KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Friday, December 31, 2010

Cerita meminang .... Jgn cepat buat andaian

PADAN MUKA.. BELAGOK SANGAT...........

Majid, seorang pemuda yang masih bujang, pendiam dan amat pemalu. Pada hari raya yang lalu, Majid telah berkunjung
ke rumah rakannya. Dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya, Majid telah terpandang seorang gadis yang dikenalinya
semenjak sekolah lagi. Hatinya telah terpikat, dan berhasrat untuk memperisterikannya.

Majid telah menyuarakan hajatnya kepada kedua orang tuanya, dan menunjukkan lokasi rumah gadis tersebut supaya senang
kedua ibubapanya hendak pergi meminang nanti. Selepas itu, Majid pun pulang ke bandar dan meninggalkan urusan tersebut kepada orang tuanya.

Selang beberapa hari, kedua orang tua Majid telah mengunjungi rumah gadis tersebut untuk tujuan merisik. Setelah beberapa
lama bersembang, bapa gadis tersebut pun bertanya kepada ibu bapa Majid…

Bapa Gadis : Yang sebenornyer, amende ke hajat aokme berdua ni datang ke rumoh kome yak buruk ni?...

Bapa Majid : Ye la.. dari tadi beborok, tak nyer kabor mender hajat yer.. Ha, moknyer.. Ace kabo ke hajat si Majid te…

Emak Majid : Gini la.. yang sebenornyer, anok bujang kome te, dah terbekenan dengan anok dara aokme.. jadinyer kome ni
nok la nanyer, dah ander ke orang yang punya? Kala belum ander, kome nok la merisik-risik…

Emak Gadis : Ooo.. kesohnyer, kome ni pun tok kenei lagi dengan anok deme te… Mende kerjanyer?....

Emak Majid : Ntoh.. keh ni tk berapa reti nok nyebut base omputih.. keknye base Melayunyer.. dia kabo keje drebo jer…

Emak Gadis : Oooo.. Drebo jer..(Mencebek selalu).. Gini la.. yak sebenornyer, anok kome te.. sebenornyer, dah ander orang meminang.. (Dah setat buat pedooh…) Budok jantan te keje opisboi kat Pejabat Tanoh te…

Bapa Gadis : Ha’ah.. (Menyokong..) Kome pon mintok maah la yer, mendenyer aokme ni pon tok tau yak anok kome te dah
ander yak mintok… Kiranyer takde jodoh la.. Nok goner kan yer….

Bapa Majid : Ye la.. Mengkala dah gitu, kome pon tak buleh la nok buat mende.. Mende anok kome pon tok setarah dengan
anok aokme.. Nanti la kome kabo ke anok bujang kome nanti…

Emak Gadis : Ye la.. memang tok setarah lalu... Anok kome kerani pejabat loyar.. anok deme drebo..

Lalu kedua ibu bapa Majid pun memohon untuk berundur. Selesai bersalaman, sedang mereka menuruni tangga, emak gadis tersebut pun bertanya…

Emak Gadis : Drebo mende anok aok te?.. Lori Balok ke Lori Bijih…?

Emak Majid : DREBO KAPEITEREBANG!!! (Sambil masuk ke dalam kereta..)

Thursday, December 30, 2010

Petua mengelakkan demam

Kongsikan 1 petua mudah untuk mengelakkan demam.

Katanya, petua ini memang dia amalkan dan berkesan (dengan izin Allah) pada dia.


Caranya ialah ;

Amalkan mandi dengan menjirus dari bahagian bawah iaitu kaki sebelah kanan dulu.

Kemudian diikuti kaki sebelah kiri, lalu naik sedikit demi sedikit hingga ke paras lutut, peha, pinggang, dada dan bahu.

Apabila kesemua bahagian bahu ke bawah sudah basah maka barulah menjirus bahagian kepala.
Insyallah dengan izin Allah swt anda jarang atau payah untuk menghidap penyakit demam.

Sekian.


BYE..BYE


perkataan BYE merupakan jarum sulit org kristian...didlm bahasa Arab b'maksud " fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di bwh naungan pope(paderi) . jd foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda.semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain.wassalam..
Wallahualam. .

Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum . .. Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat... (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)


Petua Untuk Merangupkan Timun


Salam pagi untuk semua

Alhamdulillah kita bertemu di ruangan maya ini lagi.

Harini saya ingin berkongsikan satu petua bagaimana cara untuk merangupkan timun lebih-lebih lagi timun yang bakal di buat sebagai acar.




Cara bagi mengelakkan timun daripada layu ialah, kita perlulah:

1) Memotong timun tersebut mengikut bentuk yang diingini

2) Kemudian merendamkan ia kedalam air yang dicampurkan sedikit garam.

3) Rendamkan ia selama 10 ke 15 minit.

Insyallah timun akan menjadi lebih rangup dan sedap dimakan.




TODAY aku 1/2 day

TAHNIAH MALAYSIA ...

sok cuti .... sonok kan ????

TAPI .....

aku x bape nak sonok .. aduyai , harap2 hati aku ni tabah ... sok akan stay kt hospital kpj ..

today haku 1/2 day .. so entry akan autopublish.

Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH MALAYSIA





Pasukan Bolasepak Malaysia Piala AFF Suzuki 2010


Syukur alhamdulillah pasukan Malaysia MENANGGGGGGG 4-2
rasa nye sok msia dpt cuti ker??? heheheh

TART TELUR PERISA STRAWBERRY



(sukati nk perisa ape2 pon)


Bahan2 utk Crust:

2 cawan tepung gandum

½ cawan gula castor

¼ sdt garam

½ cawan butter/planta/marjerin

1 biji telur



Bahan2 utk filling:

2 kotak kecik/ 2 cawan susu perisa strawberry/tak kesahla susu perisa apepon

4 biji telur

3/4 cawan gule hangus

½ sdt strawberry essence/ vannila essence

Bbrpe titik pewarna merah rose (pink2 strawberry)



Cara bwt filling : campurkan semua bahan dan gaul perlahan gune whisk smpi sebati. Tapiskan.



Cara2 bwt tart telor

1. Pukul telor ngan gula sampai kembang

2. masukkan tepung sikit2 dan gaul smpi jadi doh.. uli ye..

3. ratakan setebal ½ cm dan terap dalam acuan tart.

4. Cucuk p’mukaan dgn garfu supaya tak kembung bila di bakar

5. Bakar selama 10 minit pada suhu 180 darjah.

6. Keluarkan crust dan masukkan pula filling.. bakar lagi 10 minit..



Dah siap utk di makan…………..




15 Extraordinary Uses For Baking Soda




Baking soda is weakly alkaline. As such, it acts to neutralize acids and break down proteins. This quality accounts for its usefulness as a tenderizer and a leaven. It releases bubbles of carbon dioxide when it interacts with an acid and a liquid. Let’s check out the cool 15 extraordinary uses for baking soda!




1 ) Use it as an antacid.

2 ) Use it as underarm deodorant by applying it with a powder puff.

3 ) Mix half a teaspoon with peroxide paste and use it as toothpaste.

4 ) Use it as a face and body scrub.

5 ) Add a cup to bathwater to soften your skin.

6 ) Relieve skin itch from insect bites and pain from sunburn.

7 ) Remove strong odors from your hands by rubbing them with baking soda and water.

8 ) Put two tablespoons in your baby’s bathwater to help relieve diaper rash.

9 ) Freshen your mouth by gargling half a teaspoon of baking soda mixed water.

10 ) Relieve canker sore pain by using it as mouthwash.

11 ) Use it to relieve bee stings.

12 ) Apply it on jellyfish sting to draw out the venom.

13 ) Unblock stuffy nose by adding a teaspoon of baking soda to your vaporizer.

14 ) Keep cut flowers fresh longer by adding a teaspoon to the water in the vase.

15 ) Put an open container of baking soda in the fridge to absorb the odors.




Salam sume.... dh bfast ? this is my bfast

salam sume...

today aku nye bfast speical ler (bg aku ler, tuk korg myb just biasa)..

dh lama rs nye mama aku x masak tuk bekalan aku .. heheh tingat zaman skolah2.. sure ado bekalan ..

fmily haku mmg jenis x makan kt luor (sesekali tu ado ler.. leh di kire).. tp sejak masing2 dh beso ni.. sume dok makan luor.. bkn pe, x nak susah kan mama dh .. dia pun still kejo lg...balik dh penat, haku pun kalau balik2 penat xdak mknan ke.. haku le masak.. sian kt anak ..

tp pagi td aku bangun2 tido je dh terbau harummmmmm.. rupe nye mama tgh grg nasi goreng special ..laju je haku mandi2 siap.. sekali mama ckp 'nak bwk bekal dak?'.. for sure le haku nak ..

** wink wink : even kite ni dh leh masak , tp kdng2 kerinduan dgn masakan mak tu sgt2 le tinggi kan .. bior pun hanya dgn telur grg ..ia akan tetap jd ingatan ..

Kad Pengenalan arwah P.Ramlee



Tuesday, December 28, 2010

10 sebab mengapa wanita perlukan Internet

Golongan wanita yang sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya apabila ingin mengetahui sesuatu maklumat pasti mahu mendapatkannya dengan cepat dan tepat.

Jadi sebahagian besar wanita moden hari ini banyak bergantung kepada Internet bagi memperoleh apa yang diingini.

Namun, masih ada yang ragu-ragu tentang 'kebolehan' Internet dalam membantu memudahkan hidup mereka. Bagi golongan ini, berikut 10 perkara boleh dilakukan di Internet yang dapat memudahkan hidup mereka.

1. Idea mencari hadiah: Mencari hadiah yang sesuai kadang kala menimbulkan dilema. Namun, kini terdapat banyak laman web yang boleh dilawati untuk mendapatkan idea bagi mencari hadiah untuk diberi kepada mereka yang disayangi. Di sini anda dapat melihat apa yang popular untuk kanak-kanak dan apa yang terkini untuk remaja atau golongan dewasa. Cuba layari findgift.com dalam pencarian anda itu.

2. Membandingkan harga: Dengan melayari Internet anda akan temui beberapa kedai berbeza yang menawarkan produk yang anda inginkan. Bagaimanapun, anda tentu tidak tahu siapa yang menawarkan paling murah. Anda mungkin boleh menghubungi kedai paling dekat (anggap harga mereka bukan yang termurah) dan beritahu mereka di kedai lain yang menjual barang sama pada hari lebih rendah. Kedai yang anda hubungi itu mungkin bersedia untuk memberi harga yang sama dan anda bukan saja dapat menjimatkan belanja malah masa dan duit minyak kerana tidak perlu pergi kedai yang lebih jauh.

3. Kupon atau baucer: Sesetengah pengeluar produk sekarang menawarkan kupon di laman web mereka untuk di cetak dan digunakan bagi pembelian secara online. Cuba cari jenama yang anda sukai dengan menaip perkataan kupon untuk melihat apa yang mereka tawarkan.

4. Maklumat perubatan: Anggaplah anda bukan dalam situasi kecemasan, Internet mungkin dapat membantu anda mendapat idea tentang kemungkinan masalah kesihatan yang anda hadapi. Sesetengah laman web kesihatan mengaitkan simptom dengan kemungkinan penyakit yang dihidapi dan juga memberi saranan tentang rawatannya. Begitupun ini sekadar cadangan dan anda masih disarankan untuk bertemu doktor.

5. Mencantikkan kediaman: Laman web lakukan sendiri (Do-it-yourself) tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Ia mengajar kemahiran seperti mengecat rumah, membina laci, membetulkan sing atau mereka taman. Zaman menelefon dan bertanya kepada profesional tentang tips dan pandu sudah berlalu, sebaliknya hanya taip nama projek yang ingin dibuat bersama perkataan 'How to' di hadapannya dan anda akan memperoleh segala maklumat tentang cara membuatnya.

6. Penyelidikan: Sama ada anda merlukan maklumat untuk kerja rumah anak atau untuk anda sendiri, gunakan enjin carian paling berkuasa ini untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan. Mencari buku, definisi perkataan, tarikh, kajian dan tarikh-tarikh bersejarah adalah cukup mudah. Jika anda masih tidak memperolehnya, anda hanya perlu mencari nombor talian perpustakaan online bagi mendapat bantuan mereka.

7. Mempelajari kemahiran baru: Adakah anda sudah bersedia untuk menambah kemahiran baru dalam resume? Bagaimana pula belajar menulis resume yang lebih baik?. Belajar bahasa kedua, skil menaip lebih pantas atau mendapatkan resipi baru, segalanya boleh dilakukan melalui Internet.

8. Membayar bil: Masa adalah emas. Membayar bil dan urusan perbankan lebih cepat dan menjimatkan masa melalui Internet.

9. Perbandingan produk: Mahu membandingkan dua produk yang hampir sama? Lakukan carian di Internet bagi setiap produk dan dapatkan segala maklumat terperinci mengenainya tanpa perlu keluar rumah atau pergi dari satu kedai ke satu kedai. Buat senarai pro dan kontra dan anda akan temui yang terbaik.

10. Menjual produk: Memulakan perniagaan dan mendapatkan pekerjaan melalui Internet. Bagaimanapun berhati-hati penipuan yang menawarkan pendapatan lumayan dengan cara mudah. Buat penyelidikan dulu sebelum memulakan langkah memilih sebarang idea meraih-wang dari rumah. Lebih elok jika anda memulakan perniagaan tulen menjual produk atau perkhidmatan melalui Internet.




Ceritera 4 Lilin

Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Lilin yang kedua berkata : “AKu adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

dengan sedih Lilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga…. seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam.Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata : “Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

:~Intinyaa…..

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!




Pengajaran untuk MANUSIA (harus baca)

Terharu, sayu dan hiba saya apabila membaca kisah ini.

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana, saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.

Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat sangat memburu, tapi disebabkan oleh bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi.

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang RELA nya. Kata pak cik, “Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan.”

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

“Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela,” begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.

Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, “daripada balik tangan kosong? ” lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan…
DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.
BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.
Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.

Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.

Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.
Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.
Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak?

Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Suasana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu.

Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya.

Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumahtangga.

Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.


Sekian.


P/S - Apakah pengajaran yang anda dapat daripadanya cerita ini?? Renung-renungkan dan selamat mengambil pengajaran.





Jadilah seorang KETUA , bukannya TUAN

Ketua memberi inspirasi kepada mereka
Tuan mengerah orang bawahannya

Ketua bergantung kepada semangat muhibah
Tuan bergantung kepada kuasa

Ketua mencerna kemesraan
Tuan membangkit ketakutakan

Ketua sentiasa berkata kita
Tuan sentiasa berkata saya

Ketua menunjuk apa yang salah
Tuan menunjuk siapa bersalah

Ketua memberitahu cara sesuatu kerja berjalan
Tuan tahu sesuatu kerja berjalan

Ketua diberi penghormatan
Tuan menuntut penghormatan


Berapa NILAI diri kite di mata org lain

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?“


Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi, “Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dngan kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.

Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga.”

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi pada mata@pandangan Ilahi.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal, kerana sesungguhnya diri kita sebenarnya amat berharga.

Kita semua di sisi Allah adalah sama saja. Yang membezakan kita ialah KETAQWAAN kepadaNya. Siapa yang lebih bertaqwa, maka dia lah yang lebih baik.



Monday, December 27, 2010

Ya Allah , ko kuat kan semangat ku.. ko tabah kan hati ku tuk tempoh dugaan ni.. semoga sume nye selamat

salam sume..

aku x tau cmner nak start cite hal ni.. tp hari ni rasa nye haku ado mood nak terang kan kegusaran haku..

ni sume berkenaan dgn anak aku .. MUHAMMAD AKIL KHAIRY.. huhuhu

bln march 2011 genap usia dia 4thn .. tp kalau nmpak dr fizikal ramai ckp dia dh 5-6 thn , cz dia tinggi .. emm bkn psl ketinggian yg aku nak story ..

ni kisah paling penting jgk dlm hidup anak aku ni.. insyallah 31hb nnt dia akan di bedah .. cz pe? emm ado le kes nye kan .. x kan plak suke suki je nak serah anak tuk di bedah ... ni psl akil kene hernia (angin pasang).. aku memula tau psl ni , masa akil umur dlm 1thn .. tp time tu dia ok je(now pun ok) .. time tu kiteorg nmpak ada benjolan kt tepi pelipat kaki dia.. kalau tuk pempuan tempat nye lebih kurg kt bwh ari2 gitu ler..

pehtu bile ado benjolan tu , dari pe yg aku baca.. ia jgk melibat kan usus .. bile batuk atau nangis benjol tu akan timbul.. cm kes akil ni, benjol tu off & on.. kejap ado kejap xdak .. gitu ler, aku dh pun g berubat & urut.. org ckp ada cm lendir lebih .. tp kalau ikut doc, usus dia timbul cz of 'lubang' pd dinding kt kawasan tu ..selagi lubang tu x di jait, mmg usus bley kuor masuk kut situ.. kalau ikut kan kanak2 , mmg ado lubang tu.. semakin dewasa, semakin lubang tu tutup. But ado jgk kanak2 or kdng2 smp ke beso lubang tu x bertutup .. tu yg memudarat kan diri ..

memula aku dpt tau akil kene operate , rs cm nak pitam .. mcm2 info aku crik dlm tenet.. dr situ aku mule paham nape doc saran kan supaya akil di bedah & now pun dh moden, operation tu pun just minor.. kecik je & dgn tu jgk akil akan di sunat ... fuhh dh 'dewasa' le anak ku itu .

insyallah jgk , ado skit majlis bacaan Yasin di lakukan 30hb mlm , tuk sapo2 yg sudi tu .. sile ler dtg.. tp tmpt nye x tau lg, myb kt umh mama ku.. kalau x pun , kt umh baru ku di Cheras..

akil akan di operate 31hb , kul 9pagi di KPJ .. admit 1 hari .. then bley balik..aku akan bercuti dr 30hb smp 4hb , tp kalau terpaksa.. aku akan ambik full week.

tuk kawan2 sume yg ikhlas.. aku mohon korg doakan sume nye selamat yek.. tima kasih

.

ni gambo2 masa kiteorg g jalan ke Seremban




ni baru baru akil.. (dak ni kan fanatik Jamal.. sume nak samo cm Jamal)

Bergoyang Lidah Nikmati Pisang Epe’ Khas Makasar




Makanan khas daerah yang terbuat dari pisang kepok
yang mengkal, dibakar dan dipipihkan. Pisang Epe'
disajikan dengan kuah air gula merah yang biasanya
telah dicampur dengan durian atau nangka.


Bahan Sos:

* 250 gram gula merah, disisir tipis
* 100 ml air
* 5 mata durian matang, buang bijinya
* 1/4 sudu teh garam
* 1 lembar daun pandan

Cara membuatnya:

* Bakar pisang diatas bara api sambil dibolak balik hingga harum dan matang.
* Rebus gula merah, air daun pandan sampai mendidih. Tambahkan garam dan durian. Rebus sampai kental.
* Susun pisang di atas piring, siram sos sebelum disajikan.



Jika anda berkunjung ke Makasar, belum lengkap rasannya jika anda belum mencoba kuliner khas Sulawesi Selatan ini. Menu makanan yang terbuat dari pisang kepok yang masih mengkal,di panggang sejenak dan di sajikan dengan siraman cairan gula merah,dan sedikit taburan kelapa atau kacang tumbuk ini, dapat anda jumpai di beberapa café seperti Café Gigi atau di sepanjang pinggiran pantai Losari. Jajanan ini memang cocok disantap sambil menikmati indahnya sunset di Pantai Losari, makanya tempat ini selalu ramai di kunjungi oleh muda-mudi.Untuk harga satu Porsi Pisang Epek di patok mulai dari Rp4000(rm1.35) sampai Rp5000(rm1.70). Cukup murah bukan?? Sebanding dengan kenikmatan yang anda rasakan saat anda menyantap makanan khas dari kota Makasar ini.





Perhatian:- Bahaya Menggunakan PC Umum.

Sila berhati-hati sekiranya anda terpaksa menggunakan komputer / pc di tempat umum (seperti di internet cafe dan sebagainya..) Sila periksa di belakang PC dan lihat apakah ada suatu alat atau tidak. Sekiranya alat seperti ini ada, jangan gunakan pc tersebut. Ini kerana alat tersebut merupakan hardware keylogger yg dapat MEREKODKAN KESEMUA PASSWORD atau MAKLUMAT YANG KITA TAIP.



Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik/masukkan oleh keyboard itu…

Kebanyakan ini dipakai di Internet Cafe, pameran, hotel dan berkemungkinan di pasang di lapangan terbang oleh org org tertentu yg berniat jahat. Maka berhati-hatilah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting.

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan.


Tips rumahtangga - Rasulullah SAW Mandi Bersama Isteri

Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.

Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.

Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT.





Kelebihan memberi salam

Assalamualaikum warahmatullah...



apa khabar abang-abang,adik-adik dan juga kakak-kakak sekalian...

moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata'ala...

ana akan menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut...

Iblis menangis bila orang memberi salam...

Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".

Adab memberi dan menjawab salam

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa': 86)

Huraian

Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam daripada masyarakat yang lain. Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam yang sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri-ciri masyarakat yang lain. Perbuatan berbalas-balas salam ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia dalam Islam. Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama muslim sunat hukumnya manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam tersebut.

Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa menetapkan hari atau masa yang khusus untuk memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim.

Islam juga menyeru umatnya supaya menjawab salam dengan ungkapan yang lebih baik daripada orang yang memberi salam.

Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin hubungannya.

Kesimpulan

Islam menganjurkan umatnya memberi salam tatkala bertemu sesama mereka. Perbuatan itu walaupun sunat hukumnya tetapi amat mulia dan besar ganjaran pahalanya berbanding perbuatan menjawab salam yang hukumnya adalah wajib. Islam juga menggalakkan umatnya supaya menjawab ucapan salam dengan ungkapan yang lebih baik dan sempurna.




Sunday, December 26, 2010

Dipijak doktor



SUBANG JAYA: Hanya kerana mahu mendapatkan laporan perubatan mengenai penyakitnya, seorang wanita berusia 25 tahun cedera di muka dan badan selepas ditumbuk serta dipijak doktor yang merawatnya di sebuah klinik swasta, di sini, kelmarin.

Malah, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, doktor berusia 40 tahun terbabit turut mengugut untuk menyuntik mangsa dengan ubat didakwa mengandungi racun yang boleh membunuh.

Tidak cukup dengan itu, tunang mangsa berusia 27 tahun yang cuba menenangkan keadaan selain mendapatkan penjelasan mengenai tindakan ganas doktor terbabit turut diserang dan dipukul. Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa yang sudah tiga minggu mengalami demam dan belum pulih walaupun beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik terbabit meminta doktor itu mengeluarkan laporan perubatan tahap kesihatannya.

“Ini kerana mangsa mahu mendapatkan rawatan di klinik lain disebabkan kecewa kerana masih tidak sembuh biarpun sudah lama mendapatkan rawatan di klinik itu.

“Mangsa mendakwa dia bimbang dan hairan mengapa penyakitnya tidak sembuh walaupun doktor terbabit mengatakan dia hanya demam biasa.

“Tindakan mangsa menyebabkan doktor itu berang dan dia mula memarahi serta memaki hamun mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.

Sumber itu berkata, doktor terbabit yang gagal mengawal kemarahannya menumbuk muka mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh sebelum badannya dipijak. “Mangsa berlari keluar dari bilik rawatan dan meminta pertolongan tunangnya yang menunggu di tempat letak kereta. Namun, ketika tunang mangsa cuba mendapatkan penjelasan dia diserang doktor terbabit yang meluru keluar dari kliniknya,” katanya.

Menurutnya, selepas doktor itu berhenti menyerang dan masuk ke dalam klinik mangsa bersama tunangnya meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun, doktor itu keluar semula dari klinik dan menerkam ke arah pasangan itu sambil menunjukkan satu jarum suntikan yang didakwanya memiliki ubat beracun yang mahu disuntik ke badan mereka.

“Pasangan terbabit bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya melarikan diri walaupun dikejar suspek,” kata sumber itu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.



Saturday, December 25, 2010

Warkah Buat Anakku


Lahirnya anak-anak dalam sebuah keluarga adalah merupakan hari yang paling bahagia untuk kedua-dua suami isteri. Mereka akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Mereka akan berkorban apa saja demi anak-anak.

Kepada anak-anakku, percayalah bahawa kasih sayang yang bersemi dalam diri ini tidak sedikit pun luntur. Ayahmu ini sentiasa mengingati anak-anaknya dan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah walaupun kita berjauhan. Cuba bayangkan semasa saat-saat manis kita meluangkan masa bersama, belajar, bermain, melancung, membeli-belah, berkelah, bergurau, gelak ketawa, dan gembira bersama. Itulah saat kebahagiaan yang ayahmu dapat rasakan dan masih segar dalam ingatan ayahmu ini.

Tetapi apa yang berlaku di tengah-tengah perjalanan ini adakalanya diluar kekuasaan kita. Perpisahan ini bukanlah kehendak ayahmu yang sebenar-benarnya, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui. Janganlah jadikan perpisahan ini sebagai dendam yang membara dalam diri anak-anakku. Janganlah kita menjadi hakim, dan janganlah pula kita menjadi pendakwa atau pembela. Tugas anak-anakku hanyalah menghormati ayahmu sebagai seorang ayah, hormatilah tanggungjawab yang ayahmu cuba laksanakan, hormatilah kasih-sayang yang ayahmu ingin berkongsi dengan anak-anaknya.

Ingatlah anak-anakku, seorang ayah akan merasa gembira apabila anak-anaknya gembira, seorang ayah akan merasa bangga bila anak-anaknya berjaya, seorang ayah akan menutup mata dengan aman apabila anak-anaknya mendoakannya. Tetapi seorang ayah akan merasa sedih apabila anaknya bersedih, seorang ayah akan merasa kecewa apabila anaknya gagal, seorang ayah akan merasa berdosa apabila anak-anaknya tidak mendoakannya.

Setiap racun ada penawarnya, setiap kesilapan ada puncanya, setiap dugaan akan ada kenikmatannya.

- Untuk tatapan anak-anakku..!!

Baba, Perlis.

Buat semua insan bergelar bapa,

Kasih bapa sepanjang masa, walau jauh di mata tetapi dekat di hati. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya pengorbanan seorang bapa.

Friday, December 24, 2010

SELAMAT BERTUNANG

heheh ni bkn daku yg bertunang yek ..

ni one of my BFF yg bertunang .. akhir nye kawn ku ini ketemu jgk dgn org yg menyayangi nye.. semoga diorg akan ke jinjang pelamin & bahagia ke akhir hayat.

walau pun namo tunang dia ni agak alegik tuk haku , tp x pe ler.. ku trima je ler huhuhu.. hope beliau akan bahagia kan kwn aku ni..

pelamin mini.. cute kan ?

deco yg di buat sdiri oleh kwn haku

sesi sarung cincin ..


we ..

** wink wink : huhuuh entah nape bile dia bgtau nk bertunang , aku rs syahdu bangat .. uhhuhu.. rs cm lama sgt aku nk tungu kaba gumbira tu .. akhir nye smp jgk waktu nye..

semoga kalian bahagia ...


Kalau Ingin, Belajarlah....

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil


jom kenali L.E.L.A.K.I


L : LAGAK
Lelaki adalah kaum yang dilahirkan dengan LAGAK dan penuh gaya. Mudahnya, lelaki suka menonjolkan dirinya di khalayak sebagai seorang yang hebat dan istimewa berbanding kaum hawa yang selalunya lebih low-profile. If you all tak percaya, cuba you all cuba lihat kekawan lelaki sekeliling you all. Lelaki sejati sememangnya eksen!

E : EGO
Lelaki merupakan kaum yang EGO. Dah puas ngan lagak, kita criter bab yang memang tak silap lagi milik lelaki. Keegoan yang tinggi hadir dalam jiwa lelaki kerana sifat semula jadi lelaki yang ingin dilihat sebagai hebat dan berbeza. Jangan marah kalau si lelaki ego kerana itulah lelaki beb!
L : LEMAH
Lelaki nampak macam hebat tetapi LEMAH pada kaum Hawa. Ini dah memang jadi fakta dalam diari kehidupan. Fasal itulah selalunya insan yang berpasangan memang risau bila si lelaki mula rambang mata dengan si jelita di sekeliling yang ada. Kaum Hawa bukan setakat mampu memporakperandakan dunia lelaki, tetapi lelaki pun boleh diperhambakan kaum Hawa jika
keadaan memaksa. You all pikirlah sendiri...

A : AZAM
Lelaki adalah kaum yang penuh AZAM dalam kehidupan. Tak kisah daripada segi apa tapi lelaki memang penuh dengan keazaman. Tiap awal tahun diari tahunan dah penuh dengan impian. Boleh dikatakan semua lelaki punya impian inginkan pasangan yang tercantik dan terhebat di mata ramai. Sifat ini wujud kerana lelaki itu punya LAGAK dan EGO yang tinggi. Tak mainla dapat awek yang kureng dari yang lain...ini ayat biasa pada lelaki...!

K : KASAR
Lelaki secara asasnya adalah seorang yang KASAR. Memang betul pun. Kalau dah namanyer lelaki dah pasti lebih kasar daripada pompuan. Pasal tu bila ada kaum Hawa yang lebih kasar ramai lelaki rasa geli geleman beb. Kot namanyer pompuan kenalah sifatnya lemah lembut dan feminin beb. Apa klas dapat awek yang kaki pukul dan berotot kental!!! Ngeri!

I : ILTIZAM
Lelaki adalah kaum yang punya ILTIZAM dalam kehidupan. Maksudnya lelaki punya tekad yang hebat dalam mencapai impian. Ini sedikit berbeza daripada AZAM kerana ILTIZAM disertai dengan tindakan dengan tekad yang tinggi. Ramai lelaki mencorakkan kehidupan dengan ILTIZAM yang terhebat agar pencapaiannya berbaloi untuk dibanggakan bagi memenuhi LAGAK dan EGO diri. Tak percaya, lihat keliling dan nilaikan....




Jom orderrrrrrr

salam sume..

lama plak rs nye x tepek hasil hobi baru ku ini..

now pun aku x bape ado mood huhuhuhu .. berdebor2 tunggu akhr bln ni..

yg aku dok jait pun tuk akil.. nnt haku tepek yek .. mmg lain dr yg lain skit ler..

ni haku wat tuk kwn2 haku ..




Menghargai Ibu Bapa

Banyak sumbangan daripada seseorang bernama ibu.

Antara adab sopan yang melambangkan penghargaan kepada ibu bapa ialah:

Anak mestilah mendengar nasihat ibu bapa ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Sebagai anak kita tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada ibu bapa.

Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa paling kurang berdoa sebanyak lima kali sehari selepas solat fardu.

Menjaga kebajikannya seperti makan minum dan kesihatan ibu bapa sepatutnya memberi belanja bulanan ikut kemampuan kita apatah lagi jika mereka miskin. Bagi ibu bapa yang mampu, pemberian itu satu penghargaan.

Anak-anak jangan menyanggah atau menentang ibu bapa. Layani dan hormat mereka dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. Ini mengelak diri daripada menyakiti hati ibu bapa.

Hanya satu perkara boleh ditentang, jika ibu atau bapa itu menentang ajaran agama Allah. Tetapi ini jarang berlaku.

Jangan sesekali bersikap keras, kurang ajar, marah kepada ibu bapa. Gunakan bahasa sopan ketika bercakap dengan mereka walaupun menegur kemungkaran.

Jangan sampai retak perhubungan mesra dan kasih sayang dengan ibu bapa. Jika bersama pasangan balik kampung atau bersama dengan ibu bapa jangan bermesra sangat depan mereka, lebihkan ibu bapa.

Jika ibu bapa sudah tua dan uzur jagalah kebajikan dan kesihatannya. Jangan menghantar ke rumah orang tua. Ini bagi mengelak perasaan dan jiwa ibu bapa tersisih atau dipinggirkan.

Jaga dan layan ibu bapa yang tua dan uzur dengan sabar serta tabah. Gembirakan ibu bapa dan berikan kebahagiaan dijaga dengan baik anak sendiri.

Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibu bapa yang bermaksud:

“Dan, Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14)

Daripada firman itu Allah memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa dan manusia wajib bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada mereka.

Jika ibu bapa meninggal dunia, beberapa perkara kebaikan dan adab baik untuk ibu bapa antaranya:

# Berdoa dan beristighfar – memohon Allah kurniakan keampunan supaya dimasukkan mereka ke dalam golongan orang yang soleh.

# Menyempurnakan perjanjian, jika ibu bapa mengikut sebarang perjanjian dengan orang lain.

# Memuliakan sahabat handai si mati. Anak hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat handai si mati seperti yang dilakukan oleh ibu bapa ketika hayat mereka.

# Menyambung silaturahim kepada orang lain yang tidak sempat disambung oleh si mati sebelum meninggal dunia.

Hanya orang yang mempunyai anak akan tahu betapa cinta ibu dan bapa kepada anaknya. Mereka tidak mengharapkan balasan daripada anaknya. Balasan untuk ibu bapa daripada anak ialah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.

Hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.”

Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya; “Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mengenal orang tuanya. Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam atau putih peribadi seseorang anak itu, seperti sehelai kain putih”.



Thursday, December 23, 2010

Malay gay man gets threats




http://www.dailychilli.com/news/8482-malay-gay-man-gets-threats



A Malay-Muslim gay man in Malaysia says he fears for his safety after speaking about his sexuality in an Internet video that attracted online death threats and accusations by religious authorities that he is insulting Islam.

Azwan Ismail told The Associated Press in a telephone interview on Tuesday he was taking safety precautions following fierce criticism in this conservative, Muslim-majority country over his clip, which has been viewed more than 140,000 times on YouTube in just six days.

The segment, titled 'I'm Gay, I'm OK,' features the 32-year-old engineer encouraging other gay Malaysians to be confident in themselves.

To watch him, click http://www.youtube.com/watch?v=SJLSteQIcms

It is part of a series of interviews posted online by gay rights activists since last week, but Azwan has attracted heavy attention because he is the only one from Malaysia's ethnic Malay Muslim majority so far.

'I don't know what to expect next,' Azwan said Tuesday in his first comments to the media after his nearly three-minute clip was posted Dec 15. Other gay Malaysians featured in the 'Independent Sexuality' video campaign so far are mainly ethnic Chinese non-Muslims, who generally face less of a public stigma about homosexuality.

Azwan said he has tried to avoid going out alone or lingering at public places after a few of the 3,000 people who commented on his video issued death threats and many others rebuked him.

He has also made his personal details more private on social media websites.

Although Azwan's face appears clearly in the video, he declined to be photographed for the AP interview.


Kindest regards,
~smarties~


** wink wink : dgn Allah s.w.t ko x takut plak ye.. dgn manusia ko takut plak bile cite dh terbongkar... moge ko ni , dpt petunjuk...

Sizzling Yee Mee




Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.



Cinta Buat Ibuku


Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta

Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu
Mengasihimu ibuku
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu

Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cume seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat

Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini...




::Isu tudung lagik...::

ni apo kes ni .. aduyai , nk sgt pakai lace .. ku ye pun cek le dulu ...

wat malu cameraman je


Budak Pandai


Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan
perhatian.

1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan

"Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".

Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu
jahat sikit.

Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!"

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Ustazah tanya lagi soalan.

"Sape pencipta alam dan segalanya?"

Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan.

"Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suam setiap kali sebelum
tidur?"

Budak tu cocok lagi.

Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata

"Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap!!"

Ustazah tu tros pengsan