KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Tuesday, August 26, 2014

Ceaseraen

 
 
Ceaseraen

Bersalin secara Ceaseraen memang masa bersalin kurang
sakitnya berbanding bersalin normal, namun yang tak
best nya bersalin kaedah ini, mengikut pengalaman ramai
ibu bersalin cara ini, sakitnya selepas proses pembedahan tu.
 
Nak duduk susah, nak pakai bengkung susah, ada pulak tu
luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam
masih lagi basah dan ada juga yang bernanah sampai berbau.
Memang kalau dengar memang mengerikan dan mengilukan.
Tapi semua wanita jiwa nya kuat dan tabah. Kaum lelaki
belum tentu boleh jadi sekuat dan setabah wanita.
Penjagaan bersalin bedah memang lebih rumit.
Namun walau apa pun kaedah/ proses anda bersalin,
penjagaannya masih tetap sama dan penting.

Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan
ketika berpantang:
Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan
berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit,
kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli,petola, labu,
terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan
sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.

 Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka,
cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak
hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh
menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam
badan dan sejuk otot. Penyakit-penyakit ini diketahui
sebagai artritis dan rheumatisme.

 Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai
khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah
nifas berbau busuk dan cepat kering.
Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang
dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim.
Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan
laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan
menyebabkan luka pembedahan bernanah
Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh
dielakkan sehingga selepas 44hari.

Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau,
air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan
boleh menyebabkan angin dalam badan.
Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan
kembung perut.
Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol
tinggi.
Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas
kira-kira 2 minggu...
 
 
 
 
*** dh 2x merasainye... memula serik, tp bile dh tgk muke bby.. rasa sakit, takut sume hilang... redha dgn apa yg ditentukan oleh NYA, janji anak2 sempurna dan sihat keluar dari rahim ku...

5 comments:

  1. msa bsalin asya aritu ptt ceaser..tp kepala dh keluar.. xsempat..dpt bersalin normal..

    ceaser perut jd camtu ye zura? mmg dia potong sepanjang tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki lya dpt banak nrmal ..

      eh x le.. dlm sejengkal gitu je or pendek skit.. idok le pjg gitu .. tp rsnye dlu2 mmg pjg cmtuh le..
      and kalau x silap yg ada cycst beso ala2 gitu lew..

      Delete
  2. sep skit..sama la..bersalinkan mek tembun tuh kuau ikut tingkap..sshnye yg ceaser nie nak bengkung xleh kan..ngan pantang sensorang mmg lg la mencabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe la pasya.. kite doa semoga anak2 kite akan jd anak yg solehah & soleh ye..

      awat x bengkung? kite bengkung day 14 smp abis ..

      Delete

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah