KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Thursday, June 30, 2011

winduuuu kowang tau ~~ ^-^

.
Selamat mlm korg2 sume... korg tgk wat pe tu..??
.
korg ado windu daku dak ....
.
waaaa sedih tau today , haku kejap je leh online blog... dlm kul 10 lebey tu x leh dh ... pueh le haku dok nak SIGN IN & komen kt blog2 uols.. tp xdapek2 tau .. sengal tul ler
.
aku x pasti samada opis haku dh blok atau blog ado problem, aku ado tgk kt blog setgh2 bloger tu dia pun x dpt nak log in jgk ..aku hrp2 ler sok leg ber BW.. windu kt ulos sume.
.
kalau x, mlm le baru aku leh ber BW , tu pun kalau abah tesyg ku x gune pc.. dia selalu mmg depan pc psl dok siap kan keje drafting dia tu..
.
kalau le compny aku yg blok ... mmg sengal ler, system tu mahei kan ? baik le duit tu diorg kasi yg staf2 yg x dpt increment tu ..tui dak ? cmpy aku mmg suke je bazirkan duit kt benda2 x berfaedah.

Wednesday, June 29, 2011

"BLOG DAN AKU"

.
clik gambo tuk join


1) Apa nama blog anda
: afazilzura :

2) Kenapa anda memilih nama itu
: kerana nama tu nama gabungan antara fazil, zura & akil :

3) Tema warna blog anda
: hitam , merah & putih :

4) Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di blog
: tgk pada keadaan/masa & tmpt.. kdng2 3-4 kali .. kdng2 2 kali je (tp hari2 wajib update) :

5) Isu atau topik yang selalu dimasukkan dalam blog anda
: selalu nye topik family ler, kdng2 psl makan, tmpt2 yg di lawati, business ku & info2 pun banyak :

6) Kenangan manis/pahit selama anda berblog
: kenangan manis : bile ramai blogger2 otai sudi singgah ke blog | kenangan pahit : bile ado sekor blogger hingusan menepek aib ku di blog dia(ku doa dia xkan bahagia selagi x mintak maap dr ku & semoga dia xwat pd org lain) :

7) Blogger Idola (kalau ada)
: ramai lew :

8) Target follower untuk blog anda
: 1 juta (hehehh rs2 tercapai dak? :

9) Namakan satu benda yang paling anda suka yang terdapat dalam blog anda
: header :

10) kata kata ucapan untuk Blog anda
: afazilzura = sile rajin2kan diri tuk kekal cantik & teratur okey.. nak kasi org hapy bile terjah kamu :



Wordless Wednesday ~~ ^_^


.


Mrs Librarian & Mr Doctor 1st Wedding Anniversary


.
salam uols.. today daku amat2 le rajin... cume x rajin nak story mory.. 
.
ni nak join contest dari maera sempena 1st anniversary dia.


.
Ucapan ku pada kalian : dgn berkat Bismillahhirohmannirahhim..kami sekeluaraga nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg pertama..semoga dgn kehadiran hari itu akan lebih membahagian hidup kalian, semoga kalian akan dpt cahayamata yg ramai & comel2, harapan kami agar kalian menjadi pasangan yg bahagia & berkat di sisi NYA.

KANTOI ~~ ^_^



Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kawen lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kawen lagi kot, kerana anak2 kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang sediakan.

Isteri : Habis kalau abang kawen lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita?

Suami : Yelah, sebab rumah ni mahal, takkan nak biarkan kosong macam tu je..

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik kita, toilet kita?

Suami : Ye yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia, nanti bilik ni membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksa la yang, sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang nak bagi kat kakak & adik awak lak, jadi drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aje.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh sebab dia suka handbag kale maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal....

Isteri : @#$%???????!!!!!!!!!!!

Suami : (dalam hati) Alamak!!!!!!

...kan da kantoi. hahaha


Tuesday, June 28, 2011

OREO DADDY DUNK | ketemu Aaron Aziz ~~ ^_^

 .
salam uols kesayangan hamba (wahh cm lirik lagu je kan)
.
ni baru ler daku sibuk aka gigih nak update story psl OREO DADDY DUNK event yg berlangsung kt OU.. (org lain sume dh abis story). No hal ler kan .. 
.
memula aku agak cm x bape excited no nak g psl takut xdak geng, sekali ado geng sms ku ajak join, haku pe lagi... harus ler join psl nak jmp geng blogger yg sorg ni >> CHENAMNAM.
.
mmg lawak ler, event start awal ler kan .. but kiteorg ni as usual ler , lambat le skit.. time tu dok dpt col & sms dr CNN, sian dia.. dok pusing2 crik tmpt (sib baik bos besor mu terer)..
.
time kiteorg smp, masing2 plak x ketemu psl dok berpusing2 kt dlm OU tu, wakakakak lawak tui.. (ou mmg bukan tmpt lepak ku key.. so pening ler jgk) dgn ado wing baru lamo, pehtu ado side yg tgh di renovate.

 kami2 yg sakan berbj BIRU.. sile tgk pak ajil.. smart bangattt psl nk jmp Aaron Aziz kut heheh, so aku pun terpaksa crik kemaja tuk akil...

ni dok tadah tgn xtau ler pe motif nye, baca doa makan kut

 sebelah pgg belon, sebalh pegg eskrem OREO.. mmg epy ler dak ni

DJ dok borak2 layan guest yg dtg (geng2 TV3 Quikie pun ado)

OREO yg murah bangat time ni Rm2.99 sahaja

ni rs nye cawan yg ke 6 ke ke 7 ... mmg kenyg dia

kami pilih design ni


 dlm dok sakan2 tgk Aaron Aziz, aku terdgr sore kt sebelah aku yg cm aku kenal, ghupe nye aku ketemu dgn kak tie, ni kwn lamo ler.. dia x dak blog.. ado fb je.. 

ni sesi posing haku dgn Che Nam Nam .. aci dak aku jd Che Yum YUm? hehehehe .. 
.
besh tau dpt jimba2 dgn hang tau Shi3la..mulut bertih jagung cm haku jgk.. nnt selalu2 ler dtg kl ye, aci jimba2.. nnt ado time aku ke Perok, aci plak ko jd tunjuk arah yek .. 
.
* beb , ko tau ghupe nye ado sesi jejak kasih ler.. geng opis haku ni ckp dia junior ko masa kt skolah menengah, ko kenai dak SUZILA ZAWAWI?

cute gilos anak bungsu Aaron Aziz ni key . Time diorg dtg , mmg ramai tui serbu keto Merc nye.. tp di sebabkan aku kt tgh2 that time idok le aku serbu, aku just fokus dokek jo, sib baik aku bwk kemera gabak .. kalau x , x nmpak le gambo tu dokek..

kami bersnap2 dgn maskot OREO.

akil yg suke tui jd abg beso, padahal masing2 sama umur..



.
..~ ** wink wink : tunggu yek kisah ngeri aku tu ...

KEMPEN 'SAY NO TO ASTRO' | ado berani ?? ~~ ^_^



.


KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.


Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.


Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.


Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.


” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.


” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.


” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.


Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.


Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.


Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.


Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.


” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.


” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.


Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.


Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.


” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)






** wink wink : ni bukan boikot suke2, tp tgk sdiri ler.. now bulanan nye bil pun dh tinggi, ni kan plak nak naikkan .. pengsan..tp bile angin kuat or ujan skit, mule ler xdak siaran. Kalu naikkan & mutu siaran bagus, xdak org kisah maaaaaaaaaa 


Monday, June 27, 2011

Enjit2 semut, Semut buat sarang, apa dalam selimut.... SELAMBAK KEPOK PISANG ~~^_^

.
Salam sume uols
.
bdn ku sakit2 ni, aduyaiii ... ni kes layan akil main bola pantai 1 hari suntuk, pehtu mandi pool plak lg.. 
.
so today cz of monday blues, aku gigih le meng'edit' gambo2 .. tp aku rs sok ler aku tepek ye.. sabo2..
.
eh lupe plak , psl tajuk entry tu heheheh .. kome2 lihat sdiri ler anak teruna aku nye kes ni..


.
dari jauh aku tgk, relaxx je anak teruna ku tu kan.. dlm sejuk2 aircond tu, aku tgk dia dok ralit makan kerepek ... 


tp aku rs cm semcm je, awat plak siap berselimut bagai..psl akil ni time tido walau sejuk2 pun dia x suke berselimut..
 sekali bile aku dtg terjah dekat ...ghupe nye
.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
.
Korg tgk le pe yg ado dlm selimut tu .. mak aiii , dh cm hemster le plak aku tgk .. siap smpan bekalan dlm selimut lg tu.. takut kiteorg makan le tu..


.
sabo je ler kan ..


..
* wink wink : ado cite paling ngeri dlm sejarah idup aku ... huhuhuuh smp aku fobia nak tido mlm, nnt aku cite ye

** 13 AURAT WANITA.. ** ~~ ^_^

.


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.


Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.




Saturday, June 25, 2011

SALAM WINDU DARI KU ~~ ^_^

.
salam uols.. 
.
di kala uols baca blog ku ni, daku tgh berjimba2 di PANTAI CHERATING... 

.
kalau ado blogger2 yg kebetulan kt sanun, aci je contect ku ye... 
.
tata uolssssssssssssss



Friday, June 24, 2011

JIMBA2 DI PUSAT SAINS NEGARA ~~ ^_^

.
ni entry gambo2 last weekend ni.. 
.
baru ku sempat nk tepek kt sini.. heheheh .
.
time ni weols xdak plan , so dok2 abis kan masa je.. tetiba daku ajak pak ajil g pusat sains .. ni kire 1st time weols g tau .. wakakak (lahir je kt kl, tp x penah terjah).
.
kiteorg smp dh lunch time, so pekena lunch dulu lew..



lunch yg sodapppppp

 dak kecik yg sonok dpt makan nugget & hotdog

view kt Pusat Sains

 mcm2 game ado .. mmg besh bwk anak2 kt sini..


 hok ni yg x leh tahan .. 



 bile smp kt part ni , akil mmg sgt2 sonok... dia kan suke muzik


 heheheehh mmg nmpak cm kuordr teluq kan ... (ado jual dak, aci nak teluq baby gurl)

 cute BEE

kami yg eppy 

.
time nak kuor psl nk tutup (kul 5ptg), akil meraung2 x mau kuor.. aduyaiiii .. pengsan le ibu ayah dok pujuk.. last2 bile abg guard dtg explain kt dia yg nk tutup, baru dia ok..
.
bile jalan ke kete, sekali dia ingt plak psl pool yg kt luor tu huhhhuhu .. terus dia ajak main pool... dh le pak ajil ado keje (ot kt ICITY).. sib baik mood pak ajil ok, so layan akil mandi manda dlm 2-3 jam .. 
.
tu pun puas ler memujuk time ajak balik... upah dgn eskrem baru ok.. aduyai anak


BENGKAK OCEY... SIB BAIK X KENE MATO ...sesi emosi ~~ ^@^

.
salam geng2 sume.. dg bfast ker, today & smlm aku kelam kabut aka huru hara psl geng ku EL , anak dia kene denggi (ngeriiii)... so aku kene wat 2 kejo lew.. dh ler ado event, bertambah2 bz... aku epy psl x kene memaksa diri ker PICC this week ..
.
ni smlm ptg, dok aku kalut2 bz tu ..tup tup :

.
(berkumandang lagu AISHITERU).. 
aku: assalamualaikum...
dia: walaikumsalam kak... 
aku : nape?
dia : kak ..heheh (gelak dulu dlm 30saat).. ni nak bgtau , td miza ada bwk akil g kandang .. (smbung gelak lg)..
aku: (blurrrr)
dia : (sambung balik) pehtu ada selekoh kt area situ, miza dh suk akil pegang kusi kuat2, tp dia x pegang ..sekali dia terantuk .. kene skit kt mata..
aku : (yg xbape nak concentrate td, tetiba terkedu).. hah ! , dah tu cmner dia.. ok ker? 
dia : ada la merah skit kt mata tu, tp ok.. miza dh letak minyak.
aku : oh yeker, dia ok ker
dia : dia ok, jap2.. miza kasi dia ckp 
akil : elo ibuuuuuuuuuuuuuu, td kan kite tgk monkey kecik.. comel tau ibu..kite dh makan nasi td.. bla bla bla..
aku : ok , jgn nakal2 tau .. elok2 tau. sakit x mata tu..
akil : sakit skit.. ok ibu, akil nak tgk otoman..
aku : key tata... 
dia : ok kak .. nk bg diorg makan.. 
aku : (hang up).. WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA sian anak ku..

.
aku bile letak tu , rs nak meraung jek.. geram pun ado, dh tau ado budk kecik tu , suh le dia sandar ker, ikat seatbelt ker.. hape ker kan .. geram tui, bbysiter akil tu baru je dpt lesen drive, tp aku rs laki dia drive , cume dia dok kalut pegg anak dia, anak org dia bior.. 
.
dulu b4 dia ado anak dia now, ok je .. now dh ado anak kecik (dh 1thn lebey) dia bior je anak aku tu, entah2 akil x makan kut.. cz now balik umh ...mlm sure 2-3 pinggan nasi abis licin.. pehtu kt umah now melalak2 nyanyi, psl aku rs kt umah bbysiter dia langsung dia x leh bising.. 
.
aku tau arr dak tu excited dpt anak baru, tp anak org ni amanah jgk kan, mentang2 aku jenis x 'jahat' mulut sgt.. aku senyumm je kan, dia naik lemak kan.. 
.
cer korg tgk... 


.
kalau anak korg kene , pe korg buat / rs ?.. 
.
mlm td mama & abah aku tgk .. membebel2 diorg , cucu depa kene gitu.. mau diorg x bising.. aku pe lagi , dh paneh tinge dgr diorg bising2 aku sms dak tu .. dak tu mintak maap bagai.. today dak tu xdak , tp aku paksa dia suh tny org yg leh jaga anak aku .. sib baik jiran depan umh dia leh jaga kejap.. bbysiter dia kene g skolah anak dia, ambik report card. aritu dh cuti 1 minggu lebey balik kg.. time tu aku kene cuti 2 hari, lg 3 hari abah aku jaga.. hish susah betui.. tp aku agak syukur psl akil x demam2 or sakit2.. 
.
kdng2 mmg ado pro & con dlm penjagaan anak2 ni kan.. now aku survey2 jgk taska, tp kebanyakkan nye belah umah aku (BTHO), belah umah abah aku x banyak .. 
.
huhuhuhu