KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Wednesday, September 5, 2012

ZENTEL

.
Assalamualaikum sume kengkawan ...
.
emm x lama dh aku akan 'bercuti' kt umah :p ... leps banak kebetulan plak aku dh x keje (pjg cite).. so dpt ler pantang lama skit.. hrp2 bln 12 or bln 1 dpt keje lain ..
.
ni smlm weols beli ubt CACING tuk anak teruna , psl mmg dh due dia every 6month kene makan ubt cacing.. dia pun dh aktif kan , kdng2 kuor x pakai seliper phtu mkn kdng2 x bsuh tgn .. so kene lew jaga kesihatan perut dia.. kut2 kang ado plak cacing2 jahat yg nk merosakkan perut dia..
.
aku mmg selalu kasi brand ZENTEL ni, cz fmily pun mmg gune brand ni.. senang di perturun je lew.. tkut jgk nak try produk jenama lain, kang ado effect ke x sesuai ker kan .. haru plak ..
.
so next treatment , bln 3 thn depan pulok ye..

.
Jangkitan cacing pada kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak kurang selera makan, berat badan menurun, pertumbuhan kanak-kanak terencat, sistem ketahanan badan kurang, kanak-kanak mudah demam dan mengalami bengkak kelenjar yang berulang-ulang.
.
Sehubungan itu, mencuci tangan dengan sabun dan air setiap kali sebelum dan selepas makan serta basuh buah-buahan segar sebelum anak anda makan. Jangan lupa pastikan anak anda memakai selipar atau kasut setiap kali berjalan keluar dari rumah selepas keluar dari tandas dan mencuci seluruh badan menggunakan sabun setiap kali mandi.
.
Dalam pada itu, pantau kesihatan anak dengan memberi rawatan ubat cacing.

Ubat cacing boleh diambil setiap 6 bulan. Ada dalam bentuk cecair ataupun tablet telan atau kunyah pelbagai perisa seperti coklat, strawberi, pisang dan buah-buahan..
Ubat cacing mengandungi Albendazole ataupun Mebendazole sebagai bahan utamanya. Kedua-dua jenis ubat cacing ini mampu menghapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Albendazole bertindak menghalang penyerapan gula dan menyebabkan cacing-cacing tersebut kehilangan tenaga dan seterusnya mati.
Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan – mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.
.
Sistem imun kanak-kanak yang tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing antara penyebab utama golongan ini mudah dijangkiti, tetapi jangkitan boleh berlaku pada golongan dewasa juga sekiranya kebersihan tidak diamalkan. Jangkitan cacing juga boleh diperolehi dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya (jangkitan melalui kulit).
.
Tanda-tanda kecacingan:-
  1. Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  2. Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  3. Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  4. Alahan terhadap makanan
  5. Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
  6. Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  7. Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  8. Tiada selera makan, pucat,
  9. Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  10. Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
  11. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  12. Hiperaktif
  13. Sakit kepala
  14. Sensitif terhadap cahaya
  15. Gusi & hidung berdarah
  16. Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
.
Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.
.
Cara-cara mengelak jangkitan cacing
  1. Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan
  2. Cuci tangan selepas keluar tandas
  3. Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
  4. Pakai kasut apabila keluar rumah
  5. Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
  6. Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai
  7. Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius
  8. Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)
  9. Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.
Cara pengambilan Albendazole atau Mebendazole
.
Kanak-kanak 2 tahun ke atas sehingga orang dewasa – 1 dos
Kanak-kanak 1-2 tahun – 1/2 dos
* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang sama sekali dari mengambil apa jua jenis ubat cacing !
Almex 400mg Vanilla Flavor Chewable Tablet
(Albendazole 400mg)
RM5/tablet
Family package 5 tablets for RM20 only!

Jenis-jenis cacing dan kesan sampingannya.

A) Cacing gelang
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.
.
Penghijrahan cacing:
Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.
.
B) Cacing cemeti
Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan ‘prolaps rectum’ atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.
.
C) Cacing kerawit
Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung
Bahayakan cacing ni, so dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan ubat cacing ni. Perlu ingat tau, walaupun kita orang dewasa, kita masih lagi perlu mengambil ubat cacing untuk kesihatan kita.


17 comments:

  1. Teringat masa kecik, makan ubat cacing, masa kat sekolah.nurse kasi :)

    ReplyDelete
  2. Lagipun bukan susah nak telan ubat cacing nie kan. Manis budak pun suka..

    ReplyDelete
  3. kita dulu x susah kooot .. ekek x ingat dah ..

    kalau anak2 skrg , mak aihhh mereka dah tahu , mereka x nak dahhh ;)

    ReplyDelete
  4. hari tu ajmal dgn aqil mkn at klinik.ambik yg tablet punya.hehehe..

    p/s;semlm ajmal sebut nama akil khairi.ana cakap,'eh,tu anak kwn mama tu'..then dia cakap lg...'papa dia beli alza baru warna hitam jugak..mcm kita punya..:)...'

    ReplyDelete
  5. atty's >> haah dlu2 kt skolah nurse kasi ....

    ReplyDelete
  6. Kakzakie >> haah kak , bau dia sodappp je

    ReplyDelete
  7. sis ieda >>> akil suke je minum kak .. laju dia teguk smlm psl dia ckp sodap..

    ReplyDelete
  8. ~ana~ >>> yg tablet zr x penah lg kasi kt akil ..

    > oh yekew.. wakakakakak diorg ni mmg hafal nama penuh masing2 kan ?
    tu sure anak2 ana nmpak masa kitrg ambik akil senin tu ..

    ReplyDelete
  9. anak2 sekrg mmg kena mkn ubat cacing. ermmm lupa lak, patut anak akak pun dah kena mkn ni

    ReplyDelete
  10. ♥MAMASYAZA♥ >> haah kan .. nw cuaca pun dh x bersih .. mcm2 vit kene kasi ..
    ubt cacing pun penting...

    ReplyDelete
  11. mujurla tak ada gmbr cacing, kot tak ngeri gak nak menengoknya apatah lagi membayangkan dlm bdn. wawawaaaa... yerks. auni dah minum adli blm lagi. beli dah.

    ReplyDelete
  12. aku x pernah belikan pun anak aku ubat cacing ni zura, aku mmg bergantung pada ubat cacing yg doktor bagi time check up dia, mmg Zaquan skrg ni check up 6 bulan sekali n doktor cuma bg ubat cacing jerk..

    ReplyDelete
  13. Nak tanya.
    Kalau makan ubat cacing jenama Zentel jenis tablet, cacing tu akan keluar bersama dengan najis atau akan "terhapus" dalam perut?
    TQ.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hancur.. Ubat cacing jenama zentel mmg bgus. First sy nk mkn agak risau la juga dlm hati trpikir btul ke ckp org yg ubat zentel ni hancur dlm perut. Dan mmg ya dia hancurkan dn kluar jd najis je. X mcm dlu. Yg dh lama xmkn tu amik blik dos tunggal 3 hri berturut² erti kata 1 hri mkn 2 biji tablet zentel. Lps tu amal kan stiap 6 bulan skli.

      Delete
  14. orang yg sakit jantung boleh ke makan ubat cacing ni ?

    ReplyDelete
  15. orang yg sakit jantung boleh ke makan ubat cacing ni ?

    ReplyDelete

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah