KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Monday, February 28, 2011

Otak Kita Tidak Membaca Huruf



Otak Kita Tidak Membaca Huruf Tetapi Kata - Kata


Menurut penelitian dari Universitas Cambridge, Urutan Huruf dalam kata tidak penting,
Cukup huruf pertama & terakhir yang ada pada tempatnya sisanya boleh ditulis tak
tersusun tetapi kita dapat membacanya ini disebabkan karena otak kita tidak membaca
huruf per huruf, namun kata perkata.


Silakan cuba baca kalimat berikut:


merunut sautu pelneitian di Uinervtisas Cmabridge, utruan hruuf dlaam ktaa tiadk penitng,
ckuup hruuf petrama dan trekahhir ynag ada pdaa tepmatyna siasyna bsia dtiluis bernataakn
teatpi ktia daapt mebmacayna ini dsiebbkan kaerna oatk ktia tdiakmebmcaa huurf per huurf,
nmaun ktaa per ktaa ....hbeat kan




AMPEH NYE SOMI..



Kamal diundang kawannya makan malam.


Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.


Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."


Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."






Saturday, February 26, 2011

Menantu Hantu





Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.


Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.


Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.


Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".














BOWLING TIME


Salam sume...

tgh wat pe tu ....

time ni kalau uols baca, daku ado di area IKEA... dok jd pom pom gurl tuk pak ajil... dia ado lawan bowling ...

6mac, aku nye turn plak bwling di ulu kelang


Friday, February 25, 2011

Belajar Membaca Minda Penemu Duga



Berikut adalah 6 jenis penemu duga yang biasa ditemui:


1. Tak fokus


Stail beliau: Seperti tiada di dalam bilik temu duga. Fikiran beliau tidak fokus kepada sesi temu duga itu. Hal ini berlaku mungkin kerana beliau tidak bersedia untuk sesi temu duga itu atau bos beliau telah menyerahkan satu projek besar kepada beliau untuk dikendalikan sejurus sebelum sesi temu duga bermula.


Pendekatan terbaik anda: Untuk meninggalkan impresi atau membuat impak yang kuat terhadap seorang penemu duga yang tidak fokus adalah agak mustahil. Oleh itu, sampaikan semua maklumat penting anda secara ringkas. Tumpukan lebih masa anda untuk tindakan susulan kelak. Jika anda dapati penemu duga anda seperti tidak cukup masa, cadangkan kepada beliau agar sesi temu duga diadakan pada masa yang lain.


2. Macam kawan


Stail beliau: Suka tersenyum, membuat lawak dan menyuruh anda untuk bertenang. Ada dua jenis penemu duga macam kawan yang saya tahu:


i. penemu duga yang ingin disukai


ii. penemu duga yang tahu bahawa jika anda sudah selesa dengan beliau, banyak maklumat yang mungkin anda tidak mahu sebut atau dedahkan akan terbongkar, misalnya tentang jumlah gaji yang dipohon.


Pendekatan terbaik anda: Anda boleh beramah mesra dengan beliau tetapi jaga tatasusila anda. Jangan terlalu berlebih-lebih dalam memberikan maklumat, takut anda menyesal pula kelak.


3. Suka bertanya


Stail beliau: Serius dan tidak pernah tersenyum. Beliau selalunya akan mengajukan soalan yang sukar tentang pengalaman kerja anda. Inilah satu sesi temu duga yang akan menyebabkan anda berkata, “Saya tak suka ditemu duga!”.


Pendekatan terbaik anda: Bertenang, tunjukkan keyakinan dan rasa hormat kepada penemu duga anda. Pada kebiasaannya, penemu duga suka bertanya ini percaya bahawa soalan yang sukar akan mencungkil potensi tersembunyi calon. Penting untuk anda ingat bahawa penemu duga seperti ini selalunya akan menjadi penasihat terbaik anda dalam sesi temu duga. Beliau juga boleh membantu anda mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan dengan memberikan tips yang berguna.


4. Satu topik


Stail beliau: Fokus kepada hanya satu topik, misalnya cara meningkatkan produktiviti.


Pendekatan terbaik anda: Ikut rentak beliau. Puaskan hati beliau dengan menjawab soalan yang ditanya. Ajukan soalan-soalan yang telah anda sediakan sebelum temu duga untuk Jabatan Sumber Manusia kelak.


5. Banyak topik


Stail beliau: Menyentuh banyak topik. Sekejap tentang jualan, selepas itu tentang polisi syarikat, kemudian tentang pengalaman kerja anda pula. Cabarannya ialah kesemua topik ini kadangkala tidak berkaitan dan anda tidak tahu bagaimana penemu duga banyak topik ini menilai kemampuan anda.


Pendekatan terbaik anda: Ikut rentak beliau. Di sinilah persediaan rapi yang anda buat sebelum temu duga akan berbaloi. Hal ini kerana anda boleh mengaitkan kekuatan dan kemahiran yang anda miliki dengan banyak aspek kerja.


6. Menunggu jawapan magik


Stail beliau: Percaya kepada hanya satu soalan magik untuk ditanya dan hanya satu respon magik untuk diterima yang bakal menentukan sama ada anda ialah orang yang terbaik untuk jawatan yang ditawarkan. Penemu duga jenis ini akan menanyakan dahulu beberapa soalan tentang pengalaman kerja dan kemahiran yang anda miliki. Kemudian, beliau akan bertanya pula soalan yang tiada kaitan dengan kerja seperti, “Beritahu saya bagaimana anda mengikat tali kasut.” atau “Jika anda diberi peluang makan malam di hotel lima bintang, siapakah yang akan anda bawa bersama?” Daripada jawapan anda ini, beliau akan memutuskan sama ada anda berjaya mendapat pekerjaan itu ataupun tidak.


Pendekatan terbaik anda: Jawab soalan yang ditanya dan teruskan sahaja sesi temu duga mengikut rentak beliau.


Ubah suai pendekatan anda mengikut jenis penemu duga


Apabila anda berjaya mengenal pasti jenis dan stail penemu duga anda dan mengubah suai pendekatan anda ketika sesi temu duga, anda telah berada pada satu tahap di hadapan pesaing anda. Ketika anda membuat persediaan untuk temu duga, tanya diri anda sendiri, “Bagaimanakah saya boleh mempelbagaikan jawapan saya mengikut stail penemu duga?”


Misalnya, dengan penemu duga satu topik, anda boleh memberikan pilihan kepadanya ketika menjawab soalan beliau dengan bertanya, “Adakah encik mahu saya bercakap tentang aspek kerja yang ini atau yang itu?” Jika anda ditanya tentang kejayaan anda melaksanakan satu tugasan, dengan penemu duga macam kawan, anda fokuskan lebih kepada kemahiran anda dalam kerja berpasukan. Bagi soalan yang sama, dengan penemu duga suka bertanya pula, anda mulakan jawapan dengan menyatakan hasil kerja individu anda.


Dengan memahami stail penemu duga anda, peluang anda untuk didengari oleh mereka adalah lebih cerah!




Mutiara Kata
:: Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira....... tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.....






Resepi Ikan Siakap Kukus Bersama Tomato





Bahan-bahan (Untuk 2-3 orang):

1 ekor ikan siakap kecil
3 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
4 cm halia - dimayang
2 biji bawang besar - dihiris bulat-bulat
3 ulas bawang putih - dimayang
2 tangkai daun sup - hiris
1 biji limau nipis
1 biji buah tomato merah - dipotong bulat-bulat
6 tangkai cili akar (cili api saiz besar)
1 tangkai cili merah - hiris
1 sudu gula
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Bersihkan ikan. Lumur ikan dengan garam dan gula. Letakkan di atas pinggan kukus.
Tabur halia, bawang putih, bawang besar, cili, tomato dan tuang kesemua sos pada ikan.
Perah limau nipis pada keseluruhan permukaan.
Kukus selama 15 minit/sehingga masak.





PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!



Asas 5 jari






Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang










Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut bolehmenyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.



seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.


Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh ataulembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.


jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalamimasalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.
selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atautekanan dalam kehidupan sehariannya..


seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermaknaanda mengalami hormon yang tidak seimbang.
.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...



ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK
TANGAN....wallahu`alam....


(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada

satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA






Thursday, February 24, 2011

Kebersihan, Islam dan Penganutnya



Para Sahabat,


Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. manakala iman pula merupakan tunjang penting bagi seorang mukmin.


Kekuatan iman juga disumbangkan melalui penghayatan ilmu terhadap ajaran Islam sendiri.


Bagaimanapun, seringkali kita terserempak dengan orang Islam sendiri yang tidak menghiraukan kebersihan persekitaran mereka sendiri. Kebanyakkan kita sering ingin kebersihan yang terjaga didalam kawasan sendiri seperti kereta dan rumah sendiri tanpa mengambil kisah kektoran yang disebabkan oleh kita di luar kawasan kita.


Adakah budaya yang menjadi masyarakat kita seperti ini? Atau perlukah penguatkuasaan yang ketat?


Di negara seperti Jepun, rakyatnya, penduduk yang mastautin atau tidak, boleh menjaga kebersihan dan mengamalkan kitar semula, tetapi, tidak kurang juga yang telah mendapat ilmu dan pengalaman di sana.
mungkin disebabkan kekangan budaya dan kemudahan, ilmu dan pengalaman tersebut tidak relevan dipraktikkan di bumi Malaysia ini.


Rakyat kita masih ramai yang menyeberang ke seberang tambak Selat Tebrau. tetapi di sebelah sini tidaklah sebersih dan seindah di sana.


Mungkin berkat penguatkuasaan yang ketat di sana, maka rakyat dan pengunjung boleh mnghargai kebersihan dan keindahan alam sekitar.


Berbalik semula topik asal,


Tanpa air mutlak atau debu yang suci, manakan boleh kita melaksanakan ibadat2 yang teras dengan lebih sempurna.


Bagaimana dengan air yang telah dicemari dan tanah yang tidak selamat lagi.


Tugas menjaga kebersihan bukan hanya tergalas pada bahu seorang penyapu, pengangkat sampah mahupun tukang cuci tandas.


Ia tugas semua. Fikirkanlah demi diri sendiri dan generasi mendatang.






Seks terabai + mata hati berzina = CURANG!



Salam,


Curang! Apakah punca sebenar ada insan berlaku curang terhadap pasangnya? Alasan tidak bahagia, jemu dengan pasangan, stres di rumah, tidak dapat menerima kekurangan pasangan, semua ini adalah benih-benih berbahaya yang boleh meretakkan hubungan anda dan pasangan.


Pakar penceraian di Amerika Syarikat menganggarkan sekitar satu daripada tiga orang lelaki di sana curang terhadap isteri mereka. Kebanyakkannya mengeluh tentang masalah frekuensi seks dan perubahan layanan isteri. Tetapi peliknya, wanita-wanita yang kononnya teraniaya ini dilindungi oelh undang-undang jika menolak permintaan suami yang mahukan seks. Bagi suami yang memaksa isteri dengan kasar, kejam dan ganas hinggakan hanya sekadar paksaan secara halus atau ugutan boleh dijatuhi hukuman penjara kerana telah dituduh merogol isteri sendiri. Pelik bin ajaib undang-undang yang aneh ini. Bila minta tidak boleh, paksa pun dianggap perogol isteri, akhirnya suami simpan wanita, melanggan pelacur atau mencari wanita kesepian di web lucah. Rosak binasalah kesucian masyarakat dan tiada maknanya institusi keluarga yang dibina.


Ada sebab-sebab mengapa isteri tidak mahu melakukan hubungan seks dengan suami.


Pertama, emosinya sedang terganggu. Bayangkanlah jika anda sedang memendam amarah dan sedih atau pilu yang meluap-luap, tentulah susah untuk berpura-pura mahu jika suami meminta. Apatah lagi suami pula tidak pandai memujuk, ubatlah dulu hati isteri yang stres, kemudian barulah boleh masuk ke bab seterusnya.


Suami perlu bersabar, dan tidak terburu-buru sebagaimana anjuran sunnah Rasulullah SAW yang bermaksud, “Janganlah seseorang dari kamu menyetubuhi isterinya seperti haiwan, tetapi hendaklah di antara keduanya ada perantara.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah perantara itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ciuman dan rayuan.” (Hadis riwayat al-Dailami)


Kedua, sakit yang menyebabkan tidak boleh melayan kemahuan seks suami. Kepada suami, cubalah tenangkan diri dan lemahkan nafsu syahwat denga berpuasa, zikrullah, banyakkan sujud, membaca al-Quran, mengkaji hadis Rasulullah SAW, ataupun cergaskan badan dengan bersukan dan kuatkan semangat mencari pendapatan baru dengan kerja sampingan untuk melupakan sementara kemahuan seks yang membuka-buak. Jika dilihat pada diri Rasulullah SAW semasa muda, baginda tidak pernah menduakan Khadijah. Setelah wafat dan Rasulullah telah pun berusia lebih 50 tahun, barulah baginda beristeri lain. Jadi monogami juga sunnah Rasulullah SAW, bukan hanya poligami. Suami jangan ambil kesempatan di atas kelemahan isteri, banyakkan bersabar dan beri sokongan kepada isteri supaya menjadi isteri yang sempurna di mata dan hati anda.


Akhlak seksual


Ketiga, degil dan menderhaka. Jika suami telahpun berusaha untuk memujuk isteri, memberi didikan agama dan memenuhi segala kemahuannya untuk melembutkan hati isteri, tetapi tabiatnya tidak jua berubah, agama mengajar supaya isteri ‘dipulaukan’ untuk melahirkan kesedaran di hatinya, kemudian dicarikan wakil dari pihak isteri dan suami untuk berdamai. Jika cara ini tidak berhasil, suami boleh mentalakkannya untuk mencari penyelesaian setelah semua jalan telahpun buntu demi masa depan masing-masing. Ini anjuran dan aturan agama Islam. Memang tidak dapat dinafikan matlamat kepuasan seks amat penting dalam sebuah perkahwinan. Akhlak suami yang penyabar dan penuh kelembutan ketika menyentuh isteri akan disambut dengan penyerahan diri sepenuh hati isteri kepada suami semata-mata kerana Allah SWT, ia pasti akan mewujudkan hubungan seksual yang baik. Jika kedua-duanya tidak menjaga akhlak dan adab ketika ‘berhubungan’, perkara buruk akan terjadi seperti kecewa dan tidak puas dengan layanan pasangan!


Selain kewajipan menjaga ‘akhlak seksual’ terhadap pasangan, curang boleh dihindari dengan menjaga mata hati anda daripada rangsangan syaitan. Jika isteri tidak mahu memberi khidmatnya, suami pun merana, sakit jiwa dan boleh jadi segala macam penyakit datang akibat stress teruk ‘dikenakan’ isteri.


Benteng hati


Rasulullah SAW menyatakan malaikat melaknat wanita yang menolak permintaan suaminya sehingga ke subuh (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW juga menyuruh suami yang terangsang oleh wanita lain supaya menundukkan pandangannya kerana itu adalah panahan syaitan dan hendaklah dia bersegera mendapatkan isterinya untuk mengubati nafsu syahwat yang sedang bergelojak. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi)


Banyak perbuatan berpunca dari mata hati kita. Dosa dan kotoran yang memendap dalam hati melahirkan perbuatan yang keji dan mungkar. Sebaliknya semburan iman dan wangian amal ibadah akan menjernihkan hati dan melahirkan sifat-sifat suci pemiliknya. Suami dan isteri mesti menjaga dua perkara penting dalam perkahwinan mereka. Jangan abai kemahuan seks pasangan baik suami atau isteri dan jangan biarkan hati anda kotor kerana sengatan seks haram. Sengatan seks haram itu berpunca dari mata, telinga dan bahasa tubuh yang memikat. Pornografi telah amsuk ke dalam rumah orang Islam. Tanpa benteng hati yang kukuh sesiapapun takkan mampu menolak jemputan hangat lambaian seks haram di mana-mana saja. Suami dan isteri mesti memiliki benteng hati itu. Antaranya :


1- Iman yang dipupuk dengan budaya agama dan ilmu. Bacalah tafsir al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW untuk mendapat sentuhan pertama yang menghidupkan hati. Letakkan ilmu sebagai mercu kekuatan peribadi anda dan keluarga.
2- Jangan menganggur dan membuang masa. Semua kejahatan berpunca dari sesaat yang dihabiskan kerana tidak mengingat Allah SWR. Ikutilah sunnah Rasulullah dalam beribadat, bekerja dan berakhlak
3- Jangan malu belajar ilmu seks untuk memuaskan pasangan kerana ia adalah ilmu yang halal untuk jalan yang halal.


Inilah benteng hati yang menjanjikan kesucian dan menolak gejala curang dalam perkahwinan.


Renung-renungkan!


Sumber : Dr Juanda Jaya










DAKU PUN DAPAT ... TQ SHI3LA

 ye betui ... daku pun dapat jgk ..

tetiba sampai surat , aku pelik jgk ... rs nye idok plak order apa2.. pehtu sampul cm surat cintan cintun , tingat zaman xdak tepon dulu2 kala... gune surat pos2.. besh kan ..

berbunge2 dpt surat special ni..



cute je smiley ni, kenangan dari Bukit Merah


** sowe lambat post psl hadiah cumel dr ko ni ye beb ... tq banyak2

Wednesday, February 23, 2011

Falsafah Kucing



Makanan kesukaan kucing ialah ikan.


Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut.


Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.


Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??


Yaaa….kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya.


Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.


Begitu jugalah dengan dirimu…


untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?


Yaa….hendaklah dikau dekati Tuanmu….ALLAH yang maha agung.


Kenali,dekati dan ‘bermanjalah’ kepada-Nya.


Nescaya kelak…pasti dikau akan disayangi dan dirahmati olehNya.


Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.


Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki…tanpa izin Tuanmu.


Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan…


Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya.


Maka jika begitu… apalah gunanya?????






SAYA DAH SIHAT...

Salam sume..

ni ler dia muke dak tomei ni time dia demam ...

mmg aku paksa dia berbasah, kalau x..lambat lew kebah demam dia..

now demam dh ok, but stil batuk skit2.. kiteorg kasi dia minum madu asli warna putih.. dia suke, sodap ler tu kan.. cz aku xpenah pun rasa.. dia agak susut kembali ler , dh tu 2-3 hari x lalu makan...

ni dia dh ok , baru selera dia kembali... lega hati aku.. selagi dia nak makan, haku kasi je..



TQ atas doa kawan2 sume

Eksklusif: Siapakah Kay.. bekas isteri Sudirman??

CUBA TENGOK GAMBO.. APAKAH WANITA TERSEBUT MERUPAKAN 'KAY' KESAYANGAN ALLAHYARHAM SUDIRMAN??


PERCINTAAN dan perkahwinan dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay adalah sesuatu yang indah buat Sudirman Haji Arshad. Sudirman pernah memberitahu sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Noorkumalasari bahawa Kay adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya. Mereka disatukan pada 14 Februari 1981 selepas Sudirman menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Kay yang bekerja di Petronas adalah pilihan hati Sudirman yang dikenali sejak kecil lagi. Pastinya berita perkahwinan mereka diterima baik peminat kerana percintaan mereka bukan rahsia lagi.

Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya apabila mahkigai cinta yang dibina dengan kasih sayang roboh bak istana pasir dilanda ombak. Perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.





** Arwah Sudirman dah dpt gelaran Datuk kan ?.. harap2 diorg ni xlupe pada seniman2 yg masih hidup.. jgn dah xdak baru nak kasi mcm2



Tuesday, February 22, 2011

SUSAH NYE NAK LAYAN ISTERI ...



> > Laki talipon,
> > Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
> >
> > Bini jawab,
> > Takmau bang, bini awak diet...
> >
> > Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
> > Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
> > Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....


> >
> >
> > Bila laki query balik,
> > Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
> >
> >
> > Bini jawab,
> > Memangla orang kata takmau apa-apa...
> > Tapi belikan jerla apa-apa....
> > Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
> >
> > Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?
> > -----------------------------------------------------------------
> >
> >
> > Laki talipon bini,
> > Petangni awak nak masak apa Yang?
> >
> >
> > Bini jawab,
> > Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
> > Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
> >
> >
> > Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
> > Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
> > Sampai umah, sendawa bau kamben...
> > Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
> > Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
> > Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
> >
> > Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
> > Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
> > Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
> > Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> >
> > Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
> > Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
> > Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
> > Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
> >
> > Si laki punyala seronok weeiii....
> > Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
> >
> > Bila dah siap, kuar bilik...
> > Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
> > Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> > Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
> >
> > Abang keja lah yang....
> >
> > Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
> > Pastu abang balik la KL balik
> >
> >
> > Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
> > Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
> >
> >
> > Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
> > Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
> >
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> > Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
> > Abang tak kesian bini abang ker...
> > Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
> > Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
> >
> > Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
> >
> > Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
> > Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
> > Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
> > Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
> > kenapa spender ni awak lipat tiga?
> > kenapa? kenapa? kenapa?
> >
> > ---------------------------------------------------------------
> > Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
> > bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
> >
> > Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya > > Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
> > pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
> > bukan ada org nk tengok ponnn...
> >
> > Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
> > Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
> > Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
> > kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

( yg last tu mmg kene kt aku ... wakakakakkakaka, time baca ni aku tergelak2... aduyaiii )




RORINE SALE...

 salam allzzz..

last weekend , tetiba windu plak nak dating dgn mama aku ke cokit...so aku ajak ler dia g..

bile sampai sanun, tgk ramaiiii tui org , ghupe2 nye ROR wat sale giles2... pe lagi, mama aku terjah lew...

permulaan aku x kisah sgt, psl dh dgn panas nye..org ramai nye, rimas aku di buat nye.. kebetulan aku nmpak plak kasut yg aku rs cute... terus aku join sekali bersesak2...ehehehehehe ...

x ku sangka terus ku jmp saiz yg ku nak ... ku rembat akhir nye, samo jgk dgn mama haku.. excited walau pun letih nk mencarik saiz...


mama aku yg dok memilih2 lagi

kualiti kasut dia ok jgk ler

kasut ni ler yg haku rembat ...70% key .. korg rasa bape harga nye ???



v
v
v
v
v
v
v
v
v


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


v
v
v
v
v
v
v
v
 CUME RM 12.00 SAHAJA ... murah kan ?

mama aku punye lagi lew... jadi RM10.80 SAHAJA ...

Kesilapan Dalam Ibadat & Amalan Agama



Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yang paling diminati dan dikagumi ialah Ustaz Dato’ Ismail Kamus. Tak pernah jemu rasanya mendengar ceramah beliau.

Berikut adalah beberapa kesilapan atau kesalahan yang sering kita lakukan dalam ibadat atau amalan agama. Poin2 ini dipetik daripada ceramah2 beliau.

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa. Sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak?


2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja. Hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya. Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .


3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat speaker tu sampai satu kampung dengar. Kadang-kadang sejam atau setengah jam sebelum azan, dah bunyi dah. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur?


Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun baca sorang-sorang dah cukup. Tak payah bagi sekampung dengar. Rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala nanti.


Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran (dengan suara kuat) sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran atau memperlahankan bacaan. Sebab menghormati orang yg sedang tidur itu. Inikan pula sekampung??


Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah. Tak perlulah lama-lama sangat, sampai setengah jam sebelum subuh. 10 minit tu dah kira sempat la orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please nasihatkan pada surau di qariah atau tempat masing-masing.


4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba-tiba hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Itu yang lebih aula (utama). Tapi dengan syarat, ianya masih di awal waktu. Ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah.


5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Ingatlah, itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu. Yakin dengan diri sendiri.


Berkenaan dengan niat pula, niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua. Maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.


Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan selepas daripada itu.

6. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya, itu salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin” , “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin”. (p/s: huruf z adalah huruf zal).


7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja). Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan PERUT IBU JARI KAKI, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.


Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan, seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Jadi, berjaga-jaga lah ketika melakukan pergerakan dalam solat. Jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.


8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah-juadah ke rumah jiran. Memang bagus sekali amalan ni. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas tu, itu rezeki lah namanya.


9. Apabila kita bersolat di tempat yang limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya. Sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat. Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la. Sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita yang hanya nak buat perkara-perkara sunat. Lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang camni.


10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita. Tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan. Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita atau adik beradik kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Gunakanlah duit tu untuk membantu adik beradik atau saudara kita tu. Itulah yg dituntut dalam Islam.


11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih aula (lebih utama). Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor, ia dibolehkan. Kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi SAW. Tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qada’ maka tak boleh lah.


Sebagai kesimpulan kepada point-point di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat. Utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita menjadi sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.




Sekian, semoga perkongsian ini ada manfaatnya.


Manusia selalu saja sibuk mencari sesuatu yang akan ditinggalkannya. Tetapi mereka tidak pula sibuk untuk menyiapkan bekalan yang bakal dibawa.


Renung-renungkanlah …


Artikel ini adalah hasil kiriman Saudara Amin Fadzlan (hulk_19822000@yahoo.com).




Monday, February 21, 2011

TRY LER KALAU RS LIDAH KORG LEMBUT...

Terrific Tongue Twisters to Twist Your Tongue


1. If you understand, say "understand" . If you don't understand, say "don't understand". But if you understand and say "don't understand". How do I understand that you understand? Understand!


2. I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.

3. Sounding by sound is a sound method of sounding sounds.


4. A sailor went to sea to see, what he could see. And all he could see was sea, sea, sea.


6. If two witches were watching two watches, which witch would watch which watch?


7. I thought a thought.But the thought I thought wasn't the thought I thought I thought. If the thought I thought I thought had been the thought I thought, I wouldn't have thought so much.


8. Once a fellow met a fellow In a field of beans. Said a fellow to a fellow, "If a fellow asks a fellow, Can a fellow tell a fellow What a fellow means?"


9. Mr Inside went over to see Mr Outside. Mr Inside stood outside and called to MrOutside inside. Mr Outside answered Mr Inside from inside and Told Mr Inside to come inside. Mr Inside said "NO", and told Mr Outside to come outside. MrOutside and Mr Inside argued from inside and outside about going outside or coming inside. Finally, Mr Outside coaxed Mr Inside to come inside, then both Mr Outside and Mr Inside went outside to the riverside.


10. SHE SELLS SEA SHELLS ON THE SEA SHORE , BUT THE SEA SHELLS THAT SHE SELLS, ON THE SEA SHORE ARE NOT THE REAL ONES


11. The owner of the inside inn was inside his inside inn with his inside outside his inside inn.


12. If one doctor doctors another doctor does the doctor who doctors the doctor doctor the doctor the way the doctor he is doctoring doctors? Or does the doctor doctor the way the doctor who doctors doctors?


"When a doctor falls ill another doctor doctor's the doctor. Does the doctor doctoring the doctor doctor the doctor in his own way or does the doctor doctoring the doctor doctors the doctor in the doctor's way"


13. We surely shall see the sun shine shortly. Whether the weather be fine, Or whether the weather be not, Whether the weather be cold Or whether the weather be hot, We'll weather the weather Whatever the weather, Whether we like it or not. Watch? Whether the weather is hot. Whether the weather is cold. Whether the weather is either or not. It is whether we like it or not.


14. Nine nice night nurses nursing nicely.


15. A flea and a fly in a flue Said the fly "Oh what should we do" Said the flea" Let us fly Said the fly"Let us flee" So they flew through a flaw in the flue


16. If you tell Tom to tell a tongue-twister his tongue will be twisted as tongue-twister twists tongues.


17. Mr. See owned a saw.And Mr. Soar owned a seesaw. Now See's saw sawed Soar's seesaw Before Soar saw See, Which made Soar sore.Had Soar seen See's saw Before See sawed Soar's seesaw, See's saw would not have sawed Soar's seesaw. So See's saw sawed Soar's seesaw.But it was sad to see Soar so sore Just because See's saw sawed Soar's seesaw.