.
Dah dengar ke kisah ni ? Kalau dah dengar pun apa salahnya dengar lagi sekali.
.
Ini kisah seorang suami yang sangat garang kepada isterinya. Silap sikit, tangan naik ke muka. Ada pun akan isterinya tersangatlah takut akan suaminya.
.
Suatu hari suami ada masalah dalam perut. Dia pun pergilah berjumpa doktor. Doktor suruh dia bawa urin untuk dibuat ujian keesokan harinya.
.
"Malam ni encik puasa mulai jam 10 malam .. besok bangun pagi, masukkan urin ke dalam tabung ini", nasihat doktor sambil memberi sebuah tabung kepada si suami ini.
.
Seperti diarahkan, si suami pun berbuatlah begitu.
.
Di pendekkan cerita, esoknya selepas ujian dibuat, Doktor pun memandang muka si suami tadi dengan muka sedikit berkerut, seraya berkata ..
.
"Inilah kes pertama saya pernah jumpa sepanjang saya menjadi doktor selama 18 tahun .. "
.
Si suami tadi terasa sangatlah risau lantas memintas dengan bertanya ..
.
"Kenapa doktor. Serius sangat ke sakit saya ni"
.
"Tidaklah serius ... cuma awak di dapati mengandung sahaja", terang doktor sembil memandang tepat biji mata si suami tadi. Akan si suami tadi amatlah terkejut apabila mendengar berita itu.
.
Di pendekkan cerita lagi, si suami tadi lantas balik ke rumah dan terus duduk termenung. Isterinya risau lalu mendekatinya seraya bertanya.
.
"Mengapa abang termenung panjang"
.Si suami pun segera menjawab.
.
"Hasil ujian air kencing abang tadi, abang di sahkan mengandung" dan menyambung menungannya.
.
"Tak masuk akal, kenapa jadi begitu" tingkah isterinya.
.
"Entahlah .. Doktor tu pun pelik .. Tapi ujian air kencing abang menunjukkan begitu" .. isterinya terdiam dan selepas beberapa ketika si suami menyambung lagi ..
.
"Abang tak risau sangat tentang mengandung tu, kalau itu sudah di takdirkan .. apa yang abang risaukan, baby itu nak keluar nanti ikut mana".
.
Isterinya tersenyum secara perlahan dan akhirnya ketawa lalu berkata ..
.
"Sebenarnya air kencing abang tu telah tertumpah oleh saya. Lalu saya gantikan dengan yang saya punya. Saya takut nak bagitahu abang, sebab abang mesti mengamuk dan melesing saya" terang isterinya sambil bersedia untuk menepis lesingan.
.
" .. tak sangka pulak saya dah mengandung .." sambung isterinya lagi.
.
Muka si suami yang tadinya kelihatan sugul beransur-ansur tersenyum dan terus berkata.
.
"Kenapa apa awak tak cakap siang-siang .. buat panik saya jer"
Selepas dari peristiwa itu, si suami tadi telah berubah menjadi seorang suami yang penyayang.
hehehe.......
