KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Thursday, March 31, 2011

BEKAM ...cmni ker kesan nye huhuhuh


salam uols ..


huhuhuu ni nak story sedih ni huhuhuh meh2 pakat pujuk ku meh2..


haku sedih bkn per.. last week g downtown, sekali pak ajil dgn gediks nye benti kt tmpt org urut2 kaki tu.. dia pun tilik2 le psl BEKAM..


pehtu haku pun belek2 ler sekali psl urut kepala & bahu, cz aku sejak 2 menjak ni sakit kepala lew.. myb psl x cukup tidoq..ye ler bz no menjait kan ^_^ wink wink..


pehtu we ols yg tnpa makan diner lg ni pun terjah ler, pak ajil dok wat bekam angin (kalau bekam darah kotor tu dia akan kasi cucuk2 skit.. supaya drh akan kuor) dia cume tepek benda bulat2 tu pd badan pehtu tarik angin kotoq kuor... aku plak masuk dlm (cm khemah) kepungan cz nak urut kepala & bahu, akak tu urut aku kt kepala mmg syok lew... sekali tang bahu tu , siap aku kuor air mato huhuhuhu sakit oooo.. (2 hari jgk ler bahu aku sakit di buat nye.. sian aku )..


bile aku kuor2, tgk blakang pak ajil penuh dgn benda bulat2 tu, aku ingtkan dia wat 2-3 cup tu jek.. sekali 1 bdn .. huhuhu , then g makan jap .. tp pak ajil x nak makan cz nak wat terus bekam darah ..aku xkasi ler.. cz tungu le plak next week ke kan... but sib baik x wat terus.. cz now (sejak2 bekam) pak ajil sume dok senyap2 dlm bilik.. muke penat, pehtu mood xdak , nmpak lemau jek.. risau aku di buat nye..



ni dh masuk 4 hari , blakang pak ajil stil ado kesan bulat2 ni, warna maron2 tau ... ngeri aku tgk ..


nak tny korg ler, cmni ke kesan kalau berbekam ??? risau aku ni smp aku rs nak bwk pak ajil g berurut .. cz dia cm letih2 bdn je, xdak mood.. smp aku rs rimas lew..



HAPPY BESDAY MAMA KU TERSAYANG


Salam uols..


fuhhh ... berkurun dh gambo2 ni, ni baru ado kesempatan nak tepek gambo2 masa weols wat suprise besday cbration tuk mama weols yg trsayang..(kami adik beradik tong2 byr duit otel... mmg specialy tuk abah & mama)


mmg gempak abis, smp mama aku x smpat nk bwk bekalan & bj dia banyak2.. heheheh. Ni sume nye kerja anak2 dia ler, nk kasi gempak smp ke saat nye mama aku still x tau yg weols sume nk ke MELAKA.. cz kiteorg sebenor nye x sangka abah akan simpan rahsia (selalu nye dia suke bocoq rahsia kt mama)


masa weols dok kemas2 barg, dok huru hara aka kecoh2 nak g jalan2.. yg mama ni leh blur jek.. tp kejap2 dia tny 'korg ni nak g mana?'.. dia cm terasa lain mcm jek (wakakakak jaat weols ni).. kalau cm aku , kalau aku kemas2 packing2 brg tu sure mama tau cz kiteorg akan tido kt umh baru .. but mama aku jd pelik bile sume adik2 aku pun gitu, kebetulan adik lelaki aku pun balik KL jgk , pehtu termasuk abah aku pun dok bz kemas2... uols tau, abah saje jeee kan ... bile dh panas kan enjin keto baru dia bgtau mama suh kemas2 kan baju2 ..pe lagi dgn cergas nye mama terus kemas yg mano dia sempat jek .. wakakakakaka...


kiteorg konvoi 3 keto, sume kete itam ... hehehehe, adik aku smpat sms aku , dia ckp dr kl --> melaka mama aku x tido pun (selalu lelap jgk ler) tu sure mama aku sonok sakan ..kek & mufin dh selamat aku sorok dlm kete aku heheh .. sib baik x lembek.


smp2 je kt tmpt tu (aku smp dulu) pehtu terus check in .. tmpt ni aku tau cz masa anak big bos kawin, kiteorg stay & bersiap2 kt resort tu, aku sgt2 le suke keadaan resort tu .. sgt2 ler santai & besh nak shoot2.. pehtu sempat le landing2 kejap... masa adik & abah aku smp , masing2 letih so lepak2 ler dulu (time ni dh ujan renyai2)..


dlm kul 4-5 jgk ler baru kiteorg kasi kuor itu kek .. heheheh terkejut mama haku... tp biasak le, cucu2 yg over nk potong kek..


mlm nye g makan luor.. besok nye tu x g mana2 plak ujannnnn, tp sempat g SPA tuk manja kan diri... kul 2ptg check out





tmpt ni le, mmg besh gile


kami yg teruja


akil awal2 dh layan bdminton


kami


adik2 ku yg baru smpai


ni le adik lelaki aku dgn baby baru dia yg ke 2..


akil yg obses dgn makcik2 dia


mama & abah with cucu2 tersyg


special choc kek for mama



** wink wink >> dok pk2 bday abah nk wat kt mano ..



Wednesday, March 30, 2011

JANGAN PANAS naaa....10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI Lelaki...



10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI Lelaki...


1. Bila si dia sibuk........ Jangan pulak terhegeh-hegeh m intak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer...


2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.


3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin , bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. Bile mau tunang ka, kawin ka..? heh.heh..


4. Bila si dia panas baran........ Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.


5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti selipar putus ker, aper2lah... Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah kepenatannya.


6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa t ak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.


7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.


8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya , buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.


9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii


10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

RAMUAN DALAM MEE SEGER



136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.


.


Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal. Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.


.


10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera


.


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.


Kalsium Sulfat: Kapur Paris.


Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.


Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.


Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).


BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.


Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma


Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.


Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.


Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.


Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.


Tuesday, March 29, 2011

AKIL BESDAY PARTY at TASKA

salam sume..


ni nk tepek gambo (sebahagian) aktiviti taska akil masa bday akil aritu ..


haku kebetulan lum nak wat majlis beso2 lg.. so rs2 nak sedekah skit kt taska dia, pe lagi terus ku g order mufin (selalu org wat cupies.. but agak muak ler, krim banyak no) pehtu mintak deco yg meriah tuk dak2..


pagi2 dh anto ke taska, budk2 time tu tgh dok bfast ..bile nmpak ku bwk mufin2 (dlm 60 ketui) tu mau diorg x ecited, terus dtg serbu .. sib baik ado cikgu2 depa.. kalau x , pengsan daku kene terkam...


haku suh owner diorg pegg kan kamera nak suh snap2 gambo.. x sangka plak diorg siap beli hadiah pehtu balut2 lg tuk akil.. ado le 5-6 hadiah tuk akil (tima kasih banyak2)..


jom layan gambo .. meriah jgk majlis nye







cute je mufin2 ni... (sempat ler we ols rembat 3-4 ketui hehehe)


ni masa sesi makan .. (cm tepung gomak dh akil tu , di lumur bedak)


sesi main belon & terima hadiah





Amal Ibadah yang Paling Dicintai Allah



Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh karena itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan sore hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) karena dengan cara itulah kamu akan mencapai (surga)”.


Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda,” amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”


Monday, March 28, 2011

Pulang ke kpg Syurga, jom!!



Naik kenderaan TAWADU',
Minyaknya IstIQAMAH,
Pemandunya IKHLAS,
Melalui jalan Iman,
Bawa peta AL-QURAN & HADITS,
Serta bekal TAQWA n Tiket SOLAT MALAM....

jgn lpskan peluang keemasan ini...

~ Giveaway AKU ada KAMU bersama FAZILZURA ~ PEMENANG NYA ada lah ....



DRUM PLSSSSSSSSSSSSSSSSSS



v
v
v
v
v
v
v
v


Dengan ni di UMUMkan pemenang TOP 3 bagi GA Aku ada Kamu bersama FAZILZURA.. di menangi oleh ..

= Memenangi sehelai skirt labuh ..

                                      = memenangi frame (home made tau)

                                     = memenangi sehelai blouse muslimah

Sila email alamat uols ke denso_cute@yahoo.com ( yg dh anto time kasih ye)

.
.
.
.


dgn suke cite hadiah penyertaan tetap akan di berikan kepada :

b)http://ibudamia.blogspot.com/2011/02/giveaway-aku-ada-kamu-bersama-fazilzura.html
c)
http://mamakerry.blogspot.com/2011/02/giveaway-aku-ada-kamu-bersama-fazilzura.html
d)http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/02/giveaway-aku-ada-kamu-bersama-fazilzura.html
e)http://akulahstrawberry.blogspot.com/2011/03/giveaway-aku-ada-kamu-bersama-fazilzura.html
Sila email alamat uols ke denso_cute@yahoo.com


X rugi kan uols join ..



TERIMA KASIH BANYAK2 CZ SUDI JOIN...
* insyallah jmp lg nnt

Sunday, March 27, 2011

AYAM vs BURUNG cute ... heheheheheh


cube korg telek pe yg 'cute' kt gambo ni wakakakakakakakakkaka

Saturday, March 26, 2011

PETA HIDUP


** ada kah kite dh bersedia tuk hadapi saat akhir nye hidup ???

Friday, March 25, 2011

Cube korg try buat pada kaki kanan ... tgk kaki korg bijak ke idak ..

HAZRIQ BIRTHDAY CELEBRATION (kisah family angkat akil)

 salam sume

ni saje na tepek gambo masa bday party tuk Hazriq ...

Hazriq ni anak pd mak angkat akil, masa akil 1thn lebey dulu (lepas bibik sebelah umh x dpt nak jaga akil) puas le aku dok crik tmpt, but syukur akhir nye kwn skolah aku kenal kan dgn MIZA (mak angkat akil)..

time tu dia just ada sorg anak lelaki, anak dia masa tu dlm 2-3 thn ler.. so dia jaga la akil smp umur akil 3thn, masa dia sarat ngndung pun sangup mak & nenek dia dtg dr kg cz nak jaga akil... mmg diorg syg sgt2 dgn akil...

agak nye di sebab kan dok suke cium&peluk akil masa ngndung, akhir nye masa dia selamat melahirkan baby boy thn lepas, anak dia cerah dr abg dia (anak dia yg 1st itam manis)..smp penah yg abg tu tny mak dia 'ibu, nape adik putih dr abg?'.. tergelak mak dia..agak2 nye mak dia terkenan kt akil le tu.. ops lupe , kt umh diorg tu akil ado nick name, diorg pangil dia 'PUTEH'..

akil plak mmg jenis mesra alam, so jiran2 diorg pun mmg senang join dgn akil.. kdng2 kalau mak angkt dia kene g check up ke, akil & sang abg (akim) tingal kejap kt umh jiran.. diorg ok je..

now si abg akim dh umur 7thn , dh skolah darjah 1 dh ... adik nye masuk 1thn dh , akil masuk 4thn tapi akil dh nk sama tinggi dgn sang abg tu.. pe lagi , makin jd geng gusti ler.. tp sejak thn lepas akil dh masuk taska, so x jmp le abg tu dh (jarang2 ler).. but kdng2 g jgk umh diorg. Now dh makin kerap g psl nye mak angkat akil dh jd cm agen business aku, ramai plak pakat order keychain melalui dia.. so kalau dia order dgn aku, dpt hrga special ler kan ..

gambo2 ni time bday Hazriq..


ni le abg Akim (encam dak ni)

 menu yg mak angkat akil wat sdiri

ni le mak angkat akil & adik angkt akil

geng sepermainan akil

aku bile tgk gambo ni rs syahdu je huhuhuhu entah le nape.. but suke sgt gambo ni, ada sentimental value

cerita ku di pagi ini

(gambo masa kt melaka)



salam sume...

mood pagi ni agak down , aduyai ... entah ler nape nye..

smlm nye kes le kut, aku kene g stok dak2 marketing ..pehtu kene ambik sdiri broucher2 tuk dept aku ni (nk wat cmner dak2 marketing makin 'lemauuuuu' skang ni, sume nk ngaku bos) ..

sengal jgk le pinggang aku (aku kan czer, kalau ikut x leh angkt berat2) tp sib baik ado cleaner tolong angkat jgk, kalau x mau tody aku mc ... tp nk story ptg smlm aku dh rs bdn aku semcm jek .. huhuhuhu pehtu smp umh je , aku nk menggigil2 ..terus aku mandi..maka mmg aku demam ...

kebetulan plak smlm mama aku mintak jait kan nama staf kt mini tuala nk wat gift tuk staf2 hosp putrajaya.. huhuhuhuhu aku nak x nak kene wat jgk ler, cz permintaan mama kan .. smlm 3-4jam jgk aku menjait, kejap2 benti landing kepala jap, pehtu smbung balik..smlm le paling lambat aku menjait, huhuhuh bdn x sihat ..

lepas siap je menjait, terus aku g tido... aku mkn nasi pun 1 senduk je, x lalu nk makan .. masa g tido , aku menangis huhuhuhu, psl sakit2 bdn .. pehtu akil dtg kt aku ' ibu, nape sedih... jgn nangis ye.. dah dah, syuuuu syuuu... diam yee... akil ada '.. adoyai, time tu syahdu pun ado , nk tergelak pun ado .. makin lawak anak teruna aku ni.. dia ingt cm ado org marah aku pehtu aku nangis ler tu .. wakakakakak cayang anak ibu tu.

aku xmkan panadol pun, cume minum air masak banyak2.. entah le,x lalu aku nk telan ubt.. sib baik bangun pagi ni aku ok, tp basah kuyup ler psl berpeluh2.. tu yg kebah kut.. tp kalau rs2 weekend ni aku ko, maka nye senin ler aku mc huhuhu



** codih ler , 9-10 hb ni pak ajil kene jaga kt Sepang.. huhuhuhuhu sure xg jalan2 le haku


Thursday, March 24, 2011

Cinta ??? apa makna cinta bagi kamu ... ????


Cinta kerana Allah merupakan suatu keindahan dan dipenuhi dengan keberkatan,yang disulami
dengan kejujuran dan keikhlasan. Dan ianya akan kekal hingga akhir hayat, seandainya pun
terjadi perpisahan adalah kerana Allah. Cinta merupakan fitrah dan sangat indah. Hargailah
dengan mensyukuri dan berpandukan jalan yang diredhai-Nya. Disamping mencari keredhaan-Nya.
Sekiranya tiada keikhlasan, Allah tidak redha dan ianya tidak berpanjangan.



HAPPY ANNIVERSARY TO MY BLOG


 salam kengkawan ... 

ye tajuk di atas tu sahih, dh 1thn rupe nye blog haku ni... 

HAPPY ANNIVERSARY...
                    HAPPY ANNIVERSARY...
HAPPY ANNIVERSARY...to blog kuuuuuu
                    HAPPY ANNIVERSARY...

x ku sangka2 ler... 

b4 ni aku ado blog lain, but rs nye x bape nak 'ong'.. pehtu dgn mcm2 hal nye lg kan yg aku malas nak story, last2 aku p&c kan terus blog itu, pehtu aku create blog baru.. blog ni ler....

sejak ado blog ni, aku makan ramai kenalan , business makin maju & bertambah2... SYUKUR ALHAMDULILLAH.. semoga bertambah2 murah rezeki ku lepas ni...

& x lupe ... TIME KASIH tuk kawan2 yg menyokong ku selama ni... 

LOVE UOLS...muah muah


RENUNG- RENUNG KAN


Renungan Semua



'Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA,

dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA..'

'..bersyukur pada orang yang MENYAKITI kamu kerana dia yang MENABAHKAN kamu,

bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia yang MEMUPUK kamu BERDIKARI,

bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu,

bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu.."




*** wink wink : aku sgt2 suke dgn kata2 semangat ni, cz ia berlaku pd aku .. semoga aku akan terus bersemangat

Wednesday, March 23, 2011

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH





Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.


Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya.
Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:


1- Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.


2- Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan
kanak-kanak.


3- Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai
hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan
mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi
kejantinaan seseorang-kelembutan??).


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah
masa kitaran haid wanita!


Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan
yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).


(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)


(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak
dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang
lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan
sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya
yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan
isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin
dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak
yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat
berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic
acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.
Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang
lain.


(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium,
kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia
Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral
tersebut dalam badan.)


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin
yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat
di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang
menjalani proses penapaian ialah tempe .


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan
sekuel-sekuel nya)


Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat
ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu
berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan
susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University,
Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu
berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang
bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses
tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang
mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah
menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam
phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil
perancang dalam sehari! Pergh!


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30
gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada
peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara
pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT


Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji


Salam Ukhuwah..~






Mutiara ..hari2 kau jatuh ke muka bumi ...



salam kawan2 ku...

saje je wat entry syahdu di malam2 hari ni...

as uols tau , sejak2 kejadian tsunami kt jepun tu , aku rs now bley di katakan hari2 hujan turun kan ??? pehtu sepanjang hari plak tu ... kdng2 kerisauan menerjah benak ku.. mcm2 yg aku pk kan ..

now aku dh makin sakit2 huhuhuh hari2 naik moto ker opis, hari2 jgk ler kene ujan .. huhuhu kdng2 rs smp xleh bangun le kalau pagi tu, tp aku gagahkan jgk ke opis (psl nye kang x psl2 gaji aku kene potong lg..last month gaji aku kene potong dlm rm100+ psl el 2 hari terkandas dlm banjir)..

but aku syukur, akil x sakit dh .. dia dh ok & makin membesar dgn jaya nye, jari2 dia yg mulus dulu pun dh montel2 heheheheh bile ku tilik2 kelakar le plak .. lama dh x tgk dia tembam gitu .. tp idok le dia kambang sgt2 psl dia pun bkn jenis duduk dia .. aktif sgt2 ..

tuko cite , now plak jalan makin jem .. walau aku naik moto pun..


Yahya Sulong merenung nasibnya yang semakin uzur





KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 84, berada dalam keadaan uzur sehingga kadangkala menjadi pelupa serta berperangai seperti kanak-kanak.


Isteri beliau, Datin Alisah Ali, 64, berkata, Yahya akan menyelongkar dapur dan laci untuk mencari sesuatu tanpa tujuan pada tengah malam dan gemar keluar dan masuk sambil mengunci rumah.
"Saya beritahunya supaya jangan mengunci pintu rumah jika dia hendak keluar sekejap kerana takut apa-apa berlaku dan saya tidak mempunyai kunci penduanya ketika itu.


"Saya tidak dapat tidur lena kerana bimbangkan kesihatannya,” luah Alisah ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Rabu.
Freddie Fernandez (kiri) ketika melawat Yahya bersama beberapa ahli Karyawan pada Rabu.


Yahya dikunjungi Biro Pemuzik Profesional, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
Ia turut dihadiri, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Pengerusi Biro tersebut, Aznan Alias serta rakan artis seperti Radhi Khalid dan Nassier Wahab.


Dalam kunjungan itu Karyawan memberikan sumbangan berupa cek sebanyak RM2,000 untuk rawatan perubatan beliau.
Menurut Alisah, suaminya mengalami asma, sakit jantung, sukar bernafas malah baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) seminggu yang lalu.


Katanya, Yahya sebelum ini sudah dua kali dimasukkan ke Hospital Ampang tetapi terpaksa ditukarkan ke HKL ekoran kos pengangkutan untuk dia ulang-alik menjaga suaminya itu yang tinggi.

Kos tambang teksi mencecah RM17 sekali perjalanan sementara bas awam memerlukan pertukaran sebanyak tiga kali dari kediamannya di Sentul ke hospital tersebut.


Alisah memberitahu, suaminya sebelum ini pernah menerima pencen bulanan sebanyak RM500 sebulan daripada Karyawan tetapi sumbangan itu telah dihentikan sejak empat bulan lalu ekoran krisis kepimpinan yang berlaku.


"Datuk Freddie pernah menghulurkan duitnya sendiri kepada kami. Kami juga memohon bantuan daripada Baitulmal dan masih menunggu keputusan," katanya.


Sementara itu, Freddie berkata, sumbangan derma itu diberikan kepada Yahya bagi meringankan beban kos perubatan yang dialami beliau.
Katanya, beliau bukan sahaja berjasa sebagai artis malahan atas sumbangannya sebagai polis hutan memperjuangkan kemerdekaan negara pada 1950-an dulu.


Sementara itu, Yahya berterima kasih kepada Karyawan dan berjanji akan menyumbangkan tenaganya apabila sembuh nanti.


Tuesday, March 22, 2011

7 Qadha Qadar Tuhan yang engkau tidak boleh ubah







1. Jenis kelamin
Ada operasi untuk mengubah kelamin sex. Tapi tidak boleh mengubah roh (spirit) orang berkenaan.
Terimalah dirimu, apakah engkau wanita ataupun lelaki.


2. Ibu bapa

Tidak ada yang mahu memilih dilahirkan oleh orang tua yang mana dia mahu.
So, you must respect your parents!! Apakah orang tuamu seorang pemabuk, penjudi, pelacur,
pembunuh sekalipun, you must respect them!! baik atau buruk, itu adalah kehidupanmu nanti.
Your kids won't respect you, is it terrible?


3. Hari kelahiran
Sudah ditetapkan oleh Tuhan, sebelum dunia dijadikan.
Amazing ha? But it's true. Jangan menyesal, mengapa engkau lahir ke dunia tapi disia-siakan oleh
orang yang kau kasihi. Tuhan merancang tujuan untukmu.


4. Fizikal

Kalau engkau keriting. Kalau hidungmu x mancung, terima lah itu. Saya banyak melihat orang yang
mengubah bentuk wajahnya, apakah itu memancungkan hidung, bulu matanya dicukur licin, dll, jadi
lebih buruk dan tidak natural.


5. Masa lepas

Ini juga sudah ditetapkan oleh Tuhan.
Jangan melihat ke belakang, hanya membuat engkau "frozen" - can not do anything! Look to the future
and see how good it is.


6. Kedudukan dalam keluarga
Apakah engkau anak bongsu, sulung, atau tengah, you can not change it. Nikmati dengan seadanya.


7. Suku bangsa / keturunan
Menyesal jadi bangsa yg selalu dihina lemah dsb. Juga jika ingin berkahwin perlu adat yang mahal dan susah?
Atau engkau ingin jadi orang berketurunan atasan yg selalu dipandang . So, do the best in your job, jangan
khianat dan cubalah menolong untuk memperbaiki bangsa mu sendiri.




Monday, March 21, 2011

11 Tips Menghindari Marah



MARAH


“Saya seorang yang pemarah”… Bila saya terbaca artikal ini… saya rasa diri saya terlalu kerdil…saya sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri saya… kadangkala terfikir juga… entah bagaimana rupa saya ketika marah…huhuhu…tentu hodoh kan!!!…



IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”


Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:


1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.


2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.


3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.


4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.


5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.


6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.


7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.


8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.


9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?


10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.


11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.