KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Thursday, March 14, 2013

18,000 tiket percuma bernilai RM700,000 ke WaterWorld@i-City



18,000 tiket percuma bernilai RM700,000 ke WaterWorld@i-City

SHAH ALAM - Taman tema i-City yang dimiliki i-Berhad menawarkan 18,000 tiket percuma bernilai RM700,000 kepada orang ramai yang ingin memasuki taman tema air WaterWorld@i-City bermula 15 Mac hingga 15 September 2013 sempena kempen Now Everyone Can Slide.

Pengarah i-Berhad, Monica Ong berkata, melalui kempen itu, tempahan tiket hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web www.i-city.my/free dan 100 keping tiket percuma ditawarkan setiap hari.

Menurutnya, setiap individu hanya boleh menempah 10 tiket namun bagi mereka yang tidak berjaya, pihaknya menawarkan tiket tambahan pada harga rendah.

"Kami juga menyediakan 400 tiket tambahan pada harga RM10 seorang dan jika habis, 300 tiket lagi akan dijual pada harga RM15 dan RM20.

"Tempahan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan sesiapa yang terlepas peluang ini amat rugi kerana harga tiket asal adalah RM40 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak," katanya selepas majlis pelancaran kempen berkenaan di sini semalam.



8 comments:

  1. wow!!! 18,000
    tapi mesti cepat abis kan...
    maklumlah free, mesti ramai yg cepat2 book.

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaaaaaaaaaa
    entahlahhh
    tahun nie x berjalan koot
    budget dah lariii huhuh

    ReplyDelete
  3. Hmmm...cam tipis harapan jer nak dpt...ekeke

    ReplyDelete
  4. Wahhh bestnyer... Sonok kalau bwk budak2 jenjalan :D

    ReplyDelete
  5. nakkkkkkkkkkkkk...!!! tgh survey tarikh sesuai. he3..

    ReplyDelete
  6. salam kenal... time kasih la btau. tgh dok pilih2 tarikh gak ni. hehehe

    ReplyDelete

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah