KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Thursday, August 4, 2011

KEBAIKAN KURMA

.

Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.


18 comments:

  1. sahur td mkn gak kurma tp lemau gak.. heee~

    salam kenal jugak..;)

    ReplyDelete
  2. mynameismy >> oh yeker... ? xper2, permulaan pose mmg ado yg gitu ... next week insyallah ok..

    Tq sudi singgah

    ReplyDelete
  3. berbuka dengan kurma..pastu air..pastu mertabak..pastu nasik..pastu....

    hilang terus khasiat kurma tu kan? digantikan kolestrol segala...terus mate ngantuk

    ReplyDelete
  4. daku kureng sikit kurma...

    nampak gaya lil dadif pon cam mengikut jejak kuh...

    mmg not gud kan...

    =)

    ReplyDelete
  5. Diana @ bilakukatacinta >>> wakakak biasak le tu , lg2 time awal2 pose... dugaan tinggi dik non

    ReplyDelete
  6. bonda dadif aka akish >> awat plak ? rugi ler x makan kurma.. cm akil dok melantak kurma je.. pehtu kenyg , mule ler ibu dia bertuko jd singa psl dia x nak makan nasi .. dlm org lepas terawih baru dia makan nasi

    ReplyDelete
  7. ah entry kita sama la, sya pun but entry pasal kurma gak.suka kurma

    ReplyDelete
  8. Sewaktu kakak mengandung dulu memang kena makan bukan kerana tahu fadhilatnya tapi kerana mudah nak buang air besar. Doktor yg menasihatkan kakak. So kenalah makan setiap hari diselangseli dgn buah prune...

    ReplyDelete
  9. misya >>> heheh samo ye.. sehati sejiwa, ahkak pung suke kurma

    ReplyDelete
  10. Kakzakie >>> zr pun samo kak , mmg bedal kurma banyak2 pun time ngndung, tu yg anak bijak dr ku tu huhuhuhu...

    ReplyDelete
  11. mmg elok amalkan kurma.. eB slalu amek ms preggy

    ReplyDelete
  12. aku reti mkn kurma time puasa jer...huhu..
    padahal bukan main byk khasiat dia kan?

    ReplyDelete
  13. terbukti kan dik ..

    suke yg YUSOFF TAYOB ! :))

    ReplyDelete
  14. Kurma kegemaran ku...Kurma Madu Yusof Tayyoob.....terangkat beb...

    ReplyDelete
  15. eB ezrin >> betui2... mmg suke makan kurma time ngndung

    ReplyDelete
  16. wahida >> wakakakak bukan ko je , haku pung.. psl time pose le banyak di jual , tp x pose.. x tau nk crik kt ner

    ReplyDelete
  17. sis ieda >>> samo le kite sisss

    ReplyDelete
  18. Aleyn << dia kilat2 ker? .. uhhu ix suke yg ado madu , manis bangat

    ReplyDelete

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah