa banyak kebaikan dan kebahagiaan yang berlimpah tersembunyi dibalik peristiwa yang menyakitkan hati tanpa kita sadari. Sebagaimana Firman Allah.

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (QS. al-Baqarah : 216).

Allah menguji kita dengan berbagai cobaan karena Allah lebih tahu kebaikan bagi kita. Jadi, cobaan dan ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita, agar kita tercegah dari kehancuran dan azab yang jauh lebih besar. Akan tetapi seringkali kita malah berprasangka buruk kepada Allah karena ujian dan cobaan itu dan kita tidak pernah merasa bahwa sesungguhnya Allah berbuat baik kepada kita dengan cobaan dan ujian yang Allah telah berikan.

Segalanya berjalan, sesuai dengan qadha' dan ketentuanNya.
Dibalik segala peristiwa ada suka, ada duka
Apa yang selama ini ku takutkan, malah menyenangkan
Apa yang selama ini ku dambakan, malah justru menyedihkan

Peringatan khusus untuk kaum wanita!




Bacalah artikel ini untuk peringatan kita bersama. Walaupun ia ditujukan khusus untuk kaum wanita, tetapi kaum lelaki juga patut ambil peduli tentang perkara ini.

Sayidina Ali r.a. menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis ketika dia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis. Baginda menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai-bagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam kerongkongnya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking.

Gambar adalah sekadar hiasan


Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pukulan dari api neraka,” kata Nabi S.A.W.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

Perempuan yang digantung teteknya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan guntingan dari api neraka kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang, yang kepada orang lain dia bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia boleh solat tapi dia tidak mengamalkannya dan tidak mahu untuk mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.

Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”



Gambar adalah sekadar hiasan


Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sekian.

P/S- Peringatan ini khusus untuk kaum wanita. Tapi kaum lelaki jangan la berasa lega dan take for granted pula. Yang pasti, siapa yang melakukan maksiat dan dosa kepada Allah, pasti dia akan menerima balasan yang amat pedih di akhirat nanti.

KHIANAT



Lelaki menangis, apa maknanya? Kenapa lelaki menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.


Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

1- Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
2- Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
3- Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
4- Ibu atau bapanya meninggal dunia.
5- Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
6- Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
7- Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.


3 perkara membuat Anda hilang motivasi

3 perkara membuat Anda hilang motivasi:

1- Anda akan jadi kurang bersemangat apabila Anda menumpukan fikiran pada apa yang membuat Anda ‘down’.
2- Anda akan hilang motivasi apabila Anda berhenti terlalu lama dari terus berusaha.
3- Anda akan hilang semangat apabila Anda memfokus pada hasil usaha Anda yang salah.
Fokus pada konsistensi berusaha dan membetulkan kesalahan dengan mengambil tindakan baru.

Usah memfokus pada hasil sebaiknya fokus pada apa yang Anda perlu lakukan kerana hasil akan tetap ada apabila usahanya ngam kemudian berterusan pula.

Tanya dan terus tanya diri Anda apa lagi yang boleh Anda lakukan untuk berusaha, berusaha dan berusaha sehingga matlamat Anda benar-benar tercapai, bukan sekadar menjadi matlamat yang hanya bermain di minda.

Monday, October 25, 2010

5 Khasiat Bunga Cengkih


Antara amalan yang diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim, Mudir Pondok Pasir Tumboh daripada umur 17 tahun lagi hingga sekarang yang hampir mencecah umur 90 tahun ialah makan bunga cengkih.



Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :

1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang

2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan

3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia

4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama

5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan



Cara makan:

Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari

Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya

Seloka AURAT


Seloka AURAT

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.



Dengue Fever Remedy




Dengue Fever Remedy

I would like to share this interesting discovery from a classmate's son who has just recovered from dengue fever. Apparently, his son was in the critical stage at the ICU when his blood platelet count drops to 15 after 15 liters of blood transfusion.

His father was so worried that he seeks another friend's recommendation and his son was saved. He confessed to me that he gave his son raw juice of the papaya leaves. From a platelet count of 45 after 20 liters of blood transfusion, and after drinking the raw papaya leaf juice, his platelet count jumps instantly to 135. Even the doctors and nurses were surprised. After the second day he was discharged. So he asked me to pass this good news around.



Method:
Accordingly it is raw papaya leaves, 2pcs just cleaned and pound and squeeze with filter cloth. You will only get one tablespoon per leaf.. So two tablespoon per serving once a day. Do not boil or cook or rinse with hot water, it will loose its strength. Only the leafy part and no stem or sap. It is very bitter and you have to swallow it like "Won Low Kat". But it works.

*Papaya Juice - Cure for Dengue*

You may have heard this elsewhere but if not I am glad to inform you that papaya juice is a natural cure for dengue fever. As dengue fever is rampant now, I think it's good to share this with all.

A friend of mine had dengue last year.. It was a very serious situation for her as her platelet count had dropped to 28,000 after 3 days in hospital and water has started to fill up her lung. She had difficulty in breathing. She was only 32-year old. Doctor says there's no cure for dengue. We just have to wait for her body immune system to build up resistance against dengue and fight its own battle. She already had 2 blood transfusion and all of us were praying very hard as her platelet continued to drop since the first day she was admitted.

Fortunately her mother-in-law heard that papaya juice would help to reduce the fever and got some papaya leaves, pounded them and squeeze the juice out for her. The next day, her platelet count started to increase, her fever subside. We continued to feed her with papaya juice and she recovered after 3 days!!!

Amazing but it's true. It's believed one's body would be overheated when one is down with dengue and that also caused the patient to have fever papaya juice has cooling effect. Thus, it helps to reduce the level of heat in one's body, thus the fever will go away. I found that it's also good when one is having sore throat or suffering from heat.

Please spread the news about this as lately there are many dengue cases. It's great if such natural cure could help to ease the sufferings of dengue patients.

Furthermore it's so easily available.
Blend them and squeeze the juice! It's simple and miraculously effective!!





Penjagaan kain baju

Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat
1- Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.

2- Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.

3- Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

> Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
> Campurkan dengan air.
> Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
> Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
1- Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.

2- Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
1- Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2- Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
1- Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.

2- Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
1- Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2- Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
> Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
> Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
> Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.



Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya…

* gambar hiasan (akil seminggu lahir)


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”


Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.



GLOBAL WARMING !!


* wink wink : jom jaga alam sekitar

Saturday, October 23, 2010

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut..
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A..W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).


Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.


Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.


Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a..s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.




8 best moments in life

1@ Giving the 1st salary to ur parents.
2@ Thinking your love with tears.
3@ Looking old photos & smiling.
4@ A sweet & emotional chat with friends
5@ Holding hands with your loved ones for a walk.
6@ Getting a hug from one who cares you.
7@ 1st kiss to your child when he /she is born.
8@ The moments when your eyes are filled with tears after a big laugh.

Wish u all such gr8 moments! Have a wonderful life!



Friday, October 22, 2010

yey yey x maluuuu... bagak nye ko itam ..

salam sume..

tgh wat pe tu ... ??? daku for sure lepak kt umah baru ...

ni saje nak tunjuk , daku dh beli (akhir nya) toilet porty tuk akil... puas ku pujuk pak ajil beli, akhir nye ptg smlm, terus ke leisure mall.. kebetualan plak kedai tu ado wat sale.. so dpt le 20% .. siap rembat yg ado pemenang tepi, kalau x dak tu murah lg ...


sonok tui ler dak kecik ni buang air... smp x nak turun dh ..

.

di samping beli yg td tu , tetiba pak ajil suh g tmpt beg budk .. dia suh pilih design ..

yehuuu ku sonok bangat (cm ler brg tuk ku kan).. cz beg akil now mmg dh koyak rabak dh .. beg yg bby punye tu , selagi leh gune, kiteorg gune .. tu pun bwk kt taska akil & kdng2 bwk balik kg..so lunyai ler..

dgn ini , leps ni smart le skit beg akil ke taska.. mmg saje ambik yg paling beso rm79 .. pehtu dpt 20% lg.. murah kan ?? tu yg rembat yg beso terus.. lg pun akil dh beso, mcm2 benda dia nak isi .. yg penting air masak dia & biskut..

Konvoi 136 Ekor Ulat Bulu..Team Work


Firman Allah yang maksudnya:

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
Soorah Al Furqan 25:63


Kejadian di Afrika Selatan pada 6 September 2010 baru2 ni..


UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG.

South Africa Isnin 6 September 2010: Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.


Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.


Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah.