KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Monday, January 31, 2011

MARI BERCINTA- TIP RAPAT KAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Bacaan khas untuk pasangan suami isteri. Yang belum berkahwin, boleh baca juga tetapi jangan diaplikasikan sekarang. Tunggu bila masanya tangan Tuk Qadhi dah digoncang ya..he he

Mari kita bercinta. Semarakkan lagi cinta anda , suami isteri. Yang dingin, dihangatkan. Yang mesra , dimeriahkan lagi.

1. Selalu kemas dan hias rumah cantik – cantik.

2. Letakkan sekuntum bunga ros merah di atas meja makan. Tak perlu sejambak. Harganya cuma rm1.50 sudah cukup memberi perbezaan besar dalam hubungan suami isteri. Cuba la…anda pasti akan bersetuju dengan saya.

3. Nak lagi mengancam, letak sekuntum ros merah juga di bilik tidur.

4. Nak lebih terancam, cuba letak sekuntum ros merah di bilik air. Anda tidak akan menyesal!

5. Ubah penampilan tidur anda dengan si dia. Cuba gaun tidur yang seksi berwarna merah ! Elakkan warna lain lebih – lebih lagi hitam. Tiada siapa yang nak berkabung di malam itu.

6. Elakkan makan 3 jam sebelum masuk ke kamar tidur.

7. Elakkan memakan budu, tempoyak, jeruk petai atau bawang putih. Anda bukan nak tidur bersama pontianak, sayang…he he he

8. Mandi awal – awal sebelum 8 malam. Agar suami terbau kewangian dan kesegaran anda sepanjang malam.

9. Siapkan anak – anak, suapkan mereka makan malam dan tidurkan mereka awal – awal.

10. Tukar cadar baru. Beri sedikit penampilan baru di bilik. Pasti suami teruja.

11. Makan malam berdua – duaan bersama suami, santai dan relaks. Suapkan suami juga. Cukup di rumah, tidak perlu menghabiskan duit makan di luar dan meninggalkan anak.

12. Elak topik berat – berat semasa makan malam. Cuba imbas semula saat – saat manis awal perkenalan, pertunangan dan pernikahan.

13. Cuba amalkan mandi bersama suami.

14. Wangikan rumah, bilik tidur atau bilik air dengan wangian kesukaan. Hati – hati memilih wangian, jangan terpilih bau yang menyakitkan hidung dan memeningkan kepala. Spoil his mood.

15. Tidak salah, anda memeluk suami bila berdua – duaan. Sentiasa menyentuh tangan atau badan suami.

16. Amalkan memotong kuku suami. Kalau ada kemahiran, gunting rambut atau cukur misai janggut suami. Tetapi kalau tak yakin, leave it to barber. Anda tentu tidak mahu mencederakannya, kan.

17. Jangan lupa urut atau usap suami. Urutan cukup melegakan badan dan fikiran yang stress.

18. Sesekali cuba menggatal dengan suami. Gedik dan godanya dengan jelita dan normal… Jangan over lak. Nanti tak lalu si dia nak menengoknya..he he he .Malu? Apa nak malu dengan suami sendiri..kang perempuan lain gedik dan goda si dia, marah lak…he he he

19. Bila menonton TV bersama, sandarkan kepala ke bahunya. Peluk atau sentuh jari – jarinya dengan lembut. Tak buat, rugi wooo..

20. Jangan lokek untuk ucapkan I LOVE YOU kat suami setiap hari, setiap masa walau pun di depan anak. Malu? Amboiiii..nak bergaduh depan anak tak malu, malu lak nak berkasih sayang depan anak. Itukan contoh yang baik untuk anak – anak tetapi janganlah dengan aksi yang keterlaluan di depan mereka. Kita orang Islam, ada adab – adabnya, don’t forget it, darling…

Lakukan ini semua untuk suami tercinta, bukan untuk orang lain ya. Niat untuk mendapat keredhaan Allah swt , kerukunan dan keharmonian rumahtangga. Jangan abaikan perhubungan suami isteri. Suami isteri yang sentiasa berkasih sayang akan melahirkan keluarga hebat, rumahtangga berkat dan anak – anak cemerlang.








~~~Without you~~~

Mom,
without you,
there would be no me
your love, your attention,
your guidance,
have made me who I am.


Without you,
I would be lost,
wandering aimlessly,
without direction or purpose.
You showed me the way
to serve, to accomplish, to persevere.


Without you,
there would be an empty space
I could never fill, no matter how I tried.
Instead, because of you,
I have joy, contentment,
satisfaction and peace.
Thank you, mom.
I have always loved you
and I always will.



MARI BERCINTA - TIPS CINTA TAKKAN LAYU UNTUK SUAMI ISTERI

Assalamualaikum Jelitawans dan Mr Jelitawans yang dihormati,

rasa hambar dengan ikatan perkahwinan anda berdua? Perasaan cinta perlahan – lahan menghilang? Sebab dah lama kahwin atau sebab dah ramai anak? Isteri semakin mengembang atau suami semakin memboroi? Silap besar tu ! Lagi lama sepatutnya lagi manis, ibarat memakan tebu, semakin ke penghujung semakin manis. Pahit, payau, kelat, masam atau manis, kita yang pilih…..

Sila baca tips di bawah. Kalau suka, alhamdulillah, tak suka , no hal.

1. Solat berjemaah

2. Makan berjemaah ( makan bersama ). Menunggu untuk makan bersama suami melainkan kalau ada hal tertentu.

3. Makan dari pinggan yang sama ( berkongsi). Tidak salah kalau anda makan dari bekas pingan suami atau sisa makanannya.

4. Sentiasa temankan suami makan dan melayannya ( WALAU ANDA SUDAH BERANAK 10, ANDA WAJIB MELAYAN MAKAN MINUMNYA. CEDUK NASI, TUANGKAN AIR DAN SEBAGAINYA…JANGAN DIABAIKAN. NAMPAK REMEH TETAPI INILAH ANTARA FAKTOR TERPENTING DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN MESRA SUAMI ISTERI)

5. Kalau anda sudah kenyang, apa salahnya anda join suami makan sekali lagi dengan niat untuk temankan dia. tetapi jangan makan yang berat – berat, makan sup sayur atau buah. At least you eat something with him.

6. Sebelum suami merebahkan badan ke tempat tidur, kibas atau tepuk bantal dan tilam . Tindakan ini boleh menghilangkan habuk , serangga yang tidak nampak di mata atau kotoran.

7. Pasang ubat nyamuk atau gantung kelambu awal – awal.

8. Pastikan anda menyediakan bantal yang cukup dan selimut yang bersih untuk suami.

9. Siapkan baju tidur yang selesa dan disukai oleh suami. Kalau suami suka tidur dengan kain pelekat , maka sediakan kain pelekat yang bersih untuknya. Jangan diberi pakai kain pelekat yang dah berhari -hari tak berbasuh.

10. Sebelum tidur, ambil wuduk, baca doa dan surah – surah pendinding.

11. Minta maaf dengan suami kalau – kalau anda ada tersilap atau terkasar pada hari itu atau anda mungkin tanpa sedar tidur membelakanginya. Seterusnya cium tangan beliau.

12. Mendoakan keampunan kepada suami, ke dua ibu bapa , anak – anak dan seluruh muslimin muslimat.

13. Bisikkan nama penuh suami ke telinganya satu persatu, dengan suara yang lembut dan penuh perasaan. ( Ini tips yang termahal! rugi kalau tak buat)

14. Lakukan aksi di atas berulang – ulang sehingga anda puas hati …saya gerenti pasti dia suka !( rasanya kalau anda minta apa masa ni, sure suami kabulkan…he he he )

15. Oh ya , baru teringat…digalakkan memakai baju atau kain pelekat suami ketika nak tidur. Sharing is caring, caring is loving.




Sunday, January 30, 2011

Renungan Buat Suami Yang Merasakan Isterinya Kuat Berleter

Ada tak isteri yang tidak berleter? Susah menemukannya.Bahkan isteri Khalifah sehebat Umar bin Khatab pun sama.Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab.Dia ingin mengadu pada khalifah, tak tahan dengan leteran isterinya.Begitu sampai di depan rumah khalifah,lelaki itu terkejut.Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang berleter, marah-marah. leteran isteri khalifah melebihi leteran isterinya yang akan diadukannya pada khalifah Umar.

Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah.khalifah Umar diam saja, mendengarkan istrinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki tersebut mengurungkan niatnya,membatalkan pengaduan isterinya kepada khalifah Umar.Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya berleter? Mengapa dia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, dia selalu tegas pada siapapun?.Umar berdiam diri karena ingat 5 hal.Apakah 5 hal tersebut?.


1. Isteri sebagai benteng Penjaga Api Neraka

Kelemahan lelaki ada di mata. Jika dia tidak boleh menundukkan pandangannya, niscaya panah-panah syaitan akan terkena pada matanya,membidik tubuh-tubuh yang elok di sekelilingnya. Panah yang tertancap membuat darah bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal,syahwat.Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari.Isteri adalah tempat dia mengalirkan berjuta gelora.

Biar lepas dan bukan azab yang kelak akan diterimanya.Dia malah mendapatkan dua kenikmatan, dunia dan akhirat.Maka, ketika Umar terpikat pada lenggokkan penari yang datang dari kobaran api, dia akan ingat pada istrinya, pada penyelamat yang melindunginya dari lenggokkan indah namun membakar.Bukankah sang istri dapat menari, bernyanyi dengan lenggokkan yang sama, malah lebih indah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu istri yang solehah selalu menjadi semangatnya dalam mencari nafkah.


2. Isteri sebagai pemelihara Rumah

Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Dia mengumpulkan dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya.Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada istri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tidak menjadi sia-sia.

Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran.Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula dia mau dibayar. Niscaya susah menemukan pemelihara rumah yang lebih prihatin daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya dia mendengarkan leteran isterinya, kerana (mungkin) dia penat menjaga harta-harta milik suami yang semakin hari semakin membebankan.


3. Isteri sebagai Penjaga Penampilan

Umumnya lelaki tak pandai menjaga penampilan. Kulit hitam legam tapi pakai pula pakaian warna gelap.Tubuh pendek malah suka pakai baju saiz besar. Atas dan bawah selalu tak sepadan. Untunglah suami punya penata busana yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilih apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang, menampal bila ada yang koyak. Suami yang tampil menawan adalah wujud keprihatinan isteri.Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecekapannya itu.


4. Isteri sebagai pengasuh anak-anak

Suami menyemai benih di ladang istri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan istri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Istri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Kukuh dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang dipersalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke hadapan.Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar paham benar akan hal itu.


5. Isteri sebagai penyedia Hidangan

Pulang kerja, suami kepenatan. tenaga terkuras, beraktiviti seharian. Dia memerlukan makan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami Cuma tahu ada hidangan, ayam panggang masak kicap, sayur asam, sambal belacan dan ulam. Tak terpikir olehnya harga ayam melambung, tadi pagi istrinya sempat berdebat,tawar-menawar,kerana harga melebihi bajet.

Tak perlu suami memotong sayuran, cili dan bawang. Tak pening dia memikirkan berapa ukuran perencah agar rasa sesuai di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang dengan jumlah berlebihan, meninggalkan sedikit saja untuk isteri si tukang masak. Tanpa sedar isteri selalu menjadi tukang masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam memori makanan apa yang disuka dan dibenci suami.

Dengan mengingat lima peranan isteri ini, Umar kerap diam setiap istrinya berleter. Mungkin dia penat, mungkin dia lelah dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang istri, tak mengapa kalifah umar mendengarkan keluh kesah isterinya.

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasehati, dengan cara yang baik, dengan bergurau. Hingga terhindarlah pertumpahan ludah dan caci maki tidak terpuji.Akankah suami-suami masa kini dapat mencontohi perbuatan kalifah Umar ini.Kalifah umar tidak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.

WallahuAlam.



Saturday, January 29, 2011

KAmi akan ke sini ... jom jmp kami

salam sume..

time korg baca entry ni , rs nye haku dh otw ke tmpt ini... nak cuti2 msia sambil sambut bday mama haku ..

so sapo2 kt sini, yg nak jmp haku .. coling2 haku yeeeeee

doa kan kami selamat pergi & pulang



Friday, January 28, 2011

ada org pangil Nip-nip.. ada pangil tekan-tekan ..

alohaaaaa.. tgh wat pe uols..

smlm haku ajak pak ajil jalan2 ke care4 husein on, cz haku nak beli brg2 umh ler kan .. nk masak skit2 kt umh baru, brg2 mentah dh licin..

then akil plak ajak pusing2 kt tmpt alat tulis.. dia nak suh belikan dia nye pensel color.. mmg dia suke nak colour2 skang ni.. pantang nmpak buku.. tp ok ler kan dari conteng dinding, mau pitam di buat nye..

tetiba aku nmpak pensel ni.. emm tingat kenangan zaman skolah .. pensel ni glamor kan ..


MEnu time Akil berpantang

salam sume..

nmpak gambo di bwh ..heheh ni le masakan yg aku cipta sdiri ..

time ni haku dh pening pe ler nak kasi akil makan cz dia berpantang (lepas sunat).. dgn x leh makan ayam & teluq ..huihh mmg menguji minda betui cz ayam & teluq ler paling dia suke..

bile dok belek2 peti ais mama haku .. xdak plak brg, aku maleh nk masak ikan , cz keras dlm peti ais time tu , take time le plak nak de-frost..

sekali haku nmpak daging cincang yg agak lembut, pe lagi .. terus otak ku dok berpusing2, pk cmner nak masak tuk budk2 suke..

terus haku gorg kentang , time tu haku tumbuh2 lada itam perap dgn daging + skittt jintan putih ..pehtu goreng plak daging kasi lembut....bile dh agak2 kering skit ketepikan , then haku tumis bwang merah/putih(haku suke masuk banyak bwg merah)..pehtu tmbah halia skit.. then dh agak2 wangi masuk air.. tmbah skit tepung jagung.. (masakan ni ala2 masak halia ler)..bile dh agak2 pekat , masuk ler gula.garam & serbuk perasa(skit je)...then masuk dging & kentang td.. pehtu masuk karot ..tp kalau korg nak masuk mcm2 benda lg, bley jek... haku kene ringkas kan cz akil dh lapo bangat ...

bile dh mendidih ... siappppppppppppppp leh di hidang...

time aku hidang , aku takut jgk ...takut akil x makan, sekali 2 pingan dia bertambah ..syukur. Then aku g mandi, bile ingt nak makan tgh hari..sekali lauk ni dh nak licin...rupe nye abah, mama & adik2 aku dh selamat makan...diorg ckp sedap ..


** jom le try .. leh kato hari2 ler aku wat , cz akil suke..

Syukur alhamdulilah... rezeki...HAKU DPT ANG PAW maaa

salam sumeeeee

teruja ooooooo.. sapo yg x sonok dpt ang paw..

ni plak tetiba ado contractor opis dtg (tq Mr Lau) , dia kasi ang paw(dia mmg , hari raya pose pun dia kasi duit raya tau).. ehhehe harus le sonok kan .. akak secretary aku pun dpt jgk , pe lagi nak belasah makan Pizza lewwww.. yg lebih simpan dlm tabung..

muke haku tanpa make up setelah 1 month pakai Safi Rania Gold..

amacam ? ok dak ?

Kisah tiga anak dara



Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."



Thursday, January 27, 2011

Lakukan Yang Terbaik Bermula Dari Perkara Kecil

Setiap hari adalah hari baru.

Jangan cemarkan hari ini dengan mengingat balik kesilapan-kesilapan lalu. Anda akan hidup di masa lalu, menjadikan Anda sukar untuk bersemangat pada hari ini. Anda terhalang mencipta kehebatan pada dari ini dan hari di masa depan.

Segala yang dah berlaku, biarkanlah berlalu. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Tetapi, Anda masih boleh mengubah hari ini dan hari di masa depan Anda. Anda masih ada peluang melakar kecemerlangan bila-bila masa pada hari ini.

Bertekadlah cemerlang hari ini. Buat yang terbaik!

Jika Anda menyediakan sarapan untuk keluarga, hasilkanlah yang terbaik.

Jika Anda menggoreng mee dan membancuh kopi untuk santapan keluarga di pagi ini, hidangkahlah mee yang paling sedap pernah Anda hasilkan.

Bukan buang tebiat, tapi untuk melatih diri Anda menghasilkan tahap terbaik dalam apa jua yang Anda lakukan, bermula dari perkara-perkara kecil dan perbuatan asas bermula dari rumah.



Lima perkara sebelum lima perkara


Daripada Abdullah Bin Abbas R.A:

Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara:
Muda sebelum engkau tua,
sihat sebelum engkau sakit,
kaya sebelum engkau miskin,
kelapangan sebelum engkau sibuk,
hidup sebelum engkau mati.

~Al-Hakim



PENGAJARAN : Kisah Pengurus, Anak Dan Seorang Ibu

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon,pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak".

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya".

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".Gadis itu menjawab, " Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi.Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti . Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya
"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".

Gadis itu menjawab
"Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab. "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya.Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah.Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya.Prestasi syarikat juga semakin meningkat.




Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

Solat Sunat Tahiyyatul Masjid merupakan solat sunat yang didirikan ketika memasuki masjid sebaiknya sebelum duduk.

Solat ini amat digalakkan dan seseorang itu digalakkan melakukan sunat Tahiyyatul Masjid walaupun ketika kutbah Jumaat sedang dibacakan pada hari Jumaat. Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w. sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki.
Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum!

Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah! (Sahih Muslim)


Tertib Tahiyyatul Masjid

Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:
yang bermaksud "Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, bukakanlah pintu-pintu rahmat dan restu-Mu"


Niat

Lafaz niat solat Tahiyyatul Masjid ..Ertinya : "Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Hadis Berkaitan

Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid) [2]

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: "Nabi berhutang denganku. Lalu baginda membayarnya lebih daripada hutang baginda itu. Seterusnya aku memasuki masjid, lalu baginda berkata kepadaku: Sembahyanglah dua rakaat!" [3]


Hadis Kaab bin Malik r.a:

Kebiasaannya Rasulullah s.a.w kembali dari musafir pada waktu siang hari iaitu pada waktu Dhuha. Apabila kembali, baginda terus menuju ke masjid dan selepas mendirikan sembahyang dua rakaat baginda pun duduk [4]

Imam Malik berpendapat dan berpegang bahawa larangan mengerjakan solat selepas menunaikan solat Asar lebih keras daripada suruhan mengerjakan solat tahiyat masjid. Dengan demikian, beliau melarang penuntut-penuntutnya mengerjakan solat tahiyat masjid sekiranya mereka masuk ke masjid di antara waktu asar dan Maghrib. [5]
[sunting]Pendapat Imam Malik

Pada suatu hari Imam Malik masuk ke masjid selepas Asar di Masjid Nabawi dan terus duduk tanpa terlebih melakukan solat tahiyat masjid. Ketika beliau hendak duduk, seorang budak menyuruhnya mendirikan solat tahiyat masjid. Imam Malik segera bangun dan menunaikan solat tahiyat masjid.

Apabila selesai mengerjakan solat dua rakaat itu, penuntutnya bertanya sama ada pendapat dan pegangannya sudah berubah. Beliau menyatakan pendapatnya tidak berubah, tetapi beliau melakukan solat sunat ketika itu kerana takutkan Allah menggolongkan dirinya dalam golongan mereka yang ingkar pada ayat Quran Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): Taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka enggan mengerjakannya. (al-Mursalat 77:48) [6]
]Permasalahan Mengenai Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

Seorang jemaah sampai ke masjid pada waktu Zuhur dan bilal sedang melaungkan azan Zuhur, dan jemaah tersebut belum menunaikan solat Tahiyyatul Masjid. Dalam keadaan ini, apabila masuk waktu solat Zuhur, jemaah tersebut mempunyai dilema sama ada untuk menunaikan solat Tahiyyatul Masjid ataupun Solat Sunat Rawatib. Dalam keadaan ini, Islam mensyariatkan bahawa solat yang lebih berhak ke atas jemaah tersebut pada waktu itu adalah solat sunat Rawatib Zuhur dan bukannya solat sunat Tahiyatul masjid. Dengan mendirikan Rawatib Qabliyyah Zuhur, ulama mengira sudah memadai dan mendapat fadilat sunat Tahiyatul Masjid.


(Mohd. Farid Ravi Abdullah - Utusan Malaysia Bicara Agama




CUCU CHEF WAN



cute bangat







Wednesday, January 26, 2011

KURANG AJAR BETUL PEMANDU NI

Salam kengkawan sume..

dh mkn mlm? ni kes haku geram pagi td.. bkn haku je, pak ajil le extreame geram ..

as usual le weols dtg keje naik moto , pehtu ikut laluan paling tepi ler aka laluan kecemasan psl motor kan .. x kan nak lalu jalan keto plak, kang ado yg tersadai tgh jln ..

then smp 1 jln ni.. kalau dh pagi2 korg tau je ler jalan sure jem kan .. pehtu ado le 1 kete ni , kalau x silap kete VIVA warna silver ... tetiba masuk ke laluan kecemasan (belah kiri jalan) & nyaris2 terhimpit kami... mmg time tu aku berdebor2 rs nye.. cuak giler, pak ajil pe lagi ..kejor kete tu ..

yg bangang nye, kete tu nak pecut lari, tp kalau dh jem .. nak cilok smp ke mana pun.. kalau ikut hati tu pak ajil nak je sepak pintu kete mangkuk tu .. cz dia bkn nk angkat tgn mintak maap ker.. lagi mau lari .. mmg sengal .. geram tui le kami ni..

siap aku ingt no plat dia.. MBC 7226 kete silver viva ..dah ler ado stiker 'P'... sure lesen beli ..

memula aku ingt kan polis psl dia pakai cm topi kedet tu , ala yg senget ke tepi tu (entah pe nama nye).. then bile kiteorg kejo, dia pakai bj itam .. melayu plak tu ..

* sila2 ler berhemah di jalan raya...xkan dh langgor org baru nak beringat kan ..

(Gambar) Jejai & Nora Danish Bercuti Sakan Di Jepun


Nah, ini dia buah tangan untuk peminat Nora Danish ketika dia bercuti di Jepun bersama keluarga bekas mentua & bekas suami, Jejai. Dan, ini juga percutian yang membuatkan Fasha Sandha merajuk dengan Jejai, sehingga membawa diri ke Bali bersama-sama rakan.

Jelas nampak, keluarga Jejai amat selesa bersama Nora Danish, ditambah pula dengan kehadiran Rayqal sebagai penyeri keluarga. Ha, kami jamin kalau Fasha Sandha nampak gambar ini, memang meraung’lah jawabnya. Enjoice 8 gambar percutian versi honeymoon Nora Danish bersama Jejai selepas ini.

** wink : heheh sian si fasha sendat ... meraung le sorg2...

nak tgk gambo2 lg .. clik SINI

Penggali Kubur Jumpa Otak 20 Tahun Dalam Tanah Masih Elok




SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.

Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia.

Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah.

Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.

Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.

“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.

“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.

“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.

“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya.

Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya.

Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur.

“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.

“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda,” katanya.

Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna.

“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini.

“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hambanya yang melakukan kebaikan,” katanya.

Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran. -MC

Ulasan MC

Benar, ia kebesaran Ilahi. Apatah lagi apabila " otak " itu semasa di atas dunia ini digunakan untuk merenung tanda-tanda kebesaran Ilahi serta yang memahamkan sifat-sifat Allah, Rabbul Jalil. Tentulah Allah menyayangi " otak " sedemikian, bukan otak yang hanyir yang hanya memikirkan bab-bab duniawi dan "ghairulllah" (yang lain daripada Allah)




Petua cabut gigi




Semalam, aku telah cabut sebatang gigi geraham (bawah sebelah kiri) kerana gigi tersebut dah berlubang dan rosak.



Pagi ni, bila aku masuk kerja, ramai kawan aku tanya ;

“Eh, sakit tak cabut gigi?”

“Mahu nya tak sakit. Meleleh air mata aku menahan sakit tau.” , jawab aku spontan.

Memang betul pun. Doktor pun ada cakap. Paling sakit, cabut gigi geraham lah. Sebab tunjangnya panjang.


Dalam entri hari ni, aku nak kongsi beberapa petua @ tips untuk cabut gigi.

Kalau nak cabut gigi, jangan cabut waktu tengahari sebab nanti darah banyak keluar dan lambat kering. Cabut gigi seelok-eloknya pagi sebelum pukul 11 atau sebelah petang selepas pukul 5 petang.

Sebelum cabut gigi, disarankan untuk makan kenyang-kenyang. Sebab lepas dah cabut gigi nanti, mulut masih rasa kebas, darah masih keluar dan susah nak makan.
Selepas cabut gigi, eloklah untuk minum air sejuk (ais), tak kisah lah air sirap ker, air cincau ker atau teh o ais limau. Yang penting air tu mesti sejuk (ada ais) agar luka kesan cabutan gigi cepat mengecut / sembuh.

Kalau boleh, cari dentist (doktor gigi) yang paling anda suka dan service nya professional. Jangan main redah jer kat mana-mana. Bukan apa, setidak-tidaknya kalau doktor tu bagus, boleh juga dia tolong ‘cool down’ @ tenangkan kita (especially orang yang phobia dengan dentist macam saya ni…huhu)



Hukum 'bersunat' atau khitan bagi wanita

Saya rasa, ada ramai orang yang masih kurang pasti tentang hukum ‘bersunat’ atau berkhatan bagi lelaki, lebih-lebih lagi hukum berkhatan bagi perempuan.

Kepada yang tidak tahu dan kurang pasti tu, sila baca artikel di bawah ini…


Soalan.
Saya seorang wanita yang telah berusia 30 tahun. Baru-baru ini saya telah mengetahui bahawa saya tidak dikhitankan ketika masih kecil. Adakah saya wajib berkhitan sekarang?


Jawapan.
Berkhitan atau disebut dalam istilah orang-orang Melayu sebagai berkhatan adalah suatu yang diwajibkan ke atas lelaki dan perempuan.Oleh itu seorang wanita yang belum berkhitan, dan hanya mengetahuinya ketika sudah menjangkau usia 30 tahun, maka tetap juga diwajibkan supaya berkhitan.

Ini adalah berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud : Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu : “berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai”.

Walaubagaimanapun dia tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhitan sewaktu kecil kerana dia tidak mengetahuinya.

Tetapi apabila dia mengetahuinya, maka berdosa jika melalaikan kewajipan ini. Bagi wanita adalah sekadar dipotong, atau sekadar berdarah pada klitorisnya. Perkara ini adalah tidak memberatkan dan tidak menyulitkannya. Jika meninggalkannya adalah berdosa dan termasuk dalam maksiat farji ( kemaluan ) .

Syeikh Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya yang bernama al-Zawajir mengatakan bahawa meninggalkan khitan sesudah dewasa sama ada lelaki atau wanita termasuk dalam dosa-dosa besar.

Oleh : Ustaz Zahazan Mohamed

p/s- Sudahkah anda bersunat? Kalau belum, pergi la ke mana-mana klinik untuk berkhitan yer. Jangan bertangguh lagi.



Tuesday, January 25, 2011

20 FAKTA YANG ADA DI TUBUH KITA

1. Setiap jam satu miliar sel di daam tubuh harus diganti.
2. Mata manusia bisa membedakan 500 warna abu-abu.
3. Tulang paha manusia lebih kuat dari beton.
4. Hati manusia mampu menciptakan tekanan yang cukup untuk menyemprotkan darah sejauh 30 kaki (9 m).
5. Mata kita selalu berukuran sama sejak lahir, tapi hidung dan telinga kita tidak pernah berhenti tumbuh.
6. Batuk rata-rata yang keluar dari mulut kita berkecepatan 60 mil (96,5 km) per jam.
7. Janggut adalah bulu yang tumbuhnya paling cepat pada manusia. Jika pria rata-rata tidak pernah memangkas janggutnya, makan hal ini akan membuatnya tumbuh hingga hampir 30 kaki dalam hidup.
8. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sampai si bayi berumur sekitar enam atau delapan minggu.
9. Setiap orang memiliki bentuk lidah yang berbeda.
10. Bersin dapat melampaui kecepatan 100 m/jam.
11. Sel-sel mati dalam tubuh kita akhirnya dibawa ke ginjal untuk eksresi.
12. Senyum adalah ekspresi wajah yang paling sering digunakan. Senyum dapat dilakukan di mana saja dari 5 hingga 53 pasang otot wajah.
13. Satu dari 20 orang memiliki tulang rusuk lebih.
14. Orang-orang dengan kulit gelap tidak akan mengkerut secepat orang dengan kulit terang.
15. Darah manusia melalui perjalanan 60.000 (96.540 km) per hari pada perjalanan melalui tubuh.
16. 85% dari populasi dapat menekuk lidah mereka ke dalam sebuah tabung.
17. Dibutuhkan tujuh detik untuk makanan untuk pergi dari mulut ke lambung melalui kerongkongan.
18. Hati wanita berdetak lebih cepat daripada laki-laki.
19. Dalam satu hari, jantung kita berdenyut 100.000 kalo.
20. Rambut terbuat dari bahan yang sama seperti kuku.



Payahnya Bila Atap Nak Jadi Tiang, Tiang Nak Jadi Dinding

SATU KISAH MOTIVASI UNTUK PARA SAHABAT

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya.

Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan ribut ini.

Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:
“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah
susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi
tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:
“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:
“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:
“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa.
Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

MORAL OF THE STORY:-
Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bila-mana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.



CERITA AYAM YANG MACHO



Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

v

v

v

v

v

v

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...



Spelling - Very important, Please read


One spelling mistake can destroy your life!


A husband wrote a message to his wife on his business trip and forgot to add 'e'at the end of a word...

"I am having such a wonderful time!
Wish you were her "

KEYCHAIN LAGI... MEH PAKAT ORDER

salam ..

uols dh lunch ke?

ni haku nak tepek hasil kerja ku ... ni pun bkn sume nye lg ni psl ado banyak lg x sempat snap.. & ado lg yg dlm proses nak menjait..

haku tunjuk skit2 je dulu yek , nnt dh siap haku tunjuk lg..

ni mostly order dari mak angkat akil.. haku kasi hadiah tuk anak dia, pehtu sekali 1 fmily dia order.. now jari2 haku agak bengkak jgk ler..wakakak dok hari2 ngadap jait... tp haku puas, sonok wat benda yg kite suke..

kebetulan pak ajil plak bz keje smp ke pagi .. cz company dia ado event .. dia plak jaga bahagian trasport.. bz ler jgk . Haku pun pe lagi, cargas ler siap kan tempahan keychain ni.. sib baik anak teruna ku pandai bwk diri .. x kacau haku wat kejo..











** wink wink : nak order jgn segan2 sms or email haku yek

Monday, January 24, 2011

DATANG BULAN

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "


Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."


Sakit tu sakit jgk .. tp kalau bab ni mmg xleh berpantang..

tgk ler gaya dak sorg ni, kalau tgh sakit2 tu pun dia leh sibuk carik mic nye.. mmg xleh nak di pisah kan ..

dgn bershawl je pun leh wat konsert..

now akil dh leh berlari smbil lompat2 dh .. lega je bila tgk luka sunat dia pun dh makin baik.. dia pun dh makin sihat .. mkn pun dh banyak.. kencing berak pun ok.. sgt2 ler lega ..

pehtu bile dia dh ok, hakuuuuuu plak yg sakit, siap gigil2 lg.. cz demam , terpaksa ku telan 2 ketui panadol huhuhu smbil di urut kaki oleh pak ajil (tq huby)..




AGAR-AGAR MILO

Sumber: Jthorge

Bahan (Lapisan Coklat)

8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
1 3/4 cawan air (letak hampir2 2 cawan)
1/3 cawan gula
3/4 cawan serbuk Milo

Cara-Cara:-

Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.

Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Bahan Lapisan Susu:-

10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
1 1/2 cawan air (lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
1/2 cawan gula
1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
beberapa titis esen vanila

Cara-Cara:-

Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
Masukkan gula n kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
Masukkan susu sejat dan esen vanila.
Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2



TAKKAN DH TERJONJOL BARU NAK SEDOR KUT.. INSAF LEW


salam sume..

korg kenal dak dgn awek ni? dia ni ler penyanyi suam2 kuku si syella tu ..

korg baca le pe statement dia kt paper masa diorg tegur dia psl bj dia pakai tu.



Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara. Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan. Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya. Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi.

aduyai le artis.. xkan ler sampai nak tunjuk buah dado sdiri baru ko rs ko glamor.. ingt2 ler kt fmily.. kato dulu susah nak crik makan nak sara fmily beso cz fmly miskin...now nmpak nye ko lg ler makin 'miskin' tatasusila... x takut dose ke?


Ini sebenarnya kita suka?

Kita sebenarnye lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnye lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnye lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnye lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnye lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

Kita sebenarnye lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnye lebih suka menyebut hello!.. hai!.. daripada Assalamua'llaikum

Kita sebenarnye lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid

Kita sebenarnye lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnye lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnye lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama

Kita sebenarnye lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnye lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnye lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan

Kita sebenarnye lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita

Kita sebenarnye lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI...

Kita sebenarnye lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.

Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."

(Surah Al Mu'min; ayat 39-40)



Sunday, January 23, 2011

Solat Dhuha adalah KUNCI REZEKI

SEMBAHYANG DHUHA


Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )





Saturday, January 22, 2011

RENUNGAN

Apabila kasih sayang itu lahir daripada iman, ia akan kekal. Apabila kasih
sayang itu kerana keduniaan, ia tidak akan kekal, boleh jadi ia disudahi
dengan permusuhan.

Apabila sesuatu bangsa itu Allah anugerahkan kemajuan dan pembangunan
yang pesat secara istidraj bukan atas rahmat-Nya. Pasti akan berlaku kerosakan
di sudut-sudut lain terutama di sudut akhlak, hingga kemajuan dan tamadun
fizikal itu sudah tidak ada nilai.

Apabila manusia telah rosak, hiduplah mereka dalam ketakutan. Si kaya takut
dirompak. Orang yang berilmu takut dijauhi orang. Yang berpangkat dan berjaya
takut didengki orang yang berkuasa takut dijatuhkan orang. Si miskin takut
dihina orang.



Tanda-Tanda Awal Kanser

1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,sakit selepas bersenggama dan turun berat badan..

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit dibuah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafastermengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukarmenelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan(6) Tembakau

(2) Alkohol(7) Radiasi

(3) Sinaran cahaya matahari(8) Pekerjaan

(4) Pengambilan ubat(9) Pencemaran air dan udara

(5) Perokok yang tidak aktif(10) Keturunan


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng

(2) Hindari makanan ringan yang masam

(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas

(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin

(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oilProduk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser1.

SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah,

Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C.. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.

Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS . B ahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang.

Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi.

Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,

"Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

5. Bawang Goreng segera .Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.

Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan , ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.

Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.



Friday, January 21, 2011

Hikmah Dibalik Musibah

Jika kita sebagai hamba Allah tidak pernah ditimpa kesulitan sedikitpun di dalam hidup ini tentu saja kita terkadang lupa diri & takabur. Allah sengaja memberikan musibah kepada kita sebagai bentuk anugerah yang luar biasa bermanfaatnya untuk kita, yaitu sebagai obat agar kita tidak terjerumus dalam kehancuran yang jauh lebih dahsyat di dunia dan di akhirat. Itulah sebabnya banyak manusia lupa diri, seolah-olah dirinya tampil hebat karena kemampuannya menghebatkan dirinya dan melupakan bahwa sesungguhnya kehebatan yang diperolehnya hanyalah sementara. Dia merasa hebat karena banyak yang memuji, terkenal, sehat, pasangan hidup yang mencintai dirinya, kekayaan. Seolah apapun bisa dilakukannya.

Bila kita dalam puncak kejayaan seperti itu, kita bisa lupa diri & lupa akan yang Maha Hebat yang telah menghebatkan dirinya, yaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 'Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena kesombongan) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.' (QS. Luqman : 18).

Allah kemudian memutar roda kehidupan, orang yang diatas diputarnya sampai di bawah titik nadir. Demikian juga yang dibawah tiba waktunya diangkat oleh Allah diletakkan diatas. Semua naik & turunnya kehidupan kita agar kita senantiasa diingatkan bahwa didunia ini hanyalah sementara dan kita disadarkan tidak ada apapun yang bisa kita klaim apapun itu adalah milik kita karena semua yang dimuka ini adalah milik Allah. Inilah bukti bahwa Allah sangat menyayangi kita sebagai hambaNya, dengan diberikan musibah sebenarnya Allah ingin kita agar datang kepada Allah.

Mari kita buang jauh-jauh sifat yang bisa mengotori hati kita, membuat hati menjadi mengeras, hitam legam, hidup ini menjadi terasa berat, tidak disukai Allah dan dijauhi oleh manusia. Namun bila kita melembutkan hati dengan penuh kasih sayang, rendah hati dan bersabar, sungguh mulia dimata Allah & juga mulia dimata manusia. 'Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'inna lillaahi wa inna ilaihi roojiuun' (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna & rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.' (QS. al-Baqarah : 155-157).