.
ni haku nak sambung lg story aritu ...
.
kalau kalau tau le cmner rasa nye kene demam denggi or suspek sahaja pun dh rs cm azab tau ..abis sakit 1 bdn..rs nye cm x berupaya nak wat apa2 pun , even nak angkat kepala pun susah , mato plak asyik rs panas je psl dok demam ...
.
time aku terlantar kt umah , mama keje ..abah aku kejap2 kuor keje (abah aku walau dh pencen but still wat freelance arkitek), pehtu pak ajil plak keje , kalau aku col nangis2 baru reti nk balik huhuhu cedih..so Akil je ler yg ado kt umh dgn aku.
.
sambil2 tu aku berdoa sgt2 supaya akil di permudahkan sume urusan, korg bygkan ..dia sorg je yg jaga Ibu nye yg sakit ni tau ..sian aku tgk dia, dh ler cm x terurus plak psl sume nye dia wat sdiri , main dh ler sorg2..pehtu kalau dia bangun dr tido (selalu dia akan ckp lapo) tp bile dia tgk aku sakit ni, dia awal2 lg mintak nk mandi..tp aku mmg x mandikan dia lew psl nk bangun pun aku x mampu, aku cume mampu capai tuala & bj tuk dia pakai lepas mandi...korag tau dak dia mandi sdiri tau (waaaaaaaaaaa x tertahan air mata aku now) sabun sdiri, bile dh siap dia dtg kt aku ambik tuala pehtu dia lap sdiri , then aku bg baju dia pakai sdiri .. aduyai, time tu mmg bergenang air mata aku , syukur sgt2 akil dh pandai berdikari walau usia baru masuk 4thn..
ni time dia lapa, dia ambik sdiri roti kt dapur pehtu angkut mentega & kaya ..pehtu duduk tepi aku. Time tu pun dh lunch hour..aku pun lapo tp x lalu nk makan nasi ..so dia le tlg sapu kan kaya tu kt roti pehtu suap aku ..time ni air mato aku dh berjurai2 dh ..
.
mama aku mmg ada masak, aku je x lalu nk makan nasi ..so selalu aku minum milo & roti je dlm 3-4 hari.. tu psl berat pun susut le skit ..kalau abah aku balik tgh hari, dia le masak skit sup ke telur kicap tuk cucu kesygan dia, pehtu akil akan makan tepi aku smbil tgk tv.. langsung dia x merengek2 suh suap ke , apa ke.. aku ckp 'makan elok2 key, jgn tumpah2 tau'.. kalau ada tumpah pun, dia akan ambik kain lap & kutip nasi yg bertabur pehtu kemas ..siap bwk pinggan dia letak dlm sinki...time ni aku rs cm aku ibu x berguna je psl x pandai jaga anak , tp nk wat cmner ..kuderat aku xdak langsung, lg2 kalau time demam tu dtg ..mmg sian anak aku sorg ni..sib baik dia paham keadaan.. pehtu xleh blah time dia nk tido , sure akan gosok2 perut aku & ckp 'ibu..baby tido dlm perut ibu'..pehtu dia cium perut aku ...waaaaaaaaaaaaaaaaaaa maafkan ibu cayang, ibu x mampu lg nak bagi adik...dh puas usaha xdak rezeki lg..doa2 le ibu dok umh jaga akil ..mana tau kut2 dpt kembor kan ..
.
dia rajin melayan aku, kalau aku nk bantal ke..laju dia g ambikkan , pehtu kalau aku dahaga , dia g ambik air, ambik remote tv ke ..huhuhu
.
dak ni ler yg jadi penghibur aku 1 minggu aku terlantar kt umah... dia plak makin kuat makan , susu pun dh agak jarang2 dia mintak , tu pun kalau dia ingt..
.
ni dia posing dgn bj & suor baru .. kwn opis haku jual , rm40 je sepasang ..so aku rembat (bj saiz L..suor tu saiz 13 tau , kene lipat skit..but muat)
.
100+ ni mmg ado, cume aku x leh nak minum psl nye aku kan ado gastrik .. aku try jgk minum suku cawan (buang gas dulu), tp senak jgk ler perut haku..terus aku x paksa diri tuk minum ...aku just amal minum bergelen2 air mineral pehtu mama aku wat sup ketam (dap ooooo)
.
SUP KETAM PENGUBAT DEMAM DENGGI
>>Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
.
>>Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, rasa pahit pada lidah, sakit di belakang bebola mata, lemah dan tidak bermaya, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal.
.
>>Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi. Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.
.
PENAWAR
>> Secara saintifik tiada ubat atau vaksin untuk demam denggi. Namun kita perlu percaya setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati. Jadi, saya menyarankan kepada sesiapa yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti demam ini untuk mencuba sup ketam. Ianya terbukti berkesan dan amat cepat kesannya. Selepas sahaja memakan isi ketam, lidah pesakit akan kembali normal (tidak pahit), menyebabkan pesakit kembali berselera untuk makan. Teruskan terapi (makan dan hirup sup ketam) ini untuk beberapa hidangan, hasilnya amat menakjubkan sekali. Disamping itu pastikan pesakit banyak minum air masak serta diselang-seli dengan air isotonic (contoh: 100plus), kerana ia juga akan kembalikan air dalam badan dan menutralkan toksik dalam darah.
.
Jika pesakit dalam rawatan di hospital, dah tentu berbotol-botol air akan dimasukkan ke dalam badan, disamping ubat untuk kawalan dan bukan ubat untuk denggi. Jadi, bagi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital pun disarankan untuk mengambil hidangan sup ketam ini.
.
>>Tak dapat nak jelaskan disini secara saintifiknya macam mana sup ketam ini boleh menjadi penawar kepada denggi, kerana aku bukan doktor atau ahli sains....namun aku telah laluinya, telah mencuba dan terbukti.


























