KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Tuesday, August 14, 2012

Teladani puasa Rasulullah

.


AL-QURAN sebagai kalamullah telah mengabadikan Rasulullah
SAW sebagai utusan Allah dan penutup sekelian nabi. Sebagai
nabi terakhir, baginda merupakan uswatun hasanah dan menjadi
contoh teladan yang baik kepada umatnya.

Dalam ibadat puasa Ramadan, Rasulullah telah menunjukkan
teladan yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW
telah bersabda dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud:
"Apabila seorang daripada kamu sekelian berpuasa, maka janganlah
 ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi,
maka katakanlah, sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.

Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang
yang berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih
harum daripada bau kasturi.

Sama-sama kita renungi beberapa tatacara dan adab puasa yang telah
diamalkan oleh baginda sebagai teladan dan iktibar untuk diikuti oleh
semua umatnya.

Dalam penyempurnaan ibadat puasa Ramadan, beberapa langkah yang
telah diambil oleh baginda antaranya ialah;

Memantapkan niat - Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka
tidak sah puasanya." (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Melaksanakan makan sahur - Anas bin Malik r.a. berkata telah
bersabda Rasululla SAW yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian,
sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya. (riwayat Muslim).
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu
ialah ganjaran pahala daripada Allah. Sahur akan menguatkan lagi
semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk
melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.

Imsak Rasulullah - Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang
daripada kamu mendengar azan Subuh padahal bekas minuman masih di
tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan
meminumnya. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). Keadaan yang
digambarkan oleh hadis tersebut ialah kepada seseorang yang terlewat
ketika bangun untuk makan sahur.

Mempercepat berbuka - Sahl bin Saad berkata sesungguhnya
Rasulullah SAW telah bersabda: Telah berfirman Allah Taala
"hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera
berbuka puasa bila tiba masanya" (riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah).

Memperbanyak membaca al-Quran - Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: Orang-orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran,
maka kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan
limpahan rahmat. (riwayat Muslim). Barang siapa yang membaca satu
huruf al-Quran, maka pahala untuknya 10 kali ganda. Namun membaca
dalam konteks hadis di atas adalah ketenangan dan limpahan rahmat akan
lebih mudah dicapai bila tadarus diertikan dengan mempelajari, menelaah
dan menikmati al-Quran.

Memperbanyak sedekah - Sedekah yang paling utama adalah sedekah
pada bulan Ramadan. Bersedekah bukan hanya memberi wang tetapi
termasuklah mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama
kepada golongan fakir miskin.

Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk. Segala
tingkahlaku mestilah mencerminkan budi yang luhur dengan menjauhi
kelakuan tidak sopan seperti mengumpat, mengeji dan sebagainya sehingga
membawa kepada Allah tidak menerima amalan puasanya itu.

Rugi rasanya jika kita membiarkan Ramadan yang sedang kita tempuhi ini
berlalu begitu saja sedangkan ganjaran yang sedang menanti adalah terlalu
banyak. Lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana pada setiap malan
bulan Ramadan ada suara yang memanggil, "Wahai orang yang melakukan
kebajikan terus tingkatkan apa yang kamu lakukan itu. Wahai orang yang lalai,
hentikanlah segera akan kelalaian yang sedang engkau lakukan. Mudah-mudahan
Allah akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus, menghapuskan dosa dan memasukkan kita dalam golongan manusia yang bebas dari api neraka."




1 comment:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah