KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Wednesday, February 29, 2012

PAGI TANPA KATA2... | DURJANA PUNYE MANUSIA


.
ni bkn manusia dh ni .. ni lebih HINA dr BINATANG ..


.
info penuh di MYMETRO

Tuesday, February 28, 2012

JANJI dan SUMPAH syaiton terhadap WANITA

.
IBLIS LAKNATULLAH membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan (seperti tanggapan wanita sosial masakini/hamba sosial masakini)…..

.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
.
Bagaimanakah caranya?
.
1. Membuka Bahagian Tangan
.
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).
.
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang". Begitu bisikan syaiton.
.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
.
Maka syaiton berbisik, "Hah,tak apa-apa kan.?"
.

2. Membuka Leher dan Dada
.
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaiton untuk membisikkan perkara baru lagi.
.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka".
.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
.

3. Berpakaian tapi Telanjang
.
Syaiton berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang".
.
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaiton menokok-nambah.
.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
.

4. Agak Terbuka Sedikit
.
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa".
.
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
.

5. Tudung Semakin Kecil
.
Kini syaiton melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
.
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung".
.

6. Terdedah
.
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaiton datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan".
.
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
.

7. Membuka Seluruh
.
Syaiton kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
.
Benar-benar bisikan syaiton telah menjadi penasihat peribadinya.
.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
.
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
.
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaiton menghasut.
.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
.
Ingatlah, SYAITON LAKNATULLAH hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Na u’zubillah...


.
INgATLAH, kiamat semakin hampir !!!

Thursday, February 23, 2012

AIR MATA RAKYAT MALAYSIA MELIMPAH KE BUMI .. PERGI NYE ARWAH ADIK FARIS

.
salam sume..
.
rasa nye dh ramai ketahui psl Arwah adik Faris ni.. heboh kt fb pagi td..
.
b4 ni aku penah baca, tp sekali lalu je.. tp hari ni hati aku berat sgt2 nak tau lebih lanjut psl adik ni.. lantas terus aku bukak blog En Mazidul (ala wrtawan Tv3 tu).. korg leh tgk kt blog dia..
.
.

Adik Faris
.

cute kan anak teruna sorg ni, baru berusia 6thn .. sapa sangka pada mula nye dia hanya dpt demam biasa, tp as kebiasaan ibu bapa yg alert , diorg bwk anak adik faris terus ke SJMC..
.
dlm masa 4 hari doc detect yg adik Faris ada BARAH DARAH .. masyallah, besar nya dugaan yg KAU beri pd adik ni.. selama 23 hari dia berumah di SJMC, berteman setia ibu & abah dgn tanpa sekumit pun rs bosan menunggu .. bg mereka , semoga ada sinar untuk anak mereka.. meraka nak lihat adik faris ni sihat & sembuh cm sediakala..Adik faris dh 4 kali menjalani kimo .. wajah dia semakin sungul, mungkin dia x tertangung sakit nye.. tp dia tetap bersemangat , mungkin x nak ibu & ayah risau akan keadaan nye..
.
sapa la kite tuk tentukan hidup& mati .. tepat jam 10am (setelah tenat sejak jam 9lebey) akhir nye adik faris meninggal kan sume.. berakhir lah dugaan untuk anak kecil ni.
.
AL Fatihah .. semoga adik faris di tmpatkan di syurga.. insyallah ramai rakyat msia yg mendoa kan nye..
.
semoga Ibu & ayah adik Faris akan tabah menghadapi nye.. aminnn

.
aku cume mampu letak gamba si comel ni, gamba2 yg lain korg leh tgk pd blog en mazidul, x terdaya nak tatap wajah terakhir adik ni.. rs nye 1 hari ni air mata aku x kering2...

Wednesday, February 22, 2012

wordless wednesday | SEGARRR di PAGI HAri ~~ ^_^




.
ketagihan ku skang .. tp xleh minum selalu kang kene kencing manis plak

Tuesday, February 21, 2012

APA CELOP ..TOkkkk (sengau kan skit)

.
salam sume.. minggu ni aku MAHA bz .. sowe sgt2 kalau blog x berupdate ye .
.
tp di sebab kan cite mlm td ...APA CELOP.. aku update jgk ler..
.
memula dgr psl tajuk cite ni nk tergelak pun ado, geli pun ado .. entah hape2 ler,cm x de nama lain nak kormesil kan drama baru ..
.
tp bile tgk cite nye mlm td, emm mmg kene ler.. cite pun lebih2 kurg cm cite ADNAN SEMPIT jer nghupe nye.. ni kire ala2 cm tag line tuk dak2 merempit ler ni.. tp si hero nye tu ala bf intan lidyana tu, cm x bape nak kene plak bwk watak hero tu.. yg geng dia (si Tai) tu mmg sajak ler dgn watak tu .. mmg ngam.
.
eh jgn lupe tgk ADNAN SEMPIT 2 , mmg pecah pangung le nnt tu .. tp aku cite2 melayu ni x tgk ler kt wyg (kecuali kalau pree) harus ku tunggu DVD kuor..

.
ibu : akil , pi minum air b4 tido ..
akil : PE CELOP ibu ni..
ibu : haaaa kang ibu celop dlm jamban .. nakkkk?
akil : waaa x nak xnakkk..soryyyy

Friday, February 17, 2012

PAK AJIL NGIDAM ... tu psl now weols x cukup tido

.
salam ptg sume.. huih x sabo le nk tunggu kul 5, lepak2 kejap kul 6 pak ajil dtg ambik ... yehuuu . Malas ler nak stay lelema kt opis, mood bercuti dh ni.. kalau ikutkan tody nak cuti , tp pak ajil plak x dpt cuti .. huhuhuhu , so kene ler keje.. bile mind dh set cuti, so otak x bape nak aktif like as usual ler..
.
korg cayo pak ajil ngidam???? sile2 ler cayo .. xtau ler bile start nye, kalau ikut kan hari2 weols akan kuor umah dlm 7.45 am tuk anto akil ... kdng2 org dh start zikir baru akil smp hihihi.. pehtu baru ler weols pi kejo, aku smp opis kat2 kul 9 , emmm kalau opis pak ajil tu for sure kompom ler kul 9 lebey baru dia smp ..
.
so start last week , aku ni sejak 2 menjak ni x leh nk tido lena.. entah ler nape, tetiba pak ajil plak kul 5 am dh bangun , pehtu siap bukak lampu bagai .. mamai di buat nye, pehtu mcm2 bendale dia wat nak tunggu ke azan tu .. then terus dia mandi solat , aku konon2 kul 5am tu nak ler lelap balik.. tp x dpt2.. dh le hari tu kul 2am baru lelap , berat je rs kepala ku ..
.
lepas dh siap2.. kul 6 dh kejut akil, sian le anak teruna ku.. mamai2 di buat nye, kalau bley time mandi t pun dia nak lelap mata .. dh ler dia tido lambt. Then kul 7am dh anto akil, aritu akil org pertama smp, terkulat2 ler dia.. tp aku dh bgtau kt ustazah , biorkan akil lelap kejap .. cz atas moto pun dia leh bantai tido lg..
.
then itu ler rutin kami dlm 2-3 hari, pehtu aku xleh tahan dh .. kalau aku terjaga kul 5am sure aku malas nak bangun , dh azan baru aku bangun.. akil pun skang ni kul 10pm dh lena, kul 6am dh bangun .. cm pg td ler, dgr azan je dia dh bangun sdiri .. bagus anak ibu.
.
berbalik pd ngidam .. lepas je anto akil kt school ado ler makcik jual nasi lemak tepi jalan, hari2 weols tgk mmg ramaiiii sgt org .. di sebabkan skang ni weols awal, so hari2 ler pak ajil singgah .. sure menu pak ajil NASI LEMAK telur mato , aku kdng2 bertukor pd behun .. xkan hari2 nak berlemak je kan , lelaki x pe lew.. nasi lemak makcik ni jenis cm org2 kg, mmg sgt2 rs cm nenek2 kite masak .. dapppp sgt. Emm now baru aku tau nape pak ajil semangat sgt pepagi.

DIA MINTAK KAIN PELIKAT PULAK .. MANA NAK CARIK ?????

.
salam & morning sume kengkawan ku ... uols dh kenyg ker? tgh bz ye.. ? daku bz tp take 5 kejap ler nak menulis kt blog .. tody rajin plak hihihi..
.
ni haku nak story , mlm td weols kul 10.30 masing2 dh 'pengsan'.. wakakak x penah weols tertido awal cmtuh , selalu nye kul 12 sure mato terang lg.. myb dh 3-4 hari ni dok bangun awal jer.. so mlm awal le ngntuk nye.
.
akil plak myb penat kt school , tu yg lepas makan nasi 2 pinggan terus rs nak lena..
.
pagi2 td time azan masing2 dh bangun, aku sempat mandi .. kuor2 bilik air tgk akil dh tercegat depan pintu, nak pi mandi .. awal tui ler teruna aku bangun , bagus ler x yah di kejut pun bangun sdiri .. pehtu lepas solat , pak ajil baca Quran jap (rs cm dlm bulan Ramadhan plak).. aku dok siap kan minuman akil.. tp aku dgr ler perbualan akil dgn ayah dia .. (lepas ayah dia siap baca Quran, ayah dia pi gosok bj keje)

.
akil : ayah .. kenapa ayah pakai kain masa solat ??
ayah : lelaki mmg kene pakai kain masa solat , lg pun ayah kan dh besa..
akil : ooooo kalau mcm tu , mmg siang akil nak pakai kain jgk la.. akil kan lelaki dah besa pun
ayah : ok ..

.
masa akil minum susu cawan dia, time tu gelap ler lg.. bile weols kuor nak anto akil pi school dh kul 7.30 am , so agak terang .. pehtu akil smbung lg..
.
akil : haaaa ayah , skang dh siang ..bile nak beli ?
ayah : nnt la ayah beli .. cmner nak beli skang , kedai x bukak ..
akil : ooooo ayah janji tau ..
.

aduyai , anak teruna sorg ni.. dia mmg seorg yg sgt ingt kalau berjanji , mmg dia akan tuntut smp ke sudah (ikut peel ibu dia wakakakak).. walau kdng2 kami ni dh lupe dh pe yg di janji , tp akil mmg akan ingtkan .. so kene ler tunaikan .
.
td saje google kain pelekat tuk kanak2.. mmg ada tp kt ner nak crik, yg aku jmp ni umakaiiii mahei yg amat2.. kt rm100 1 set dgn sejadah .. (akil time lepas sunat x pakai kain pun , mana muat kan .. pakai selendang je , itu je yg muat2 dia kan)

.

Thursday, February 16, 2012

NAK TERKELUOR BIJI MATO

.
salam ptg sume...
.
lemau nye rasa diri ku ni hari ni, nak story pun xde story yg nak di storykan wakakakak.. sengal dh rs nye, lunch td ku makan sandwish telur & sardin je.. aku x lalu le nak makan nasi ..pg td dh makan behun +telur grg, myb le kenyang lg..
.
berbalik pd tajuk, korg penah x tgk bijik mato korg dekat2? penah ? ye ker? bkn dekat skit tau .. ni dekat2 smp nmpak ke dlm2 tu .. kalau x penah, meh tgk .. lawo x?





Apa Efek dari Air Ketuban yang Berwarna Hijau?

.
Dok, waktu saya melahirkan anak kedua, air ketubannya berwarna hijau. Kata bidan, mungkin itu hanya karena lahir lewat tanggal yang diperkirakan. Sebenarnya apa penyebab air ketuban berwarna hijau? Dan apa akibatnya buat anak saya? Mohon penjelasanya dok. Terimakasih.

.

Dewi (Perempuan Menikah, 27 Tahun), dewiXX@yahoo.com
Tinggi Badan 148 Cm dan Berat Badan 45 Kg


.
Jawaban
.
Air ketuban hijau diakibatkan oleh keluarnya mekonium yaitu kotoran janin ke dalam cairan ketuban. Keluarnya kotoran janin ini disebabkan oleh stres yang dialami janin dalam proses persalinan.
.
Pada umumnya, air ketuban hijau tidak berdampak apapun pada janin dengan syarat detak jantung janin selama proses persalinan tetap baik.
.
Tapi bila air ketuban hijau kental, perlu dilakukan pembersihan rongga mulut, rongga hidung dan jalan pernapasan sebelum bayi melakukan gerakan pernapasan yang pertama. Ini supaya air ketuban yang hijau kental ini tidak terhirup ke dalam paru-paru yang bisa mengakibatkan gangguan pernapasan.

Wednesday, February 15, 2012

TIPS : Tampil menggoda di mata suami

.
Bukan sedikit para isteri yang bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, oleh kerana itulah, mereka sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

.
Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami. Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja.
.


Berikut disenaraikan beberapa cara yang boleh anda lakukan...


Rambut terurus
Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang seperti 'Kak Limah', sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.
.Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.



Bibir merah menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.



Pamerkan kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.



❀ Bayangan menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.



Tukar gaya
Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.



❀ Pelihara organ intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.








.... SMP RASA NAK PENGSAN , SIAP KUOR AIR MATO

.
salam kengkawan sume... konon2 nye nak update awal2 pagi, tp nak siap kan keje dulu ..
.
dr mlm td susah sgt2 nak tido .. emm bkn baru smlm, dh kt 2-3 minggu susah nak lena mlm .. uols ado tips x  cmner nak kasi tido lena ... mlm td je tido kul 2am , pehtu kul 5am dh dgr pak ajil tung tang tung tang dlm bilik.. entah pe dia buat , myb gosok baju le kut.. pehtu kat2 kul 6am , akil plak terjaga (aku baru nak tido2 ayam) dia ckp 'ibuuu, akil rasa nak berak la'.. aduyai anak. Terpaksa ler bangun jgk , psl kene teman dia pi jamban .. then for sure le x leh nak tido balik , bile azan dh berkumandang .. terus ler mandi2...
pg td akil paling awal smp ke tadika tau .. sian dia, dia ngntuk lg sebenor nye, hrp2 kul 1pm ni dia tido lena ler (tadika dia mmg ado time tido). Akil smp opis pun kat kul 8.. awal tau , sibbaik geng dh smp .. hrp2 balik awal ler arini
.
berbalik pd tajuk entry , mlm td aku kemas2 beg akil .. nmpak arr buku Iqra' dlm beg ni, pehtu ustazah ada sign , makna nye akil ada homework menghafal 1 pages dlm buku tu .. pak ajil ler yg tukang layan akil .. aku ni mmg lemau le lepas makan, kebetulan ado kwn dtg umah. Bile dia balik baru aku leh makan, pehtu layan VANILA CHOC plak kan ..
.
dlm aku dgr gitu2 , mmg aku dgr ler pak ajil ajar akil ...
.
pak ajil : Akil, baca ni ... Alif di atas ??
akil : AAAAAAA
pak ajil : Ba di atas ??
akil : BAAAAAApak ajil : TA di atas ...??
akil : TAAAAAA
Pak ajil : Sa di atas ??
akil : SAAAAA
pak ajil : JIM di atas ......????
akil : (dgn innocent nya dia menjawap) ... ATAS POKOK.
.
erkkkkkkk ... aku yg dgr ni gelak golek2 smp kuor air mato tau , pak ajil lg ler.. dr serius nak ajor terus dia gelak jgk .. akil plak cm bengang je, dia x gelak pun .. myb bg dia , dia dh jwp dgn jujur dh.. tp nape plak ibu ayah aku gelak2 ni..
.
aduyai anak ku, kalau le dia xde kt umah .. tu yg rs sunyi semcm , leh mati kutu le weols..
.
apa2 pun , dia still dlm proses learning.. pak ajil pun betui kan pe yg salah ... tp hati kami tetap rasa sgt2 bahagia dgn kehadiran dia.. TQ cayang ibu..

Tuesday, February 14, 2012

SODAQALLAHULAZEEM.......

.

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini.



Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu


“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka


” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”


” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?


“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”


” Bang anak? Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat


” SODAQALLAHULAZEEM ”


Tu lah dahsyat nya malam Jumaat……

Tip Meransang Kebahagiaan


.
Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya.



1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasastresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedangdibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untukmenambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nayanamanya.


2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yangtersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.


3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudiansemasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, taksengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manjapada anda. Aduh, boleh cair jadinya.


4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketikaitu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi janganbesar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda sepertimengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintutu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’


5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnyatersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mestiseronok menyakat si dia dengan cara ini.


6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menontontelevisyen atau semasa berbual-bual. .


7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah sepertiorang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bilasudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda puladimarahinya.


8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nakjuga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketikabersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.


9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri punkurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buatdengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.


10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulahterancam si dia memandang.


11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apasalahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanyadilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.


12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepasmandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasahendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidakbiasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….


13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti orang marah. Dalam masa yang sama, merekatentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknyamenambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanyaterutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pulapada anda.


14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergeseldengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini jugaboleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…


15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampaimerah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes nayajadinya.


16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika dudukbersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pastihatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasadirinya lebih disayangi.


17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlutunggu- tunggu lagi.


18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Olehitu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Biladah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.


19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkanpakai annya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.


20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia.

Selamat mencuba.





Monday, February 13, 2012

Mengapa Orang Meletakkan Anak Patung Bawah kereta ?.. NAK TAHU ? MEH BUKAK ENTRY NI

.







Sudah tentu sahabat-sahabat... pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.


Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)


Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).


Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..


SUMBER: Hamba Allah


PESANAN : tolong sebarkan..

Pautan mengenai Patung yang digantung pada bumper :
(http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3238231683199&set=a.2554620273341.2146748.1488975024&type=1&theater)See more


SILA TAG DAN KLIK "SHARE" PADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN :) MUDAHKAN DAPAT PAHALA DENGAN CARA BERDAKWAH DLM FACEBOOK NI ♥ INSYAALLAH :)





LENGUH JARI JEMARI KU.. CM ARTIS DH RASA NYE TAU ...

.
salam & morning sume kengkawan ..
.
uols dh bfast ker? tody daku x de mood nak makan pe.. so i minum hot choc je this morning ..wahhh ala2 diet gitu kan.
.
ni baru ler ku sempat nak story psl skolah akil .. akil baru dpt full set buku2 skolah dia.. nye ler banyak, smp berat beg skolah dia.. cikgu kasi sume psl nak suh tulis nama anak2 le kt buku2 tu .. naik lemau jari2 ku tau , dh lama x tulis banyak2 cmtuh ..
.
di samping tu dpt ler weols review pe yg akil bakal blajor nnt.. siap ado buku ARAB , hok ni aku x mampu ler nak ajor.. aku mana reti bab2 arab .. kene tny pak ajil or toki dia ler (pak ajil penah skolah arab kejap, cm abah aku mmg penah skolah & jd cikgu bahasa arab).. so nnt akil leh jgk blajor dgn mak su dia yg skolah agama tu , dia pun power arab .. ibu dia je yg x reti wakakakak..yg basic2 tu tau ler skit2..
.
akil nye buku2 ni siap ada CD lg.. emm bagus jgk kan , kdng2 budak2 ni cepat bosan kalau tgk buku jer.. kejap2 leh pasang CD.. tp sume buku2 akan di simpan kt tadika, kalau ado homework je baru cikgu dia tanda , pehtu akan letak dlm beg .. kt umah kene le wat ..
.
syukur dlm masa 2 minggu akil dh kenal huruf ABC-Z, kalau dulu dia reti baca je tp x kenal huruf.. alif ba ta pun dia tau jgk , berkat kesabaran ustazah2 mengajor..


dh lama x tulis jawi, huduh plak tulisan aku huhuhuhu

Friday, February 10, 2012

Cara-cara hindarkan signal ASTRO hilang masa hujan..


.

Dari dulu sampai sekarang, masalah utama pengguna Astro ialah signal pemancar terputus ketika hujan.. Ini menjadi misteri bukan saja kepada pelanggan astro, tetapi kepada pihak astro sendiri untuk selesaikan masalah ni..



Semua perkara ni boleh mendatangkan marah.. Ye lah kann.., cuba korang bayangkan satu situasi ketika korang sedang asyik menonton perlawanan bolasepak diantara Man U dan jugak Liverpool, tetiba je hari hujan dan siaran tergendala.., rasa macam nak hempuk je kan decoder astro tu..


So.., mungkin ini satu solution untuk mencegah perkara ni dari terus berlaku. Cuba korang semua buat macam gambar dibawah ni kepada decoder korang..


Berkesan atau tak, itu korang kena tawakal lah.. Kalau tak jadi guna payung kecik tu, apa kata korang guna payung pasar malam.. Mungkin ok kot..?


Orang tua-tua kata, usaha tu tangga kejayaan.. Kan kann kannn... Hahahaha..

JOM MINUM MILO AIS WIF LOVE SMBIL GIGIT2 CUPING TINGE

.
salam sumeeeee...
.
wahhh tetiba kan entry di pagi jumaat ni lain machammmmm je kan .. ni sume penangan GEMERSIK KALBU lakonan Aqasha & Ayu Raudah arr ni .. pehtu sure le mlm td ramai yg pi gigit cuping tinger pasangan kan kan kan awuuuuu ...
.
memula aku x de ler layan sgt2 cite ni, psl nye kdng2 balik dh lambat .. tp sempat le kalau nak tgk part2 last nye tu .. tetiba start time Ayu baru tau dia anak angkat fmily dia ler aku rs nak sgt2 tau ending cite ni .. pehtu plak bile tgk lakonan Aqasha yg amat2 selumber ala2 Aaron ajis gitu kan .. sure le ramai jatuh cintan.
.
sejak itu ler tiap2 ptg sure ler kene bukak TV3, kalau x mmg rs x besh je ptg itu ... akil kalau nak tgk Boboyboi dia pandai2 arr dia bukak laptop toki dia & pasang dvd katun dia.. bkn haku je layan cite tu tau , pak ajil pun dh tersangkut samo ... smlm ending dia mmg besh ler.. sonok tgk happy ending..


.
now ku pun suke layan cite VANILA CHOC

Thursday, February 9, 2012

Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd.Fadzilah Kamsah)

.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.



2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda . Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.


3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.


4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.


5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?


6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.


7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.


8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suamimembazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.


9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.


10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.


12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.


13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilandiri sendiri. Mana adil ?


14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.


15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.


16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuandan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.


18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.


19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?


20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia danisteri mudah masuk syurga.


22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.


23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.


24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.Elakan kesilapan ini.


25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.


26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskaniman dan takwa.


27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.


28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.


29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.


30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.


31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.


32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.


33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.


34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?


35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.


36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.


37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.


38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.


39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.


40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.


41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.


42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.


43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.


44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.


45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.


46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.


47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.


48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.


49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.


50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



Friday, February 3, 2012

LABAH2 PUN LEH HASIL KAN BENANG EMAS TUK WAT BAJU .. X CAYA ? MEH TGK

.
salam uols ... miss me?

.
aku mmg extra lemau arr nak update blog, tgk arr cmner nnt sure blog akan bersawang2 huhuhu ..
.
ni aku dpt email dr kwn , cm x caya plak bile baca tajuk .. tp bile tgk gambo2 , walahhhhhhhh mmg teruja.. x sangka plak LABAH2 leh hasilkan benang sutera EMAS .. selalu kite dgr benang sutera hasil dr ulat sutera kan .. now LABAH2 pun leh hasil kan .
.
Ni le bj yg terhasil



ni ler labah2 tu ..