KALAU NAK BELI SOMETHING SPECIAL TUK SOMEONE SPECIAL , MEH CLIK SINI.. X RUGI PUNYA

.

JOM FOLLOW KU

Wednesday, December 10, 2014

ANAK SAYA KUNING!

 
 

ANAK SAYA KUNING!

#5 BAYI KUNING DAN MAK DARAH 'O'

Bagi ibu-ibu yang berdarah 'O', pernah tak anda dan bayi ditahan
di hospital sehingga 24jam selepas bersalin... sedangkan ibu-ibu
lain di sebelah katil anda yang bersalin lebih lewat sudahpun
dibenarkan discaj bersama bayi mereka kerana darah mereka bukan 'O'?

Mengikut procedure di kebanyakan hospital kerajaan, bayi yang
ibunya mempunyai kumpulan darah 'O' perlu di'observe' selama
24jam selepas kelahiran untuk memastikan mereka tidak mendapat
jaundice akibat ABO incompatibility yang boleh terjadi seawal
24jam pertama baby.

Apa itu ABO incompatibility?

 Ia adalah fenomena yg berlaku apabila ada 2 kumpulan
darah yang tak 'compatible' bercampur.

Ok senang cerita macam ni;
Jika anda darah A, anda akan 'anti' kepada B. Jadi, jika
anda menerima darah jenis B, sistem imun dalam badan
anda akan membentuk antibodi yang menyerang sel darah
jenis B menyebabkan sel darah B pecah. Bila sel darah merah
pecah terhasillah bilirubin yang menyebabkan kuning/jaundice.

Jika anda darah B pula, anda akan 'anti' kepada A.

Jika anda darah AB, anda tidak 'anti' sesiapa.

Jika anda darah O, anda 'anti' kepada kedua-dua A dan B.

Jadi ABO incompatibility ini berisiko untuk berlaku apabila
mak mempunyai darah O sedangkan baby mempunyai darah
selain O (samada A atau B). Dalam rahim, darah O ibu dan
darah A/B baby biasanya tidak bercampur dan dipisahkan
oleh selaput uri (placental membrane). Tapi dalam situasi
tertentu seperti keguguran, atau proses kelahiran, darah ibu
dan baby boleh bercampur menyebabkan antibodi terhasil...
sebahagian antibodi dari darah ibu tadi boleh melepasi placenta,
pergi kepada baby dan bercampur dengan darah A/B baby.

(Ingat lagi tak, darah jenis O ni memang 'anti' kpd A & B).
So antibodi dari darah ibu tadi akan menyerang sel darah
baby (jenis A/B) menyebabkan sel darah baby pecah dan
bilirubin terhasil secara berlebihan.
Sebab itulah orang kata bila mak darah O baby berisiko lebih
tinggi untuk kuning...

Rawatannya sama iaitu phototherapy, dan Dr akan ambil
beberapa ujian darah utk pemeriksaan. Jika paras bilirubin
terlampau tinggi sehingga mencapai paras merbahaya, bayi
anda mungkin memerlukan rawatan pertukaran darah atau
 'exchange transfusion'.
 
 
info dari Dr Hana (FB)

1 comment:

salam kengkawan , sudi2 ler komen entry ku ini .. muah muah