KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Wednesday, June 13, 2012

Mahkamah - lawak tengahari

.


Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.


.Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)


Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?


Saksi : Itu gambar, tuan.


Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.


Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.


Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!


Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.


Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)


Saksi : Baru kejap tadi tuan.


Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?


Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.


Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.


Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.


Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)


Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.


Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)


Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)


Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?


Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.


Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG AKU BUNUH TU LAHHHHH!!!!!






** mood still swing, keje banyak ... nnt i story psl 1st time weols ke luor msia ye



5 comments:

  1. eh tetibe peguam tu ckap dia bunuh mangsa tu plak...hahaha...

    ReplyDelete
  2. ahah tiba2 ngaku lak kannn sabau je lah

    ReplyDelete
  3. hahahahaha...mengong!!!...;D

    ReplyDelete
  4. Hahaha...udahnya peguam 2 yg mgaku sndri...kes ttekan sgt lah neh...hoho

    ReplyDelete
  5. boleh tahan gak yg kena soal tu..kalau dpt kat aku..trus aku tikam..hahaha

    ReplyDelete

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah