KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Wednesday, March 20, 2013

INFO BABY


Bukan bermaksud untuk menakutkan, tetapi apabila baby sudah mula boleh bergerak, mereka terdedah kepada bahaya-bahaya baru. Yang paling biasa termasuklah jatuh, terbakar dan melecur, bahaya air serta racun. Inilah masanya untuk menjadikan kediaman anda selamat untuk bayi.

1. Jatuh 
Bila bayi anda mula merangkak dan kemudiannya berjalan, meletakkan pelapik pada bucu-bucu tajam dan bucu perabut boleh menghindarkan dari kecederaan mata atau kepala. Stabilkan atau keluarkan perabut yang tidak stabil atau apa sahaja yang boleh terbalik jika bayi anda menariknya – benda-benda seperti lampu berdiri. Memasang penghalang keselamatan pada bahagian bawah dan atas anak tangga, dan bucu dek dan belakang pintu adalah perkara pertama yang perlu dilakukan, untuk menjadikan kediaman selamat untuk bayi. Tempat yang paling selamat untuk menukar lampin bayi ialah diatas lantai.

2.Terbakar dan lecur. 
Selalu alirkan air sejuk pada tab mandi sebelum menambahkan air panas dan sentiasa tutup pintu bilik mandi. Adakah pintu ketuhar tertutup dengan rapat? Jangan minum air panas sewaktu bayi berada dilengan atau pangkuan anda. Lapik meja perlu dihindar sama sekali untuk kediaman yang selamat untuk bayi. Ianya boleh menjadi sangat bahaya kerana hanya dengan sekali tarik, boleh menjatuhkan segelas kopi atau teh yang panas keatas bayi anda dengan mudah. 

3. Bahaya Air. 
Air merupakan perangkap maut yang berpotensi - bayi anda boleh lemas dengan senyap hanya dalam 2 minit didalam air serendah 4sm. Selalu kosongkan tab mandi sebaik sahaja anda selesai menggunaknnya dan jangan tinggalkan bayi keseorangan tanpa dipantau. Walau pun pada waktu telefon berdering. Gunakan alas lantai yang nyah-licin (non-slip) untuk mengindari dari tergelincir. Pastikan pagar kolam renang dan dan kolam spa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kosongkan kolam ‘paddling’ selepas digunakan. 

4.Racun 
Semua bahan beracun termasuk pencuci untuk rumah, serbuk basuh pinggan dan ubat, perlu disimpan ditempat berkunci dan dijauhka dari bayi, didalam kediaman yang selamat untuk bayi. Ingat untuk memantau bayi anda apabila anda berada dirumah orang lain. Juga dapatkan senarai semak kediaman selamat untuk bayi disini..


3 comments:

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah