KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Tuesday, March 27, 2012

Parang di muka Mawi


DICEROBOH...Mawi menunjukkan tingkap belakang rumahnya yang digunakan perompak untuk memecah masuk.
.
KAJANG: Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.
.
Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.
.
Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.
.
Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.
.
Menurutnya, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, dia, isteri, Nor’Ashikin Rahmat, 32, atau Ekin serta ibu mentuanya, Fatimah Saad, 55, tidur sebilik manakala nenek mereka, Salmah Sahan, 77, berada di bilik sebelah manakala seorang pembantu rumah di tingkat bawah
.


*** beso betui umah dia ye.. cm umah Bos beso

11 comments:

  1. 10k tu celah gigi jelah..banding umah dia yg besar gedegang tu..hehehe..

    ReplyDelete
  2. kannnn besooooo..nak main semunyik2 ni mesti semput huhu..

    tapi mesti seram masa kena rompak tu..aih mohon dijauhkan..

    ReplyDelete
  3. sib baik semuanye selamat..Alhamdulillah... :)

    ReplyDelete
  4. Mujur dia dan keluaganya tidak diapa2kan..

    ReplyDelete
  5. besar giler rumah mawi ni..rumah mewah mcm ni mmg mnjadi target utama perompak kn..adehhh

    moga keluarga kita dijauhkan..

    *maaf tk dpt hadir majlis beday tu..tq sudi jemput..

    ReplyDelete
  6. aduiyaii..kalo kite pon risau...huhu sape xsyg anakkk huhu..beso umah mawi..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semua selamat...Mawi kayo & berado, perompak dok bukak mato

    ReplyDelete
  8. ish bahayanya... dulu rumah wardina skrg rumah mawi plak... alhamdulillah semua selamat

    ReplyDelete

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah